Kerana hakikatnya, kau tidak ku kenali
Semakin meniti usia
Kematangan fikiran makin ranum
Kau yang satu masa dulu terasing dari perasaanku
Mula ku hampiri seinci demi seinci
Kini diriku semakin matang
Kini diriku semakin matang
Ku fahami hakikat hubungan
Memberi tanpa pembalasan
Mencintai tanpa dicintai
Masa berlalu pantas
Aku dengan sikapku
Dan dirimu aku tidak jelas
Di saat keramaian dan perayaan dirimu ku jengah
Setiap tahun sepasang persalinan menjadi milikmu
Sebagai tanda mata dari diriku
Tahun lalu adalah yang terakhir
Permintaanmu ku turut kerana katamu
"Aku ingin kelihatan cantik di hari raya tahun ini"
Sepasang baju kurung moden kelabu bermanik ku hadiahkan
Sinar wajahmu tidak tergambar
Tahun ini ku terlupa akan persalinanmu
Duit raya ku berikan sebagai meringankan bebananmu
Duit raya ku berikan sebagai meringankan bebananmu
Aidil Adha, kita bertemu di wad Melur HHT,
Dalam kelesuanmu, masih kau berseloroh padaku
"Gemuk aku lagi Ana berbanding kau"
Sambil tersengih-sengih
Ku lihat kulitnya yang membaluti tulangnya
Hidungnya kelihatan dua wayar untuk bantuan pernafasannya
Ku katakan " Gemuk kita lagi dari Tuk"
Tersengih-sengih tuk mendengarnya
Itu pertemuan yang terakhir
Itu juga gurauan terakhir
2 minggu kemudiannya, aku mendapat pengkhabaran
Dirimu tenat dan diambang maut
Bergegas ku pulang dari barat menuju timur
Takdir mengatasi segala-galanya
Aku hanya melihat jasadmu yang kaku
Cinta yang hadir tanpa disedari
Cinta yang terasing kerana tidak dibajai
Silap siapa tidak ku pasti
Damailah nenda di dunia ketiga
Aku juga pasti menurutimu
Cuma bilakah saatnya, masih menjadi rahsia
**
Siti Minah Binti Ahmad
8 Okt 2016 ; 1.15 tengahari (lebihkurang)
Hospital Hulu Terengganu
Batuk berdarah
73 Tahun
waaa sadisnya.. sampai menintis air mata kubaca puisi ini..
ReplyDeleteupppssss.... hanya sekadar luahan je...
ReplyDeletejangan sedih-sedih... ngee..
Itulah kisah sebuah kehidupan..