***************************************
Sesungguhnya mudah untuk menjemput SYUKUR,
Asal saja KENALI siapa kita.
Sesungguhnya mudah untuk menjemput REDHA,
Asal saja FAHAMI bahawa kita tidak MILIKI apa-apa,
HADIR kita ke dunia tidak membawa BEKALAN,
Ke kubur hanya membawa KAPAN yang membaluti jasad.
Tidak akan pernah kita bertanya KENAPA dan MENGAPA,
Di atas setiap yang berlaku dalam perjalanan hidup kita,
Kerana resminya seorang HAMBA tidak akan mempersoalkan TUAN-nya...
SENYUM-lah, walaupun jiwa kita di dalam kesedihan
Kerana sesungguhnya ia terapi jiwa.
BERSANGKA BAIK-lah,
Meskipun kita baru melepasi ujian yang perit,
HIDUP kita mengikut sangkaan kita
Jika kita melihat PELUANG dan KASIH-SAYANG Allah,
Itu akan mewarnai hidup kita,
Tetapi jika kita melihat MUSIBAH dan KETIDAKADILAN Allah,
Itulah yang akan menyulam hidup kita.
Jangan terlebih melihat MILIK ORANG,
Renungi diri..
Siapkah BEKAL untuk akhirat?
Jangan terlebih fikir TANGGAPAN ORANG,
Kerana PANDANGAN Allah ke atas diri kita itu yang terutama.
No comments:
Post a Comment