Thursday 17 January 2019

Istana Kraton Taman Sari, Yogyakarta - 27 Feb 2018

https://en.wikipedia.org/wiki/Taman_Sari_(Yogyakarta)

Please click on the above url to know better of Istana Kraton Taman Sari' history.

***************************************

Lokasi ini merupakan satu destinasi yang harus dkunjungi jika berkunjung ke Jogyakarta jika ingin merasai kehebatan taman larangan kerabat Istana Kesultanan Jogyakarta.


Saya tidak perlu untuk mengulas terlalu terperinci perihal sejarah tempat ini, lantaran terlalu banyak laman-laman internet yang memperihalkan tentang sejarah silam Istana Kraton Taman Sari ini sehingga saat kejatuhannya.


Namun sebagai seorang pelancong yang mencintai keindahan seni bina dan juga mengambil secebis sejarah silam sebagai warna untuk melakari percutian anda, ianya sangat berbaloi.


***************************************

 Berkumpul di lobi hotel sebelum memulakan kembara untuk hari ke lima berada di bumi Jogyakarta.
 Pintu masuk Istana Kraton Taman Sari.
 Terlupa nama pokok ini.

Namun diceritakan bahawa pokok ini hanya boleh ditanam oleh kerabat di era itu. Dengan erti kata lain, rakyat jelata dilarang sama sekali daripada menanamnya.


 Menuju ke taman air.







Meninggalkan taman air, menuju ke lokasi lain Istana Kraton ini.
 Pokok majapahit.
 Lukisan Batik menjadi lukisan mural bangunan-bangunan di sini.


 Mural lainnya....






 Jom mengintai alpukat.

 Menuju ke ruangan berwudhu bawah tanah. 




Ruangan wudhu di bawah tangga yang berpusat itu.

Keluar untuk meninggalkan kawasan sejarah ini.

Wednesday 12 December 2018

Pantai Timang, Gunung Kidul - 26 Feb 2018

Pantai Timang

***********************************
naik Gondola idr200k/pax
naik jambatan idr100k/pax

naik jeep idr500k/jeep


waktu operasi sehingga jam 6 petang waktu tempatan. ***********************************

Kami tiba ke perkampungan terhampir dengan Pantai Timang sudah agak lewat. Enggan membuang masa, kami segera memilih jeep yang tersedia untuk ke Pantai Timang. 

Jalan menuju ke Pantai Timang anda boleh lihat dalam foto di bawah. Hanya simen yang dijadikan laluan menuju ke destinasinya dan ini adalah inisiatif penduduk tempatan. Justeru, wisata Pantai Timang mendatangkan sumber rezeki lain untuk penduduk tempatan yang rata-ratanya bertani dan ada sebilangan mereka menjadi nelayan.















Percaya atau tidak, destinasi pernah dirakam dalam program Running Man dan Jambatan Lee Kwang Soo masih diabadikan di sini. Tetapi saya cuma mengetahui tentang hal itu selepas saya meninggalkan lokasi tersebut.



Jika dulu untuk menuju ke batu di seberang anda hanya boleh menaiki gondola yang ditarik oleh beberapa orang lelaki perkasa menggunakan takal dan kudrat manusia, kini telah wujud saingan lain iaitu jambatan gantung.

Warga tempatan dengan bangganya bercerita bagaimana seorang yang sangat cekal berenang ke batu berkenaan untuk membina laluan gondola. Ianya bukan perkara yang mudah. Ini adalah Lautan India, dan ombaknya memang ganas dan keras. Dan semangat jitunya itu telah membuahkan hasil.






Jika satu masa dulu, hanya gondola yang akan membawa anda ke seberang tetapi kini gondola telah memiliki saingan iaitu jambatan gantung, bahkan dengan hanya membayar separuh daripada pembiayaan untuk menaiki gondola.

Justeru pilih yang mana pilihan anda.








Giliran kami.
Kapasiti penumpang untuk satu perjalanan adalah maksimun 2 orang. 

Baiklah, saya malas nak menaip banyak-banyak. Biar sahaja gambar berbicara.









































****************************
Rembang senja telah muncul. Segera beredar....

Misi untuk lobster murah pula.