Ya benar, apabila melihat kepada tebing ini ternyata ianya melambangkan kesenian warga tempatan yang cukup hebat dalam karya memahatnya. Ada 2 bongkah tebing utama yang menjadi tumpuan, dan ruangan puncak salah satu bongkah terlalu sempit manakala lagi satu bongkah ternyata lebih luas dan mempunyai banyak tempat-tempat yang anda berfoto dengan bayaran tertentu.
Naga yang dipahat di Tebing Breksi. |
Saya memang belajar sesuatu di sini. Tersilap perhitungan. Memang tersangat perlu untuk bercuti dengan rakan-rakan satu kepala dengan intinerari yang kurang padat supaya kita boleh luangkan masa sepuas hati. Tidak ada ertinya, terlalu banyak tempat dalam aturcara tetapi, kita cuma singgah seperti iklan biskut oreo; "Now you see, Now you don't".
Dua bongkah batu yang dimaksudkan di dalam gambar di bawah. Itulah tarikannya jika anda berkunjung ke sini. Sebenarnya ada lagi satu tempat lagi selain batu ini tetapi masa yang sangat suntuk, tidak ada antara kami yang pergi iaitu tebing bersebelahan.
Bersama guardian di atas bongkah tebing kecil |
Permandangan dari atas |
Kawasan lapang di atas bongkah besar |
Merenung masa depan dari dalam kurungan |
Ini kawasan yang terpisah daripada 2 bongkah tebing tersebut tetapi tidak sempat untuk dijelajahi.
Matahari 25 Feb 2018 akhirnya.... terbenam....
Ayam penyet kami malam ini. Makan yup.
Jujurnya waktu ini, perasaan saya sudah terganggu sebab kena marah dengan ketua kumpulan. Alasannya; saya luangkan masa terlalu lama di Kuil Prambanan. Sepatutnya kami diberikan cuma 1 jam dan tinggalkan sahaja pemandu arah kami di kuil tersebut!
Saya memang amat marah, pertamanya, kami sekumpulan tidak tahu pun pasal peruntukkan waktu itu. None of us! Kalau tak takkan kami nak buat perangai secara berjemaah kan? Bila kena marah tu, kami saling pandang muka masing-masing. Kedua, dikatakan bahawa "dia" telah telefon setiap kami. Maaf, saya jarang daftar untuk "international roaming".
Saya bertanya kepada Amboro, pemandu pelancong merangkap supir kami, tentang peruntukkan waktu tersebut dan dia menyatakan telah dimaklumkan. Soalan mudah saya, bila? Kenapa sampaikan maklumat waktu ada yang tiada? Kenapa tidak boleh kumpulkan semua orang sebelum menyampaikan sesuatu maklumat yang penting begini?
Saya hanya berbicara atas fakta, mudah untuk menunding jari tetapi jika tersalah tunding semetelah dengan tuduhan yang tidak berasas, hati yang dilukai tidak mungkin disembuhkan!
Terkesan daripada hal itu, Tebing Breksi menjadi destinasi kecewa saya.........
No comments:
Post a Comment