Wednesday 20 May 2009

Bicara Cinta

Sekadar memetik petikan dari buku karangan MISBAH EM MAJIDY berjudul KISAH CINTA DALAM AL QURAN..

" Cinta diistilah sebagai tajuk yang 'terbungkus' kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, bersifat malu-malu, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran keliru di mana-mana.

Ia pada mulanya boleh bertolak daripada satu pertemuan dua pihak yang mewakili dua diri yang berkehendak. Dari dua arah keinginan berasingan yang tumbuh, yang pada asalnya tidak menentu, ia tiba-tiba mengambil tempat setelah berkesempatan menjumpai titik atau titik-titik persamaan yang terilham sebagai persefahaman dan dipercayai boleh serasi untuk dikongsi.... dari keserasian itu, langsung tumbuhlah serasilah antara dua pihak yang dipertemukan.

Lapis-lapis ingatan yang bertumpang tindih itu pula membenihkan kasih. Kasih membuahkan rindu. Jalinan rindu yang berselirat dan berpintal-pintal pula melahirkan keasyikan yang berbayang-bayang dan bermundar-mandir siang ke malam.

Bak kata FRANCOIS DUC de LA ROCHEFOUCAULD "true LOVE is like ghost, which everybody talks about but few have seen"

IMAM al GHAZALI pula mengatakan " tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan DIA. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia mengisafi 'tanasub' yakni persesuaian batin antara dirinya dengan DIA. Orang yang paling bahagia di akhirat kelak ialah orang yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah SWT...."

Namun kesimpulannya paling aku sukai.....pengertian yang disampaikan oleh pengarang buku ini.....

"CINTA itu bukan lagi perasaan perkasihan selapis yang hina
antara dua insan yang sarat bermajnun.
Jika ia benar sekali pun, Wujudnya itu SEMENTARA,
SEMENTARA menantikan kehadiran episod cinta yang
lingkaran berpusing yang perlu dipetiknya di lapis-lapis langit kerohanian yang lebih tinggi.
Pohon sucinya perlu dipanjat JUSTERU
menghajatkan sesuatu yang lebih KUDUS. Ia sebetulnya datang daripada alam tinggi
dan bukan selayaknya dicemari.
Bagaikan perkakas, CINTA sekadar alat untuk melarik
dan menukangi kasih sayang - untuk akhirnya dipapah sampai
menuju kepada KEKASIH AKHIR YANG MAHA PENGASIH
lagi MAHA MULIA"

Tuesday 19 May 2009

Renungan Bersama

Sesungguhnya berkongsi perkara yang Memanfaatkan adalah lebih baik.....

"Apakah kamu menyangka bahawa KAMI mencipta kamu secara abasa (main-main) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada KAMI?
MAHA Tinggi ALLAH, RAJA Yang HAQ. Tidak Ada Tuhan selain DIA.
Tuhan (empunya/pemilik) 'ARASY Yang Mulia. DAN sesiapa menyembah Tuhan selain ALLAH, padahal TIDAK ada satu DALIL tentang itu, maka sesungguhnya orang yang kafir itu TIDAK akan BERJAYA.
DAN katakanlah:"Ya (Wahai) Tuhanku, BERILAH keampunan dan rahmat, DAN ENGKAULAH Sebaik-baik PEMBERI RAHMAT."

Surah Al Mu'minum (23: Ayat 115 - 118)