Tuesday 11 November 2014

Cameron Highlands, Pahang 31 May 2013

Berkunjung ke Tanah Tinggi Cameron merupakan satu hal yang sangat menyeronokkan. Suasana alam yang penuh kehijauan berlatarkan gunung-ganang yang teguh berdiri dengan gahnya, sangat memukau pandangan. Ditambah dengan aneka fauna dan flora yang jarang-jarang sekali kita temui di tanah pamah.

Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua ku ke Cameron Highlands. Kali pertama berkunjung, kami memilih untuk melalui Tapah-Tanah Rata dan seterusnya Ringlet. Kali ini, kami memilih untuk melalui Simpang Pulai, Perak, kebetulannya kami sememangnya dari arah utara. Ada kursus dua hari di Seberang Perai Pulau Pinang.

Cameron Highlands tidak termasuk dalam destinasi percutian kami, segala-galanya adalah secara tiba-tiba. Memilih untuk kembali ke Melaka tetapi melalui Cameron Highlands. Sangat tidak masuk akal, tetapi inilah namanya percutian.


Cameron Highlands dari arah Simpang Pulai mempunyai lanskap yang ternyata sangat berbeza berbanding dari arah Tapah.

Kebetulannya, kami tiba di saat hujung minggu yang mana Cameron menjadi tumpuan ramai untuk menikmati di tanah tinggi.
Kami terkandas akibat kesesakkan lalu-lintas yang luar biasa menghampiri Hotel Equatorial. Bayangkan, jarak yang cuma beberapa ratus meter, tetapi mengambil masa yang tersangat-sangat lama.

Sehinggakan enjin kereta kami berasap. Cemas seketika.. Namun syukur alhamdullillah, tidak ada apa-apa kerosakan mekanikal.
Selepas hujan... berkabus.
Kebun-kebun yang boleh dilihat dengan dari jalan utama. 

Kesegaran yang nyata sangat mengujakan.
Singgah sebentar ke strawberry farm. Membeli apa-apa yang patut yang difikirkan sesuai.

Produk yang biasanya dibeli pelancog adalah aiskrim strawberi, jem strawberi, strawberi yang dikeringkan dan juga memetik buah strawberi segar.

Harganya sangat berpatutan, boleh mencuba.
Tumbuhan kaktus juga merupakan hasil jualan utama di Cameron.

Harganya sangat murah berbanding di tanah rendah, namun saya tidak membelinya juga. Hanya orang yang sabar boleh menanam kaktus, dan saya tidak sesabar itu.
kepelbagaian flora dan fauna membuatkan saya menjadikan saya lupa diri seketika.

" It is so amazing...what else I can do except captured it to my camera for my long term memorization,..." 
Bunga ini saya tidak ketahui namanya... namun sangat cantik.
Deretan pokok kobis menghiasi luar tembok. Jika tidak silap, ini adalah di luar lavender farm... maafkan saya jika tersilap.

Kononnya nak masuk ke dalam kawasan ini tetapi apabila diberitahu kadar cajnya maka kami memilih untuk tidak masuk. Percutian bajet sepenuhnya dan juga ahrus jimat kos.
Ini dia Lavender farm... gambar cukuplah...

Bukan kedekut tetapi kesesuaian.
Hujan renyai-renyai membasahi Cameron. Sebenarnya tidak selesa untuk bergerak dalam keadaan hujan begini, namun alang-alang menyeluk pekasam, bair sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah.. Alang-alang dah sampai, redah jugalah...

Malas nak berpayung yang mana saya rasakan penggerakkan saya terbatas. Lebih seronok bergerak begini.


Ini bunga yang juga saya tidak ketahui spesiesnya. Cantik sangat...
Bunga lagi...

Justeru tidak hairanlah jika saya rasa sangat teruja.
Bergerak meninggalkan puncak tertinggi di Cameron Highlands. Kesesakkan lalu lintas sangat teruk...

Peringatan, cubalah rancang percutian anda dan elakkan cuti am dan juga cuti persekolahan.


Menuruni Cameron Highlands menuju ke Tanah Rata.
Fresh strawberry...

Apa ertinya ke Cameron tanpa membeli buah strawberi. harganya jauh lebih murah berbanding di mana-mana pasaraya dan juga jauh lebih murah berbanding Genting Highlands.

Tidak ada pemandangan ladang teh di sini. Itu merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan semua pengunjung Cameron Highlands. Nikmati sesuatu yang berbeza.


~~Miss Ana~~

What my heart say - 1