Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua ku ke Cameron Highlands. Kali pertama berkunjung, kami memilih untuk melalui Tapah-Tanah Rata dan seterusnya Ringlet. Kali ini, kami memilih untuk melalui Simpang Pulai, Perak, kebetulannya kami sememangnya dari arah utara. Ada kursus dua hari di Seberang Perai Pulau Pinang.
Cameron Highlands tidak termasuk dalam destinasi percutian kami, segala-galanya adalah secara tiba-tiba. Memilih untuk kembali ke Melaka tetapi melalui Cameron Highlands. Sangat tidak masuk akal, tetapi inilah namanya percutian.
Kebetulannya, kami tiba di saat hujung minggu yang mana Cameron menjadi tumpuan ramai untuk menikmati di tanah tinggi.
Sehinggakan enjin kereta kami berasap. Cemas seketika.. Namun syukur alhamdullillah, tidak ada apa-apa kerosakan mekanikal.
Kesegaran yang nyata sangat mengujakan.
Produk yang biasanya dibeli pelancog adalah aiskrim strawberi, jem strawberi, strawberi yang dikeringkan dan juga memetik buah strawberi segar.
Harganya sangat berpatutan, boleh mencuba.
Harganya sangat murah berbanding di tanah rendah, namun saya tidak membelinya juga. Hanya orang yang sabar boleh menanam kaktus, dan saya tidak sesabar itu.
" It is so amazing...what else I can do except captured it to my camera for my long term memorization,..."
Kononnya nak masuk ke dalam kawasan ini tetapi apabila diberitahu kadar cajnya maka kami memilih untuk tidak masuk. Percutian bajet sepenuhnya dan juga ahrus jimat kos.
Bukan kedekut tetapi kesesuaian.
Malas nak berpayung yang mana saya rasakan penggerakkan saya terbatas. Lebih seronok bergerak begini.
Justeru tidak hairanlah jika saya rasa sangat teruja.
Peringatan, cubalah rancang percutian anda dan elakkan cuti am dan juga cuti persekolahan.
Apa ertinya ke Cameron tanpa membeli buah strawberi. harganya jauh lebih murah berbanding di mana-mana pasaraya dan juga jauh lebih murah berbanding Genting Highlands.
Tidak ada pemandangan ladang teh di sini. Itu merupakan sesuatu yang sangat sinonim dengan semua pengunjung Cameron Highlands. Nikmati sesuatu yang berbeza.
~~Miss Ana~~
No comments:
Post a Comment