Perkara pertama yang dirunsingkan oleh kebanyakan warga Y2K adalah broadband, "what is life without Internet". Itulah yang menyebabkan pondok-pondok jualan kad broadband diserbu oleh rombongan kami. Tapi saya percaya, bukan hanya rombongan kami yang berbuat begitu, tapi pastinya kebanyakkan pelancong antarabangsa, meskipun bukan majoriti, tapi pastinya menghampiri sebahagian besar mereka.
Gerai jualan kad broadband ini beroperasi di luar Kuala Namu International Airport. Saya tidak membeli kad broadband, memadai perkhidmatan wifi yang terdapat di hotel-hotel ataupun kawasan-kawasan tertentu.
Lagipun, saya bukanlah seorang yang mempunyai keperluan tinggi pada media telekomunikasi. 4 hari 3 malam sekejap saja kan? Pastinya saya mampu bertahan.
Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan kad-kad prepaid broadband. Ada yang dijual di kiosk-kiosk seperti gambar di atas, bahkan dalam perjalanan kami menuju ke bandar Medan, kad-kad broadband dijual di kereta saja. Jadi, jangan khuatir tentang susahnya untuk mendapatkan perkhidmatan Internet. "A world is just on your finger tip."
Saranan saya, sebaik-baiknya apabila berada di luar negara, jangan sesekali gunakan "International Roaming" kerana caj yang dikenakan terlalu tinggi. Beli saja atau gunakan servis yang ditawarkan oleh negera berkenaan. Itu jauh lebih menguntungkan. Pastinya berganda jauh lebih murah.
Sudah berada di dalam perut bas. Seronok bercampur teruja perasaanku. yeay...
Teruja pertamanya, kerana dapat membawa diri pergi meninggalkan lapangan terbang.
Kedua, kerana ingin melihat Medan dan persekitarannya buat pertama kalinya.
Ketiga, makanan dan minuman tempatan harus dicuba.
Subhanallah, cuaca di bumi Medan pada hari ini sangat baik dan indah menyambut kunjungan kami. Kebiruan yang memukau, membuatkan diriku mengucapkan subhanallah. Hebat bukan?
Carilah kebesaran Allah swt di mana jua anda berada.
Lapangan Terbang KualaNamu dari kejauhan.
Khabarnya, satu masa dulu setiap pelancong yang ingin meninggalkan Indonesia ahrus membayar IDR100k kepada Imigiresen Indonesia, tetapi sekarang sudah tidak ada. Tetapi, saya tidak tahu.
Sewaktu, memasuki lapangan terbang, maksud saya keluar dari pesawat, ada borang yang harus diisi tetapi tidak ada seorang pun di antara kami yang tahu cara mengisinya, bahkan kami juga tidak tahu apap tujuan borang itu diedarkan. Yang lebih mengelirukan, ada yang mengatakan perlu disi, ada yang mengatakan tidak. Di dalam kebinggungan begitu, syukur pada Allah kerana ada seorang pegawai senior di situ mengatakan tidak perlu diisi dan cara beliau berinteraksi dengan kami, amat menyenangkan. "Terima kasih Pak."
Di Lapangan Terbang KualaNamu, bilik-bilik solat adalah bercampur di antara lelaki dan perempuan. Jangan terkejut. Memang ada yang bertanya kepada saya, mengapa harus bercampur. Jawapan saya mudah, "ini bukan Malaysia, dan ini adalah cara mereka." Dalam ungkapan lainnya, "lain padang, lain belalalang."
Memanglah terasa janggal, tapi pokoknya, yang ingin dilaksanakan adalah solat, dan jagalah aurat.
Pondok-pondok kutipan tol.
Semakin jauh kami meninggalkan Lapangan Terbang KualaNamu.
Perut mulai berkeroncong menyanyi lagu-lagu kelaparan.
Alhamdullillah, kami singgah untuk menikmati sarapan kami, "Brunch" breakfast + lunch... Di restoren Ayam Penyet Cindelaras.
Lihatlah wajah masing-masing, sangat bersemangat.
Menu-menu yang terdapat di Ayam Penyet Cindelaras. Memang tidak kelihatan "000" nya kan? Tapi usah khuatir kerana sememangnya "000" tidak ditunjukkan saja.
Satu hal yang menarik di restoran ini adalah, mereka akan menggantung setandan pisang untuk dinikmati oleh pelanggan mereka. Ambil saja, dan tidak ada sebarang caj dikenakan. Pisang itu digantung di kawasan yang mudah dilihat.
Nasi ayam penyet sudah sampai. nyum nyum nyum....
Lihat itu Kopi 'O tempatan. Terbaik...
Orang lain sibuk menikmati jus jeruk, saya pula tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati kopi 'O.
Kawasan makam di bandar Medan.
Nama pun kunjungan akademik kan? Justeru, keutamaan mestilah berbalik kepada niat asal lawatan ke Medan yakni Mengunjungi Politeknik Negeri Medan, PolMed. Semalaman tidak tidur, namun alhamdullillah, riak-riak kepenatan tidak jelas. Seandainya jelas, uppsss, tidaklah dapat saya jelaskan betapa ianya memalukan. Apa-apa pun syabas dan tahniah kerana selama berurusan secara rasmi, masing-masing sangat bertenaga.
Menunggu setiap ahli rombongan turun dan berkumpul. Barulah seronok dan tidak ada yang tertinggal kan?
Sesi suaikenal dan membina jalinan muhibbah. Para pelajar, dan para pensyarah dari ke dua-dua institusi.
Sambutan dan layanan mesra yang diberikan oleh tuan rumah, iaitu pucuk pimpinan tertinggi Politeknik Negeri Medan membuatkan kami berasa sangat senang.
Sepenuh fokus kami berikan sewaktu sesi taklimat ringkas ini. Ternyata kolaborasi akademik mampu mengeratkan sirahtulrahim antara dua institusi dan in shaa Allah, dua negara hendaknya.
Kepenatan.
Akibat tidak cukup tidur.
Alhamdullillah kerana PolMed mempunyai sofa yang cukup selesa untuk dua remaja aka pelajar PoliPD untuk merehatkan fizikal dan minda sementara menunggu tentatif petang.
Tentatif petang merupakan lawatan ke seluruh PolMed di samping melihat bagaimanakah sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan. Perkongsian kepakaran juga dilakukan oleh beberapa pelajar Jabatan Perdagangan PoliPD.
Di sini cuma dilampirkan beberapa gambar lawatan ke Jabatan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PolMed.
Di sini ditempatkan makmal kimpalan yang terletak pada aras dua.
No comments:
Post a Comment