Wednesday, 24 December 2014

Pengalaman Peribadi di Vietnam

Tahun 2014 merupakan tahun di mana pertama kalinya saya menjejakkkan kaki ke Vietnam. Perancangan yang spontan 2013, dan akhirnya membawa saya ke kunjungan pertama saya pada 13 Feb 2014 bersama dengan "Poto Travel and Tours".

Sila klik http://www.pototravel.com.my/ untuk promosi-promosi terkini.

Sepanjang tahun 2014, saya telah berkunjung ke Vietnam sebanyak 3 kali, dan jujurnya saya katakan, saya bukanlah seorang yang suka membeli-belah. Justeru, saya bukanlah orang yang tepat untuk mengulas dan memberikan pendapat tentang barangan-barangan atau harga atau pun tentang berbaloi atau tidak membeli-belah di sana.

Koleksi pengalaman peribadi:-

Pertama:-

Seringkali saya mendengar dan juga membaca tentang kakitangan Imigresen di Tan Son Nhat Airport yang sangat serius dan tidak tahu senyum. Bagi saya, we are from different culture. Just bring our culture, give some respect to them and don't forget to say, Thank You and smile. Tidak ada ruginya pun. So far, saya tidak pernah bermasalah di sana. Dan meskipun, mereka quite serius, and sometimes the way how they are looking to me, make me a bit uncomfortable, I feel it is nothing to feel bad cause of it.

Teringat pula masa berkunjung ke Singapura, kakitangan Imigresen mereka juga sangat serius, namun mereka hanya menjalankan tugas mereka. Berikan kerjasama. mudah.

Kedua:-

Pasar Malam Ben Thanh. Setelah tiga kali berkunjung, berhati-hatilah. Saya pernah bertanya kepada rakan saya, warga Vietnam, dia menyatakan bahawa main target of consumer adalah Malaysian. Kenapa saya tegaskan berhati-hati, kerana kurang berhati-hati akan memungkinkan anda untuk ditipu oleh segelintir peniaga dengan harga yang tidak masuk akal.

Ya, anda boleh tawar-menawar sehingga 50-70% dari harga barangan. Jika, mereka sanggup, pastinya anda akan memperolehinya. Dan jika tidak, anda boleh pilih untuk make a new deal. Kebiasaannya, jika harga yang ditawarkan oleh mereka memang sudah sangat-sangat murah, mereka akan menegaskan bahawa harga mereka memang sudah sangat murah, dan anda tidak akan mendapat harga yang lebih murah walaupun daripada peniaga-peniaga lain.

Atau, anda boleh memilih untuk menamatkan urusniaga anda dan berlalu. Jika peniaga itu berubah dikiran dan bersetuju dengan harga anda, pastinya perniaga itu akan menuruti anda dan memberitahu tentang persetujuan mereka.

Ketiga:-

Kesesakan lalu-lintasnya sangat luar biasa, dengan penunggang-penunggang motosikal. Untuk kali pertama, saya terlalu excited, because I have never experienced it in Malaysia. And eventhough, the road is crowded with them, safety still the top priority.

Bagi saya, mereka adalah pengguna jalan raya yang sangat berdisiplin, dan sangat memberi ruang dan peluang kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tetapi, jalan raya di sini sangat bingit dengan bunyi-bunyi hon yang bertali arus. Saya sendiri tidak pasti untuk apa hon sentiasa dibunyikan, cuma pastinya, tujuannya berbeza dengan pengguna jalan raya di Malaysia.

Keempat:-

Saya merupakan penggemar kopi terutamanya black coffee. Bertuahnya saya, kerana rakan saya sangat baik untuk sentiasa menemani dan membelanjakan saya pelbagai jenis kopi. Satu hal yang harus kita berhati-hati adalah tentang kopi luak, anda boleh mencari info tentangnya. Kopi luak sangat popular di Vietnam. Saya tidak pernah mencubanya dan tidak akan sama sekali. Vietnam merupakan salah sebuah negara yang terkenal dengan kopi.

Kelima:-

Peniaga jalanan yang menjual pelbagai barangan, banyak ditemui di kawasan tumpuan pelancong dan juga kawasan hotel. Saya tidak pernah berurusan dengan mereka, dan bagaimana status produk jualan mereka, saya juga tidak arif. Tetapi, adakalanya mereka boleh memberikan anda harga yang sangat-sangat mengejutkan.

Keenam:-

Money exchange. Sebenarnya sukar untuk menukar Ringgit Malaysia ke Vietnam Dong di Malaysia. Tetapi jangan risau, di Sai Gon dan Mekong Delta, berdasarkan pengalaman saya, mereka menerima Ringgit Malaysia, dan juga USD. Tetapi bukan di semua tempat.
Atau, anda boleh menukar Ringgit Malaysia ke Vietnam Dong di Sai Gon, ada yang mengatakan bahawa ianya lebih berbaloi.

Sekian, untuk hari ini. In Shaa Allah akan disambung....

No comments:

Post a Comment