Thursday, 12 January 2017

Memancing Di Muara Merchang, Marang, Terengganu - 14 Sept 2016

Sesekali buang tabiat apa salahnya. Lagi pula jika ingin dikaitkan bahawa memancing itu tidak sesuai dengan wanita. Emak seakan tidak inin mengizinkan, namun apakan daya, anak perempuannya sudah besar panjang dan berpergian pula ditemani pengawal-pengawal tegak.

Memancing merupakan hobiku sejak kecil cuma sering berakhir dengan bebelan emak lantaran memang sangat tidak suka dengan hobiku itu. Aku pula seperti anak-anak kampung lain yang mana kurang sifat kewanitaan di mana lebih sukakan sedikit aktiviti lasak dan mandiri.


**************************

Setelah sekian lama tidak melibatkan diri dengan aktiviti memancing, entahlah dimana muncul anginnnya tiba-tiba sahaja aku mengajak adikku pergi memancing. Adikku sering memancing di muka kuala tetapi satu syarat utama yang harus dipatuhi ialah, waktu air pasang.

Setelah berjaya memujuk emak, maka bergeraklah kami selepas isyak menuju ke Sungai Merchang di sempadan Marang/Dungun. Sebelum tiba ke tempat tujuan, kami singgah ke sebuah warung yang menjual kepah dan siput laut. Hidangan eksotik tu. Hehehehe..




Suasana malam tidak adalah gelap gelita, masih mampu mata untuk berjalan dalam kesamaran malam. Terlupa lupa bawa lampu suluh, justeru ini adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan sumber cahaya disaat memasang umpan.

Jangan dicontohi ya.


Unggun api merupakan satu keseronokkan di tengah malam sepi dan sunyi. Kami mencari ranting-ranting kayu kering yang ada danmembakarnya. Di samping untuk memasak kepah dan siput laut secara sihat, yakni dengan membakar (sebenarnya kami tidak mempunyai pilihan pun), ia juga dapat menghangatkan diri kami yang kesejukkan dihembus bayu laut.



Menanti-nanti air pasang kerana di saat ait memasuki muara ia adalah saat yang terbaik untuk memancing tetapi air tidak juga pasang. Penat meneliti air hinggalah ke pagi, menjelang subuh barulah air mulai pasang. Maka satu kesimpulan diperolehi bahawa kami tersilap meneliti jadual alam; air pasang dan surut.


Akhirnya, kami pulang tanpa tangkapan tetapi keseronokkan tetap ada. Seumpamanya berkhemah di sepanjang malam bersama unggun api. Cuma yang tiada adalah khemah untuk kami bermalam di dalamnya.

Apabila subuh menyapa, kami pulang, tidak sempat menunggu matahari terbit. Kami segera pulang.




Perjalanan menuju ke rumah ibu bersama matahari yang kian tinggi menjengah.



No comments:

Post a Comment