Wednesday, 12 December 2018

Pantai Timang, Gunung Kidul - 26 Feb 2018

Pantai Timang

***********************************
naik Gondola idr200k/pax
naik jambatan idr100k/pax

naik jeep idr500k/jeep


waktu operasi sehingga jam 6 petang waktu tempatan. ***********************************

Kami tiba ke perkampungan terhampir dengan Pantai Timang sudah agak lewat. Enggan membuang masa, kami segera memilih jeep yang tersedia untuk ke Pantai Timang. 

Jalan menuju ke Pantai Timang anda boleh lihat dalam foto di bawah. Hanya simen yang dijadikan laluan menuju ke destinasinya dan ini adalah inisiatif penduduk tempatan. Justeru, wisata Pantai Timang mendatangkan sumber rezeki lain untuk penduduk tempatan yang rata-ratanya bertani dan ada sebilangan mereka menjadi nelayan.















Percaya atau tidak, destinasi pernah dirakam dalam program Running Man dan Jambatan Lee Kwang Soo masih diabadikan di sini. Tetapi saya cuma mengetahui tentang hal itu selepas saya meninggalkan lokasi tersebut.



Jika dulu untuk menuju ke batu di seberang anda hanya boleh menaiki gondola yang ditarik oleh beberapa orang lelaki perkasa menggunakan takal dan kudrat manusia, kini telah wujud saingan lain iaitu jambatan gantung.

Warga tempatan dengan bangganya bercerita bagaimana seorang yang sangat cekal berenang ke batu berkenaan untuk membina laluan gondola. Ianya bukan perkara yang mudah. Ini adalah Lautan India, dan ombaknya memang ganas dan keras. Dan semangat jitunya itu telah membuahkan hasil.






Jika satu masa dulu, hanya gondola yang akan membawa anda ke seberang tetapi kini gondola telah memiliki saingan iaitu jambatan gantung, bahkan dengan hanya membayar separuh daripada pembiayaan untuk menaiki gondola.

Justeru pilih yang mana pilihan anda.








Giliran kami.
Kapasiti penumpang untuk satu perjalanan adalah maksimun 2 orang. 

Baiklah, saya malas nak menaip banyak-banyak. Biar sahaja gambar berbicara.









































****************************
Rembang senja telah muncul. Segera beredar....

Misi untuk lobster murah pula.









Meneroka Goa Pindol dan "River Tubing Sungai Oyo" - 26 Feb 2018

Saya tidak pasti berapa jumlah bayaran yang dikenakan jika ingin menerokai Goa Pindol ini kerana semuanya telah termasuk dalam pakej. Hmmm, bagi saya, jika anda sukakan sesutu yang berbeza, anda boleh mencuba.

Jika menurut pendapat peribadi saya, saya tidak begitu sukakannya. Ia bukanlah sesuatu aktiviti keterlaluan cumanya bila saya berpergian untuk percutian saya tidak sukakan aktiviti sebegini. Hehehe..apa pun jua, lain orang lain citarasanya.

Kalau telah termaktub dalam perancangan anda aktiviti, sila bawa pakaian persalinan siap-siap. Bawa sabun mandi untuk menyucikan diri, kalau setakat plastik kalis air untuk telefon bimbit anda, anda boleh beli di sini... harganya murah berbanding di Malaysia.

****************************
Alang-alang dah sampai, bayaran pun telah dilunaskan, bukannya boleh dapat duit balik kan? Jadi, buat sahajalah walaupun hati keberatan. Mencipta pengalamanbaru, pertama dan terakhir...



Bawalah tiub-tiub masing-masing ya. Hal-hal ekselamatan jangan diabaikan.



Gon Pindol.

Airnya tidaklah begitu jernih. Belum masuk ke dalam telah dimomokkan dengan cerita buayalah, ularlah...mulalah masing-masing keresahan sudahnya. Tapi jangan risau, insyaa Allah tidak ada apa-apa.








Bersedia untuk meneoka ke dalam gua.



Jom..... Penggembaraan pun bermula...

Setiap orang dalam rantaian tiub ini harus memegang tibu rakan sebelah supaya tidak terpisah. Seorang penjaga (warga tempatan) akan mengemudi rantaian ini, dan seorang lagi akan menjaga rantaian ini supaya tidak ada sebarang kecelakaan berlaku.


Suasana di dalam gua memang gelap gelita.

Nun yang ada cahaya sedikit itu adalah lubang yang terbentuk di atas gua terus tembus ke atas. Jadi, ia membenarkan cahaya matahari untuk menyuluh di ruangan itu.




Lubang di bumbung gua yang dimaksudkan.


Keluar sudah daripada gua.





********************
Sekarang menuju ke destinasi ke dua iaitu untuk "river tubing" di Sungai Oyo

Yang pasti sewaktu  banjir besar melanda Yogya, ia telah menyebabkan jambatan besi yang merentangi sungai ini runtuh.





Hati-hati berjalan di permukaan batu berlumut. Ianya sangat licin.
Utamakan keselamatan.







Di sungai ini kami tidak lagi saling memegang tibu kawan-kawan sebab tiub kami telah diikat oleh jurukemudi.



Nak dijadikan cerita, arus sungai terlalu kuat... masuk je ke sungai terus rantaian tiub-tiub ini bergerak dengan sangat laju dibawa arus dan akhirnya, rantaian kami terputus menajdi 2 bahagian. Untungnya, arus laju itu cuma seketika dan kemudiannya pergerakkan kami menjadi sangat perlahan.

Bosan akhirnya.





Kesan jambatan runtuh sewaktu banjir besar sebelumnya.

Sawah padi.

Balik semula ke pangkalan.
Sekarang kami kembali ke tempat permulaan kami, untuk bersihkan diri sebelum meneruskan kembara di hari ini, iaitu Pantai Timang.