Tuesday, 29 September 2015

Kuching Sarawak, Bornoe - 11 April 2015

Selamat Datang ke Kuching, Sarawak, Borneo. 

Ini adalah kali pertama saya berkunjung ke Kuching. Jujurnya, saya tidak pernah merancang atau bercita-cita untuk berkunjung ke Sarawak, sebaliknya saya sering merancang untuk berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah. Namun, semuanya berlaku diluar jangkaan apabila secara tiba-tiba saya merancang percutian ke Kuching.

Namun, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Berkunjung ke Kuching, ternyata mengubah persepsi saya tentang bumi Borneo ini. Dilitupi kehijauan dan diselangi jalinan sungai-sungai membentuk muka bumi Kuching. Jika tidak berkunjung mana mungkin permandangan dapat dinikmati oleh diri saya sendiri.

Mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Grand Margherita kerana kedudukkannya betul-betul di Waterfront Kuching, dengan kadar RM200 semalam termasuk sarapan kerana pada waktu itu saya memikirkan bahawa sekiranya saya tidak dapat berjalan menyaksikan keindahan bumi Kuching, maka sepatutnya saya dapat nikmati percutian saya di Waterfront Kuching. 



Suasana dalam bilik hotel, cukup selesa, sangat sejuk.


Pemandangan di luar bilik. Saya dapat bilik yang mengadap bandar Kuching, sedikit kecewa, harapan saya dapatlah bilik yang mengadap Waterfront, tapi tidak mengapalah, dapat juga saya nikmati sisi lain bandar Kuching.

Hujan menyambut ketibaan kami.

Malamnya kami menelusuri riverside waterfront, sebenarnya kami keluar mencari makan malam, jadi dalam perjalanan pulang saya gunakan laluan ini untuk ke hotel.

Hanya menikmati makanan daripada kedai-kedai makan berhampiran, yang penting perut kenyang. 


Meriahkan? Cahaya lampu yang memantul membentuk jalinan cahaya yang sangat menarik.




Sekian dulu untuk kali ini, selepas ini kami berkunjung ke Medan Satok pula.

No comments:

Post a Comment