Ini adalah hari ke tiga saya berada di bumi Saigon. Hari ini kami akan berkunjung ke My Tho, Mekong Delta.
Menuju ke My Tho dari Ho Chi Minh City (Saigon), anda pasti akan singgah di Mekong Rest Stop untuk memenuhi keperluan diri dan juga berehat seketika setelah melalui perjalanan yang agak panjang. Dalam anggaran satu ke dua jam perjalanan dari HCMC. Jika dibandingkan masa perjalanan di antara HCMC ke Cu Chi dan HCMC ke My Tho, masa yang diambil ke My Tho lebih singkat. Mungkin kerana ada lebuhraya yang menghubungkan.
Saya sukakan lanskap yang terdapat di Hentian Rehat Mekong, sangat cantik. Di sini, pada penggemar kopi, anda boleh menikmatinya sebelum meneruskan perjalanan. Saya adalah penggemar Black Coffee. Pastinya, minuman ini akan menemani saat santai saya. Masa yang diberikan kepada kami untuk berada di sini cumalah 30 minit. Jadi pusing dan nikmati semuanya betul-betul.
Water lily...... Saya memang merupakan orang yang pantang jumpa sesuatu yang cantik terutamanya flora dan fauna, mulalah tangan laju saja nak ambil gambar. Saya tidak peduli apa yang terlintas pada fikiran orang lain. Yang penting saya puas hati. Lagipun kunjungan saya ke Vietnam bukanlah untuk membeli-belah, tetapi untuk mencari dan melihat sebanyak mungkin keindahan alam ciptaan Allah swt.
Kedai menjual cenderamata. Cantik-cantik. Harganya? Jangan tanya saya. Saya tidak ada jawapan sebab saya tidak masuk ke kedai itu. Ambil gambar dari jauh saja.
Bertentangan dengan kedai cenderamata itu adalah kedai yang menjual pelbagai jenis kopi. Harganya berpatutan tetapi sedikit mahal berbanding di Saigon. Pembungkusannya memang cantik. Strategi pemasaran. Atau mungkin boleh tunggu untuk kembali ke HCMC dan belilah kopi anda di sana.
Di bawah adalah koleksi-koleksi gambar di kawasan Hentian Rehat Mekong (Mekong Rest Stop)... Nikmatilah ya....
Kolam ikan dengan pokok-pokok teratai (lotus). Teratai sangat sinonim dengan kebudayaan dan kehidupan warga Vietnam.
Alat menangkap ikan tradisional rasanya. Walaupun sekadar replika tetapi ianya sangat tepat dalam menggambarkan realiti kehidupan mereka di satu masa lalu.
Tenang dan sangat mendamaikan.
Titian yang diperbuat daripada batang kelapa dan buluh sebagai pemegang.
"Hello semua.... "
"Water lily"
No comments:
Post a Comment