Saya muatnaik gambar-gambar dulu. Bila ada peluang saya akan taipkan perincian gambar-gambar di mana ianya bersesuaian. Apa-apa pun, biarlah gambar bercerita terlebih dahulu.
Perjalanan ke Kubah Ria dari Hotel Margherita mengambil masa lebih kurang 30 minit bergantung kepada keadaan lalu-lintas. Kadar caj teksi pada waktu ini adalah RM30 untuk perjalanan sehala.
Tempat duduk saya mestilah di sebelah pemandu, itu memang tempat duduk kegemaran saya. nak jadi pemandu tidak mungkinlah, sebab saya memang langsung tidak tahu selok-belok Bandar Kuching.
Bangunan RTM Sarawak. Lihat dari luar saja.
Pemandangan Riverside Kuching dari jalan raya.
Ini adalah cederamata yang diberikan oleh seorang Makcik yang saya kenali di Pasar Kubah Ria. Seorang yang sangat peramah, dan lama kami bersembang dengannya.
Pasar Kubah Ria. Di sini kesesakan agak luar biasa pada waktu pagi. Mungkin kerana, ia aadlah pasar utama di Kuching dan juga tumpuan pelancong untuk mendapatkan produk-produk tempatan.
No comments:
Post a Comment