Tamu Gaya atau dalam bahasa Melayu kebangsaan dikenali sebagai Pasar Gaya adalah salah satu tempat yang mesti anda kunjungi jika berkunjung ke Sabah atau Kota Kinabalu secara khususnya.
Beroperasi setiap hari Ahad, dari pagi sehingga menjelang petang, pasar ini menawarkan anda beberapa barangan tempatan yang mustahil untuk anda perolehi di pasar malam atau di Pasar Filipina.
Kedudukannya hanyalah beberapa minit perjalanan dari KK Waterfront Hotel. Masa yang kami ambil pun lebih-kurang 10-15 minit sahaja.
****************
Kami mengunjungi Tamu Gaya kerana sahabat saya yang berasal dari Sabah beria-ia menyarankan kami agar berkunjung ke pasar tersebut.
Memandangkan penerbangan kami pulang ke Semenanjung adalah pada sekitar jam 2 petang maka kami manfaatkan sisa waktu yang ada dengan berkunjung ke pasar tersebut.
Jujurnya saya tidak tahu pun dimanakah lokasinya. Menggunakan google maps, kami dibawa oleh sistem pelayarnya menelusuri jalan-jalan di tengah-tengah kota yang agak sibuk. Untuk memudahkan perjalanan kami tanpa berharap kepada gajet, saya meminta seorang penduduk tempatan menunjukkan arah Tamu Gaya kepada kami.
Alhamdullillah, sangat berbudi bahasa dan mesra, dia membawakan kami terus ke Tamu Gaya tanpa mengharapkan sebarang upah dari kami.
Berada di Tamu Gaya, saya berada di persekitaran yang berbeza. Terlalu banyak hasil kraftangan dari pelbagai suku etnik dijual di sini.
Suasana di Tamu Gaya cukup sesak. Tidak hanya menjadi tumpuan oleh pelancong luar dan dalam, bahkan warga tempatan.
Pelbagai makanan tempatan boleh didapati di sini.
Kraftangan-kraftangan lainnya.
Petola kering - banyak kegunaannya sebagai penapis air dan juga boleh digunakan untuk manfaat lainnya.
Labu kering kecil, selalunya digunakan dalam upacara keagamaan penganut Budha.
Rehat sebentar di bulatan pancuran ini. Penat juga berjalan.
Uncle Huang Poh Lo ini sangat kreatif dalam melukis dan membuat tulisan khat China dan Arab.
RM 5 untuk nama anda ditulis dalam bentuk khat. The price of art.
Perjalanan diteruskan.
Kami tidak boleh berada lama di Tamu Gaya, selesai mencuci mata kami segera pulang ke hotel untuk mengemas barangan kami dan urusan daftar keluar.
Meninggalkan Tamu Gaya, saya memasuki City Park Kota Kinabalu.
Lokasi yang sangat bagus untuk aktiviti santai pada bila-bila masa. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian saya iaitu tugu peringatan.
Seperti yang kelihatan, tugu ini dibina untuk memperingati tentera Australia yang terkorban sewaktu Perang Dunia Ke-2.
Persekitaran lain City Park.
Selamat tinggal Tamu Gaya..
Selamat tinggal City Park...
Selamat tinggal Jesselton..
Ini dia RM5 lakaran nama dalam bentuk tulisan khat yang ditulis oleh Uncle Huang Poh Lo.
No comments:
Post a Comment