Jadi biarkan sahaja untuk blog saya, foto yang berbicara.
***********************************
Untuk mengetahui secara mendalam perihal Candi Prambanan, sila ketik link di bawah..
https://id.wikipedia.org/wiki/Candi_Prambanan
********************************
Yogyakarta memang memiliki terlalu banyak candi, dan kebanyakkannya adalah candi hindu. Ingat ya, Candi Borobudur adalah candi buddha. Kami pula telah membayar tiket masuk ke Candi Prambanan adalah secara pukal sekali dengan Candi Borobudur.
Kiranya dalam tempoh 2 hari ini, kami telah melawat 3 candi.
Yang seronoknya setiap kali anda memasuki candi, anda boleh memilih sama ada sebotol air mineral atau secawan kopi O panas, dan pastinya saya memilih kopi O panas. Upppss, tidak termasuk Candi Arjuna.
Cuaca hari ini sangat panas. Biarlah panas daripada disimbah hujan. Syukur sangat-sangat. Candi Prambanan ini sangat luas, dan jika mahu menerokai seluruh kawasan berserta dengan lagendanya mungkin menuntut masa berjam-jam. Tapi ianya amat berbaloi sekiranya anda diiringi dengan jurupandu candi berkenaan.
Satu kepala. |
Nikmati secawan kopi O panas terlebih dahulu |
Sila ketik link di bawah untuk kisah Candi Rara Jonggrang.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Prambanan
Nama tempatan bagi Candi Prambanan |
Sejarah pembangunan candi Prambanan |
Candi utama di tengah-tengah. Memiliki 4 bilik gelap yang bertentangan dengan setiap 4 binaan lainnya. |
Salah satu bilik - patung Sang lembu Nandini |
Sang Dewi Rara |
Meninggalkan Candi Rara Jonggrang menuju ke sebuah candi bersebelahan yang dalam proses pembinaan semula setelah dimusnahkan di satu masa dahulu. Kesulitan untuk membinanya semula menyebabkan proses itu tersangat perlahan dan batu-batu binaan masih berlonggok di kawasannya.
Akhirnya kami meninggalkan candi. Lama juga kami di sini, 2 jam lebih. Bahang matahari memang tidak dapat digambarkan, tetapi berbaloi juga. Alang-alang beratusa ringgit bayarnya, biarlah puas hati dan setimpal.
Koleksi foto di bawah diambil daripada atas bas yang membawa kami segera keluar. Tak larat sudah nak berjalan, sebabnya masing-masing kepenatan.
Kijang-kijang yang dibela di kawasan candi.
**********************************
Baiklah, kami selesai melawat candi.
Kami pun pergi makan, suasana persekitaran warung ini memang sangat selesa tetapi harga makanannya tersangat mahal. Badan pun penat, justeru saya memilih di pondok yang kami boleh bersila, sebenarnya nak menjulurkan kaki.
Muka masing-masing agak ketat. Adalah sebabnya... Tunggu pula tempahan makanan kami yang agak lama masanya diambil untuk disiapkan, sudahnya masing-masing melayan telefon sambil fikiran masing-masing memahami kemelut perasaan.
Selesai makan, kami segera ke Tebing Breksi. Nampak tak bangunan hijau dalam gambah di bawah? Itu adalah pesantren aka sekolah pondok kalau di Malaysia. Sambil-sambil itu, lihatlah koleksi sawah padi itu. Kepelbagaian peringkat padi dalam satu tempoh masa yang sama semasa dalam perjalanan ke Tebing Breksi.
No comments:
Post a Comment