Tuesday 9 June 2015

Resipi - Ayam Goreng Halia Berkuah

Bahan-bahan:-

1/2kg ayam, campur-campur bahagian isi dan tulang, potong kecil-kecil, lebih kurang 1 inci.
1 biji bawang besar india, saiz sedang
2 ulas bawang putih 
2 inci halia
1 batang serai
cili padi secukupnya, mengikut tahap kepedasan anda
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, serai dan cili padi.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sehingga ianya betul-betul garing dan naik minyak.
3. Masukkan ayam, masak atas api yang kuat, tujuannya supaya air yang keluar dari isi ayam akan segera tersejat jadi, kuahnya akan kering, dan yang ada hanya minyak saja dan bahan kisar yang telah garing tadi. Masukkan garam secukup rasa dan 2 keping asam gelugur.
3. Masak hingga ayam betul-betul masak dan pejal. 

***************************
Lauk ini sedap dimakan ketika ianya masih panas dengan nasi putih yang juga panas. Boleh bertambah. So jika sedang berdiet, sila berwaspada.

Gambar tak sempat ambil, sebab terkejar-kejar. Maklumlah masak untuk berbuka puasa, bila sudah masak, kena siapkan lain-lain hal pula. 


Resipi - Tomyam Udang RMK

Bahan-bahannya:-
*********************
- 11 ekor udang yang bersaiz sedang - dicuci dan dicabut kepalanya. Jangan dibuang, cuci bersih-bersih.
- 3 batang serai - diketuk sampai agak hancur
- cili padi - diketuk. Nak pedas, letak lebih.
- 10 helai daun limau purut - disiat-siatkan
- 1 paket paste tomyam kung adabi
- 1 paket paste tomyam putih
- 1 batang lobak merah bersaiz sederhana - dipotong bulat-bulat 
- brokoli secukupnya
- kobis bunga secukupnya
***boleh gunakan apa jua jenis sayur, yg penting anda makan.
- 10 biji shitake mushroom yg siap dipotong
garam secukup rasa
- 1 sudu makan jus limau kasturi, jika tak ada, boleh gunakan air bancuhan asam jawa, suaikan rasa masamnya.
- sedikit lengkuas - jika ada
- 1 liter air

Cara-caranya:-
************************
1. Panaskan air, apabila sudah agak panas masukkan kepala udang yang sudah dicuci bersih tadi. Kepala udang ini digunakan untuk memperisakan lagi tomyam udang ini. Saya selalu gunakan kepala udang untuk membuat stok udang yang akan digunakan untuk membuat tomyam atau apa jua masakan lain.
2. Jika anda berhasrat untuk keluarkan kepala udang itu, biarkan dulu sehingganya ianya betul-betul menggelegak. Tapi, saya tidak mahu keluarkannya, jadi saya masukkan serai yang telah diketuk dan juga lengkuas, jika ada.
3. Setelah menggelegak, saya masukkan paste tomyam, kedua-dua paste tersebut. Biarkan sekejap, kemudian saya masukkan cendawan shitake. Shitake mushroom, saya suka masak lama, jadi jika anda tidak suka ianya terlebih masak, anda tidak perlu menunggu begitu lama.
4. Masukkan lobak merah, biarkan sejenak. Masukkan cili padi. Masukkan garam. Apabila rasa masinnya sudah sempurna. Masukkan brokoli dan kobis bunga. Masukkan juga jus limau dan jangan lupa daun limau purut.
5. Apabila ianya mulai menggelegak masukkan udang, dan matikan api. Udang akan masak dengan haba panas tomyam tersebut, dan ianya tidak terlebih masak. Rasa udang juga manis dan tekstur isi udang juga tidak kecut.

***************
Maaf, tidak sempat nak ambil gambar. Semuanya habis, sebab masing-masing dah lapar. Lain kali, jika saya masak lagi, saya masukkan gambar tomyam udang saya di sini.
***************

Selamat mencuba, saya pasti anda tidak akan menyesal mencubanya.