Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Friday, 10 April 2015

Gunung Angsi, Negeri Sembilan - 30 Mac 2012

Sesekali, merehatkan diri ke hutan belantara merupakan satu acara yang menyeronokkan. Menjauhkan diri dari hiruk-pikuk kota, yang sentiasa terkejar-kejar, bising dengan pelbagai bunyi-bunyian yang membingitkan hasil daripada deruan kenderaan, dan lain-lain lagi.

Mencuba satu hal yang berbeza, dengan membawa rombongan pelajar Politeknik Port Dickson, bergabung dengan Kelab Pencak Silat, untuk melakukan aktiviti mendaki gunung, sangat menyeronokkan. Tidak dinafikan, kawasan pergunungan ini juga bising, namun punca kebisingannya adalah disebabkan oleh faktor yang berbeza, bunyi cengkerik dn unggas-unggas lain yang saling bersahutan, di selang-seli dengan deruan air yang mengalir sederhana laju, sangat mendamaikan.

Kami tiba agak lewat, sekitar jam 9 pagi, perdakian dimulakan dengan aktiviti renggangan badan, dan juga penjelasan tentang perihal-perihal keselamatan.




Aktiviti memanaskan badan. Aktiviti renganggan INI sangat penting kerana pendakian memerlukan otot-otot tubuh untuk berkerja dengan keras. Pendakian walaupun kelihatannya seperti aktiviti yang agak Santa, hakikatnya ia adalah satu aktiviti yang agak lasak, memerlukan stamina yang tinggi, kecekalan Dan azam untuk berjaya hingga menakluki puncak.



Dan perdakian pun bermula. Buat permulaan, laluan kami agak rata, jadi cabaran belum bermula. Semuanya masih dalam perasaan yang sangat santai. Bergerak dalam kumpulan besar yang masih terkawal, tenaga masih belum terusik, udara pagi pula tersangat segar, jauh dari pencemaran udara, cuma sedikit pencemaran bunyi yang dicetuskan oleh pelawat-pelawat yang sangat teruja menghabiskan masa bersama keluarga di Ulu Bendul ini.



Melalui kawasan yang dikhususkan untuk perkhemahan. Kelihatan veteran-veteran polis sedang membersihkan kawasan sekitar perkhemahan mereka. 





Menyelusuri denai-denai di pinggir laluan sungai. Untuk sementara waktu ini, semuanya masih teruja. Deruan air sungai yang mengalir melalui celah-celah batu, sangat mendamaikan.


Hati membuak-buak untuk masuk ke dalam air tetapi memikirkan kaki Gunung Angsi masih belum menjelma di depan mata, justeru keinginan itu dimatikan. Lagipun, mendaki dengan pakaian yang basah bukanlah satu pilihan yang bijak.


Jarak dari tempat berkumpul ke kaki Gunung Angsi lebih kurang 1km. Laluannya agak sempit, jadi kami bergerak dalam barisan. 






Akhirnya, setelah agak lama berjalan, kami sampai ke kawasan yang agak luas, sangat sesuai untuk mengumpulkan kesemua peserta pendakian.




Kami perlu menjaga perilaku kami memandangkan ada kumpulan pelajar sekolah yang menjalani program motivasi di sini. Kami tidak ingin mengganggu mereka walau hakikatnya kami telah mengganggu mereka apabila membuat keputusan untuk berkumpul di sini bagi menghilangkan lelah-lelah yang mulai singgah, di samping untuk mencukupkan peserta.

Laluan seterusnya tidak lagi seindah laluan sebelumnya. Jika sebelumnya agak landai kerana laluannya adalah denai di pinggir sungai, kini ianya telah berubah. 




Bermulalah cabaran bagi kami. Stamina kami mulai diuji.






Flora hutan, spesies pokok paku yang cantik dan hanya ditemui di hutan yang tidak diusik oleh kerakusan manusia.




Di sini telah disediakan tali untuk kami mendaki tebing tersebut. Memang ada laluan tikus tetapi sangat sempit yang boleh dilalui oleh mereka yang gagal mendaki menggunakan tali tersebut.


Ianya tidak mudah kerana perlu tangkas dan bijak mengawal keseimbangan badan. Bagi yang sukakan sesuatu yang berbeza dan cabaran, pastinya peluang ini tidak akan dilepaskan
.




Rombongan berbaju merah telah menuruni puncak, sedangkan kami baru menghampiri separuh perjalanan. Hari semakin meninggi. Terfikir juga di fikiran saya, agak-agaknya jam berapa mereka memulakan pendakian mereka.



Laluan tikus yang saya maksudkan. Sempitkan?




Wah, laluan ini paling mencabar kami. Terasa bagaikan mendaki dengan kecerunan 60°. Walaupun, fizikal kami hakikatnya masih muda, namun apabila sampai di laluan ini, terus terasa sangat-sangat tua.


Saya tidak pasti, berapakah jarak laluan ini, cuma yang saya pasti, laluan ini akan membawa kami ke puncak. Penat mendaki, saya berhenti sejenak, menangkap bunyi deruan air terjun yang sangat jelas di telinga kami tetapi langsung tidak kelihatan di mata kami.




Akhirnya, puncuk Gunung Angsi ditawan oleh kami.... Kepuasan jelas terbayang pada raut wajah peserta pendakian. Siapa yang menawan puncak lebih awal, dapatlah berehat lebih lama kerana kami akan menunggu ke semua peserta menguasai puncak ini. Barulah tercapai misi dan berbaloi?

Pokok paku menguasai puncak gunung ini. Terlupa pula apakah namanya.


Akhirnya teringat jua, pokok paku dikenali sebagai paku resam.





Di puncak ini, kami menikmati hidangan tengahari kami yang sangat ringkas. Jangan berangan masakan rumah yang enak. Melainkan anda membawanya sendiri. Satu hal yang perlu diambil perhatian adalah jangan buang sampah merata-rata. Sila bawa sampah anda turun bersama-sama anda, jangan sesekali ditinggalkan di puncak gunung dan juga di laluan anda.


















Memandangkan zohor sudah masuk, kami solat terlebih dahulu sebelum menuruni gunung.








Sudah jam 2 petang, kami mula bergerak menuruni Gunung Angsi.




Saya tidak pasti, apakah pendapat pendaki lain. Bagi saya, menuruni gunung lebih memeritkan. Jika awalnya, seronok melompat-lompat, kononnya, tidak lagi memerlukan tenaga yang banyak, tetapi satu hal yang langsung tidak terlintas adalah apabila menuruni laluan yang sangat cerun ini, kaki terpaksa menampung badan. Justeru, saya rasa kaki saya sangat sakit dan meskipun menuruni gunung, saya melangkah dengan sopan dan perlahan.


Kalaulah boleh menggelungsur turun, pasti ianya sangat membahagiakan.












Air dari anak sungai di kaki gunung ini, selamat untuk diminum terus. Ianya sangat sejuk dan dingin.











Sedikit maklumat, Gunung Angsi mempunyai 3 laluan pendakian. Salah satunya, adalah laluan kami yang bermula dengan Ulu Bendul.

Monday, 23 February 2015

Kelana Resort Port Dickson - 15 Ogos 2014

Selagi Syawal masih bersisa selagi itulah Aidil Fitri akan diraikan, maklumlah sepanjang Ramadhan telah berpuasa di siang harinya, maka sebulan jugalah perayaannya. Namun itu hanyalah kiasan semata-mata.

Pada 2014, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah meraikan sambutan Aidil Fitri sebagai satu keluarga, bermaaf-maafan dan menikmati hidangan kambing golek, subhanallah, alhamdullillah, di Kelana Beach Resort Port Dickson. Kedudukannya hanyalah sekitar 1-2km dari Politeknik Port Dickson.




Panorama indah yang dapat dilihat di sekitar resort ini sungguh memukau. Menambah kecantikkan lanskap pada hari ini adalah, langitnya yang biru, awan yang memutih dan cuacanya yang sangat cerah.

Perkongsian saya lebih kepada lanskap-lanskap indah yang memukau dan bukannya untuk menjadikan sambutan Aidil Fitri JMSK sebagai sesuatu yang ekslusif. 


Dari sudut yang berbeza. Kelihatan pada saat ini, lautan tengah surut. Ini terbukti dengan tompokan pasir yang jelas kelihatan. Cuaca yang baik menyebabkan pandangan sehingga ke bandar Port Dickson langsung tidak terjejas.


Tidak lama saya berada di luar Kelana Resort memandangkan acara kami akan bermula seketika nanti. 

**********************************************

Ruang legar resort yang sungguh selesa. Kami menunggu di sini sementara menantikan hidangan kami siap sepenuhnya dan juga untuk memastikan semua yang sepatutnya terlibat, hadir tanpa pengecualian.


Keluarga kerja JMSK yang sangat 'sporting' dan bagi saya, mereka adalah di antara team kerja yang sangat bagus dan terbaik. Saling bertolak-ansur dan mempunyai semangat setia-kawan yang tinggi. "Together we are stronger".


Ruang luar ini adalah khusus untuk mereka yang tidak boleh hidup tanpa merokok. Kepada mereka yang tidak merokok, anda juga boleh untuk bersantai di ruangan ini, cuma bersedialah untuk menjadi perokok pasif.


Hembusan bayu laut yang menghembus adakalanya sangat sopan, namun adakalanya keras memukul namun tetap masih mendamaikan.


Usai makan, ruang yang tadinya diisi kembali kosong. Tidak ramai pun yang bersedia untuk menjadi perokok pasif. Lagipula ruang makan berhawa dingin lebih selesa. Apa-apa pun semuanya berbalik kepada diri sendiri.

Ada yang sukakan sesekali disimbah terik mentari, dan ada yang lebih suka dihimpit kedinginan. Tepuk dada tanyalah keinginan anda.



Tiba-tiba bersemangat kakak sekerja yang seorang ini. Inilah yang dinamakan keseronokkan dan kepelbagaian sifat. Gara-gara beliau, selepas itu beramai-ramai berbaris di situ untuk bergambar. 

Maaf ya, tidaklah saya kongsikan gambar itu lantaran seperti menonjolkan kumpulan warga kerja kami pula. hehehehe


Matahari terik. Tidak ada pengunjung ke pantai pada waktu ini. 


Menariknya....


Bangunan cerap.


Okay, telah selesai semuanya. Makan dan minum sudah, bergelak-ketawa juga sudah, bergambar juga sudah. Sekarang masa untuk pulang.