Showing posts with label Flora. Show all posts
Showing posts with label Flora. Show all posts

Wednesday, 12 April 2017

Pemuliharaan Ekosistem Alam (Penanaman Bakau) Di Tanjung Tuan Melaka, JMSK POLIPD dan Perhilitan Melaka - 01 Mac 2017

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER, 
dengan kerjasama JABATAN PERHILITAN MELAKA,
01 MAC 2017
2.00 - 6.00 PETANG


Jika anda seorang yang sering mengikuti perkembangan di blog saya, pastinya anda masih ingat bahawa saya pernah memuatnaik perihal Permuliharaan Alam, Tanjung Tuan pada tahun 2015.

Sekiranya terlupa, di bawah saya sertakan link yang boleh kalian semua klik:-

http://mylovelypic2u.blogspot.my/2015/11/pemuliharaan-ekosistem-alam-tanjung.html

********************************
Di fasa kedua ini, tumpuan lebih kepada proses sulaman pokok (bagi anak pokok yang mati) dan juga membersihkan kawasan sekitarnya daripada sampah-sarap. Dengan penglibatan sepenuhnya pelajar program Pra-Sains dan juga sebahagian besar kakitangan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, bagi mewakili Politeknik Port Dickson secara tidak langsungnya dan Jabatan Perhilitan, program susulan ini diharapkan berjaya memupuk kecintaan terhadap alam semulajadi.


Sebanyak 80 anak bakau minyak diperolehi.

Kali ini, saya lebih teruja sebab berpeluang untuk menggali lubang sendiri menggunakan perkakasan yang dibekalkan. Cabaran menggali di tanah becak adalah kemahiran mencangkul supaya tidak terpercik ke diri akan segala kotoran dari permukaan tanah.

Faham-faham sajalah, betapa busuknya bau lumpur ini. Kecuaian akan menyebabkan diri sendiri tidak selesa. Lainlah jika pakaian persalinan dibawa.


Alhamdullillah, kelihatannya sebahagian besar anak-anak bakau minyak yang ditanam pada fasa pertama tumbuh dengan baik.

Tidak dinafikan juga banyak yang mati.
Air surut sangat penting dalam memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar. 
Wajah-wajah pelajar program Pra-Sains Politeknik Port Dickson yang sangat teruja untuk meneroka sisi alam yang kebanyakkannya tidak pernah melaluinya sebelum ini.
Ini sambilan bagi saya sebagai seorang penggemar tumbuh-tumbuhan.
Yang tegak tinggi itu namanya pokok Temulawak; herba yang sangat dikenali dan digunakan dengan meluas di Nusatara Melayu terutamanya. Rizomnya (ubi) sering digunakan sebagai ulam dan juga jus. Pokok dan daunnya saya tidak pasti.

Yang serumpun kecil, setompok-tompok di atas tanah itu pula namanya cekur; sangat popular digunakan dalam masakan Jawa terutamanya. Daun dan ubinya sama bermanfaat.
Pokok cili akar. Lain kawasan lainlah namanya. Saya menamakannya sebagai cili akar.

Untung hijau, kalau merah, harus saya petik.

Upppsss, jangan salah sangka, saya akan minta izin dulu dari tuan punyanya. Kebetulan hari ini, saya mendapat lampu hijau untuk menuai hasil kebun kakitangan Jabatan Perhilitan Melaka, tetapi tetap jua untuk memetik cili akar yang belum matang ini satu kezaliman bagi diri saya. Huhuhu


Pokok petola.

Saya pun tidak pasti jenis petola apa. Bunganya lebat, tetapi buahnya tidak ada.
Kawan baik selamanya, in syaa Allah.
Rombongan kakitangan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer PoliPD yang sangat berkobar-kobar.
Seronok sangat dapat bermain dengan peralatan pertanian. Dapat bermain lumpur pun seronok juga. 

Jangan salah faham, bermain lumpur di sini bukanlah berkubang seperti kerbau. Memadai dengan keperluan.

Tanah dan manusia tidak dapat dipisahkan.
Di sini, ekosistem alamnya sangat sempurna menurut pandangan saya, siput-siput laut dan ketam kecil banyak ditemui di sini. Jika bernasib baik dapatlah melihat ikan belacak.

Udang air masin juga ada di sini. Tetapi saya tidak menjumpai. Saya mengetahuinya kerana sekumpulan pelajar kelihatan asyik dengan urusannya dan apabila saya bertanya, mereka memberitahu bahawa mereka menangkap udang.


Penanaman anak-anak bakau berjalan dengan lancar.
Ada 4 perkara yang kami lakukan di sini iaitu:-

1. menyulam anak bakau. (mencari anak-anak bakau yang mati daripada fasa 1 dan tanam semula.)

2. Menggali dan menanam sendiri anak-anak bakau. Jarak di antara pokok ditentukan oleh kakitangan Jabatan Perhilitan.

3. Mencari pancang-pancang buluh yang digunakan sewaktu fasa 1 untuk digunakan semula bagi menanda anak-anak pokok yang baru ditanam. Ini penting untuk mengetahui di mana anak pokok ditanam dan seandainya dihanyutkan air, pancang buluh masih kekal di situ.

4. Membersihkan sampah-sarap yang terdampar di sekitar kawasan ini.


Bersama kawan baik, in syaa Allah untuk selamanya.
Bergambar kenangan dengan pasukan modal tenaga. Ngee...

Ini paling penting, bukankah?
Selesai bercucuk tanam, upppp, sesuaikah istilahnya?

Tidak mengapalah, terima saja ya. Kami melepaklah seketika di ruangan hadapan bangunan Jabatan Perhilitan, sambil berkira-kira untuk pergi trekking atau tidak.


Bagi mereka yang tidak turut serta dalam trekking, mereka akan menunggu di Jabatan Perhilitan sehingga kami kembali untuk aktiviti kemuncak. Sambil-sambil itu bolehlah menelusuri setiap inci Galeri Jabatan Perhilitan.

*******************************************
Trekking ke Pulau Masjid -> Perigi Hang Tuah -> Pejabat Perhilitan

http://mylovelypic2u.blogspot.my/2017/04/pembersihan-pantai-dan-trekking-jabatan.html

*******************************************
Yang ini saya mengalah..

Hanya mereka yang berjiwa teguh sahaja yang dapat melakukannya.
Inilah dia aktiviti kemuncaknya, iaitu "BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI" sekali lagi, bezanya kali ini ianya turut disertai oleh kakitangan Jabatan Perhilitan.

Friday, 7 April 2017

Gunung Irau and Cameron Highlands - 14 Okt 2016

Bertolak dari Politeknik Port Dickson 11.00 p.m. - 13 Okt 2016.  

Sepasukan kakitangan Politeknik Port Dickson termasuk beberapa ahli keluarga terdekat mencabar diri untuk menawan puncak Gunung Irau. Saya pun teruja juga lantaran Gunung Irau di antara puncak-puncak gunung di Semenanjung Malaysia yang sring disebut-sebut. Tarikannya ada 2 perkara yang utama iaitu permandangannya dan cabarannya.

Untuk menawan puncak Irau, saya terlebih dahulu menawan puncak Gunung Datuk. Bolehlah untuk diri sendiri. Tetapi bagi mereka yang sememangnya sangat mantap, tidak perlulah untuk memantapkan diri lagi.


Masjid Brinchang - 6.15 a.m. - 14 Okt 2016.


Kami tiba di Masjid Brinchang - 6.15 a.m. - 14 Okt 2016. Kami memasuki Cameron Highlands melalui Exit Simpang Pulai.

Usai solat subuh, kami bergegas ke Hotel Nova berkumpul di situ menunggu kenderaan membawa kami ke kaki Gunung Irau.
Sekitar Masjid Brinchang.

Sekitar Masjid Brinchang.


Hotel Nova around 7.30 a.m.

Asalnya risau juga dengan suhu rendah di tanah tinggi ini. Khuatir kesejukkan, namun untuk membawa pakaian yang lebih tebal rasanya macam tidak begitu sesuai.

Di dalam hati asyik berdoa agar cuaca sepanjang hari ini baik, yang penting jangan sesekali dilanda hujan.


Tabah kami menunggu ketibaan pikap-pikap untuk membawa kami ke kaki gunung.

Satu pikap boleh membawa lebih kurang 15 orang. Jimatlah masa pendakian kami dari jalan utama.

Fokus hanyalah pada Gunung Irau sahaja.
Sekitar Hotel Nova.


Gunung Brichang 08.00 a.m.

"Tertinggal Chief (Fairuz Hazmi), terpaksalah menunggu ketibaan beliau."

Haaa... penyataan di atas memang tidak dapat dilupakan. Macam mana kami boleh terlupa pasal Chief kami ini.

Alkisahnya, kami menaiki 2 pikap. Yang naik pikap 1, ingatkan chief naik dengan kami, yang kami pula, ingatkan dia naik pikap 1.

Sampai kaki gunung, semua terkejut bila chief tiada. Perancangan untuk segera naik sekitar jam 8.00 pagi terpaksa ditunda lantara ketiaadaan chief.


Untuk memanfaatkan waktu menunggu, ramai di antara kami bersarapan nasi bungkus yang dibeli di RnR Tapah.

Yang sedihnya, ada yang nasi lemak bungkusnya dah basi, ada yang masih elok. Tidak dapatlah diulas kenapa dan mengapa.

Saya bungkus juga nasi untuk adik bujang saya. Untuk diri saya memadai air mineral dan koleksi biskut serta coklat. 


Usai makan, bergambarlah beramai-ramai. 30 minit menunggu, chief pun masih belum sampai.

Aduhai chief.

Gambar di sebelah adalah titik permulaan untuk meneroka Irau. Cantikkan senibinanya? 
Laluan menuju ke Cameron Highland, Hotel Nova.



Kalau di hutan, kawasan-kawasan begini tidak payahlah terlebih tinjau, bukan apa, biasanya kawasan sebegini dijadikan "tandas awam"..

Yalah, mana ada tandas dalam belantara begini kan?

Namun, janganlah sesekali membuang di batang-batang pokok atau pun di laluan serta denai-denai.




Laluan menuju Gunung Brinchang.
Mula mendaki pada 9.00 a.m.


Akhirnya chief yang ditunggu-tunggu pun tiba bersama-sama dengan rombongan lain yang jika tidak silap dari Johor.

Merajuk chief kami sebab kena tinggal. Rupa-rupanya sewaktu kami teruja nak bertolak, chief ke tandas. Bila pikap tiba, kami semua terlupakan chief kami.

Lantaran chief yang kami lantik itu juga merupakan "malim gunung" kami, terpaksalah kami menunggu. Ada di antara kami yang pernah menguasai Irau sebelum ini namun apalah ertinya jika semangat berkumpulan kami dicabuli.


Terpasalah memujuk chief sedikit.

Rajuk-rajuk manja pula ya.
Laluan ini belum mencabar lagi.

Selangkah di Pahang, selangkah di Perak.


Setakat ini, laluan belum mencabar. Sesuailah untuk sesi-sesi panaskan badan dulu.
Berakhirnya jambatan kayu maka laluan yang mencabar akan bermula.




Lihatlah, botak berkilat laluannya.
Saya tidak akan mengulas panjang lebar setiap gambar yang saya kongsikan di sini.

Biarlah gambar yang berbicara. Mana yang perlu sahaja akan saya ulas.



































Gugusan cendawan hutan di akar.
Spesies pokok renek.












Air yang sentiasa menitis dari gugusan lumut. 






Inilah dia chief kami.








Mini Irau - Around 10.++ a.m.
Berkumpul sekejap untuk lepaskan lelah.


Pokok periuk kera memang mudah untuk dijumpai.
Baiklah, menuju ke puncak Irau. Lebih kurang sejam juga dari Mini Irau.

Kami dipesan jika melewati jam 12 tengahari di Mini Irau, sebaik-baiknya jangan meneruskan ke puncak Irau.






Periuk Kera lagi.










Spesies lumut yang berbeza.
































Orkid hutan tanah tinggi.

Maaflah, banyak tumbuhan hutan ini tidak saya ketahui namanya. Sangat rugi rasanya.


Sangat menarik.












Puncak Gunung Irau - 1.00 p.m.

Akhirnya....








Pokok Mas Cotek.




Batu sempadan negeri.
Bergerak turun around 2.00 p.m.

Tunggu kawan yang nak juga menawan puncak tiba. Kami sudah lama bersantai di puncak, terserempak pula dengan satu pasukan seramai 4 orang dari Kuala Lumpur, siap masak air dan memasak sebagainya.

Suhu memang sejuk di puncak Irau. Bagaikan satu nikmat yang tidak digambarkan dengan kata-kata bila dipelawa teh O panas.

Syurga dunia... indah tidak tergambar.


I am sweeper...

Saya yang terakhir. Saya tidak kisah.. lagipun puncak telah ditawan.

Satu sebab kenapa saya suka jadi sweeper adalah saya tidak perlu risau dengan orang yang saya akan tinggalkan.


Apabila saya yakin tidak ada lagi orang lain di belakang, hati saya sangat tenang.

Ketenangan adalah sesuatu yang tidak dapat dinilaikan.












WE ARE SWEEPER and WE ARE TOGETHER. 

Tengok si cilik itu. Keterujaan yang amat jelas.




Baru tiba di jambatan kayu.

Matahari baru muncul. Jam menunjukkan jam 6 petang.




Sampai kaki Gunung Irau - 6.50 p.m.

Akhirnya, selepas hampir 9 jam bertarung dengan diri sendiri, kami menjejaki kaki Gunung Irau.

Pengalaman yang berbeza kami perolehi;

- Hujan 

Hujan turun tidak berhenti di sebelah petangnya. Syukur sangat-sangat sebab hujan tidak lebat. Sesekali membadai dan kebanyakkan masa hanyalah gerimis.

- trek licin

Jika tidak hujan pun laluan sememangnya licin lantaran kabus yang terperangkap. Inikan pula jika hujan. Laluan memang berganda-ganda licin. Ada laluan di mana terpaksa mendaki tebing setinggi 20-30 meter. Tidak didaki maka tidak pulanglah jawabnya.

Maka mahu atau tidak, haruslah digagahi juga.

Laluan yang dilalui berkali-kali lagi bertambah licin dan mengandungi air. Sejuk tidak dapat digambarkan. Tetapi kami saling pendam perasaan dan kerisauan dalam hati sahaja.

- kecederaan ahli kumpulan

Ini melambatkan pergerakan. Saling memberikan sokongan dan pertolongan sangat penting. Tidak ada sesiapa yang mengharapkan ini terjadi, justeru sokongan sangatpenting sesama ahli kumpulan.

- "demotivate team"

Bila badan terlalu penat, cedera pula, mental akan terjejas. Waktu begini, macam-macam kerenah akan dapat dilihat. Ada yang cenderung melepaskan segala yang terbuku di hati, ada pula jenis yang memendam sahaja supaya rakan-rakan sekumpulan juga mendapat kekuatan itu.


Ladang Teh Boh, Sungai Palas - sekitar 7 petang.

Pikap tiba mengambil kami dan membawa kami ke sini untuk membersihkan sisa-sisa lumpur yang melekat di badan kami.

Air sangat sejuk. Bayangkan sewaktu tiba di kaki Irau, saya membuka stokin saya yang basah agak sedikit panas, tetapi rupanya memakai stokin basah itu lebih hangat daripada terdedah pada suhu persekitaran.


Ladang Boh Sungai Palas.
Air gunung ini juga tidak kurang hebatnya. Sejuk atau tidak terpaksalah kami mencucikan diri juga. Mana mungkin dengan lumpur yang melekat-lekat itu kami menaiki bas pulang ke Negeri Sembilan. Marah pula pemandu bas kami.


Ladang Boh Sungai Palas.

Ladang Boh Sungai Palas.

Ladang Boh Sungai Palas.

Ladang Boh Sungai Palas.

Ladang Boh Sungai Palas.
Hotel Nova - 7.20 p.m.

Di saat ini tidak ada banyak perkara terlintas dalam fikiran kami, dapat menukar pakaian dan membeli sedikit buah tangan sudah memadai.

Perkara yang mesti dibeli jika berkunjung ke Cameron adalah hasil taninya seperti strawberi, jagung, kimchan dan lain-lain. Kawan pejabat saya kirim kimchan sebab payah nak dapat di tanah rendah. Usahakan jugalah.


Sekitar Hotel Nova.

Sekitar Hotel Nova.

Sekitar Hotel Nova.

Sekitar Hotel Nova.

Strawberry + coklat = marvelous

Mesti cuba. Baru RM30, strawberi bekas besar RM25 + coklar RM5.

RNR Tapah - 11.59p.m.

Politeknik Port Dickson - 3.45 a.m. 15 Okt 2016

Tips jika anda ingin mendaki Irau, sebaik-baiknya :- 

1. Mohon permit dengan Jabatan Perhutanan Negeri sekurang-kurangnya sebulan sebelum mendaki. Bayaran yang dikenakan Rm5/orang.

2. Lapor diri sebelum mendaki di Balai Polis Brinchang. Ini untuk kepentingan diri kita juga. Supaya jika berlaku apa-apa, mudah.

3. Untuk mendaki, bekalan sendiri terutamanya: 

Bawalah baju hujan, pakailah kasut getah, berstokin, ubat-ubatan ringan seperti pembalut luka, air bagi saya 1 liter sudah cukup banyak sebab di Irau cuaca sejuk, kita memang kurang minum, Tisu basah atau tisu untuk istinjak dan lain-lain keperluan, makanan secukupnya sebagai sumber tenaga, yang ini kenali diri anda, ada orang mesti makan nasi, macam saya dapat air panas bergula sudah memadai, jadi bawa ikut keperluan anda, jika ada lebih, kongsi-kongsikan. 

Tongkat mendaki jika perlu, sarung tangan kalis air, beg galas untuk mengisi semua yang perlu dibawa, "head lamp" untuk kes luar jangka siap dengan bateri lebih dan lain-lain benda yang dirasakan perlu. Pakaian ganti itu juga perlu, jangan pula bila saya tidak taip di sini, anda rasakan ianya tidak perlu....

Okaylah, bye-bye....

Anna...