Satu projek yang telah lama dirancang, akhirnya dilaksanakan dan mencipta kejayaan.
Rumah Warisan Hajah Kundur yang berusia lebih kurang 100 tahun berjaya dipindahkan dari tapak asalnya di daerah Rembau, Negeri Sembilan ke Politeknik Port Dickson. Mendapat dana khas dari pihak UNESCO, Jabatan Kejuruteraan Awam; Unit Senibina Politeknik Port Dickson secara khususnya berjaya mencipta satu sejarah baru untuk dilakarkan dalam lembaran Politeknik Port Dickson.
*****************************
Perasmian Rumah Warisan Hajah Kundur dilaksanakan pada tanggal 12 Mei 2016 oleh Timb. Menteri Pendidikan Tinggi YB Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching.
****************************
Kad aturcara majlis...
Hakikatnya majlis bertema tradisional melayu tetapi tak sempat nak mencari semua kelengkapan itu.
Sempena Khamis di mana penjawat awam mesti berbaju Batik, maka itulah yang saya sarung.
Batik dan Melayu, berpisah tiada.
Pulut kuning bersama rendang daging, menajdi penutup pada juadah yang dihidangkan.
Rumah Warisan Hajah Kundur.
Takkan Hilang Melayu Di Dunia.
Hang Tuah tidak pernah berdusta. Inilah kebenarannya.
Bunga Pahar atau bunga telur.
Bersama "kembar" yang berlainan emak dan ayah.
Pelakon persembahan "Perebutan si Dara."
Mantan pelajar.
Rumah Warisan Hajah Kundur dari sudut yang berbeza.
Persembahan tarian tradisional oleh para pelajar jurusan Ijazah Senibina kerjasama dengan USM.
Awang-awang tewas jua.
Si dara kini milik seorang teruna.
Persembahan sketsa perebutan si dara juga oleh para pelajar Ijazah senibina.
*******************
Maaflah tidak ada rakaman atau gambar perasmian. Maklumlah, saya bukan wartawan. Hanya sekadar seorang picisan.
Apa pun jua, perkongsian ini diharap membuka mata setempat bahawa di Politeknik Port Dickson telah berdiri megahnya sebuah rumah tradisional melayu yang berusia 100 tahun.
Senibina Melayu jika tidak dipelihara maka tanpa disedari ianya akan hilang dibawa arus perubahan masa...
No comments:
Post a Comment