Kembara Menawan Nuang, Puncak Tertinggi di Selangor
8 dan 9 Mei 2017
Melalui Pintu Kuala Pasung, Hulu Langat.
8 Mei 2017
- 0800 - bertolak dari Politeknik Port Dickson
- 0830 - berhenti sarapan di RNR Mambau
- 1150 - tiba di Pintu Kuala Pasung
- 1430 - tiba di Kem Lolo
Pasang khemah, mandi dan lain-lain. Solat zuhur dan Asar; jamak Takhir.
- 1900 - 2000 - Waktu larangan berada di sungai.
makan malam - sphagetti untuk sumber tenaga. Solat maghrib dan isyak; jamak takdim.
- 2240 - masuk tidur.
- 22.30 (lebih kurang) - Anjing menyalak sayup seketika. Kemudian bergaduh di luar khemah.
Anggaran 30 - 50 minit kemudian kayu jatuh atas khemah cukup untuk membuatkan Kak Amirah bingkas duduk.
**
bas tidak boleh naik ke Gerbang Nuang. Berjalan kakilah kami, sambil-sambil panaskan badan.
Cuaca memang sejuk dingin, maklumlah hujan lebat sehari sebelumnya.
**
Gerbang Nuang.
**
Mendaki Nuang dan anjing-anjing peneman memang tidak dapat dipisahkan.
Saya dimaklumkan bahawa biasanya anjing hanya akan menemani sehingga ke Kem Pacat. Tidak pernah sehingga ke puncak.
**
Memulakan pendakian.
Awal-awal lagi Chief Fikri beritahu, sepanjang perjalanan menuju ke Kem Lolo kami akan menemui 6 buah wakaf.
Maka jangan sesekali bertanya jauh atau dekat selagi keenam-enam wakaf itu belum dilalui.
Memang sepanjang perjalanan, kerjaku asyik mengira dan menjangka wakaf-wakaf yang seterusnya sahaja. Meskipun laluan adalah di jalan raya yang mana bersimen dan bertar yang telah rosak, peritnya, perhhhh, pancit juga.
Wakaf ke-6.
Bermulalah denai hutan.
Rasa macam nak terjun je.
**
Kem Lolo.
9 Mei 2017
- 0330 - bangun dan mencuci muka. Team core Encik Fikri dan 2 pelajar; Yus Aliff (DKm sem 5) dan Atuk Din (DKA sem 5) sibuk menyiapkan sarapan dan bekalan untuk pendakian ke puncak.
- 0400 - semua bangun. sarapan makaroni.
- 0515 - bertolak menuju puncak. Sasaran solat subuh di kem Pacat.
-0635 - solat subuh. Belum tiba Kem Pacat.
-0730 - tiba di Kem Pacat.
Amanat Chief Fikri; jika gagal ke puncak tidak mengapa. Jika ingin ke puncak disebabkan stamina kami sederhana, jam 1100 mesti bertolak turun ke bawah.
- 1000 - tiba di puncak tipu (false peak) - Puncak pengasih.
- 1025 - menawan puncak Nuang.
Rehat dan bergambar kenangan.
- 1055 - bertolak turun ke bawah.
- 1430 - tiba ke Kem Lolo
- 1600 - Mula bergerak meninggalka kem Lolo.
- 1800 - sampai Gerbang Nuang
- 1815 - Solat Zuhur dan Azar - jamak Takhir
- 1900 lebih kurang - bertolak meninggalkan kuala Pasung
- 2235 - sampai ke Politeknik Port Dickson
- 2335 - sampai ke mahligai indahku
**
Ada yang masih tidur...
Ada yang telah bangun..
Ada yang sedang masak.
**
Kem Pacat..
Seperti namanya.. memang banyak pacat. Benci betul..huhuhu
Pokok ini merupakan tanda kenangan bagi mereka yang telah tiba di Kem Pacat.
Pandai-pandailah cari ya...
**
Menuju Puncak Pengasih.
**
Puncak Pengasih.
Pertemuan antara dan perpisahan antara 3 denai;
1. menuju Puncak Nuang
2. menuju Janda baik
3. menuju Kuala Pangsun
**
Bukan meminta sedekah ya.
Tengah merayu si tupai untuk datang kepadaku.
**
Wajah-wajah kepuasan.
Biar lambat asalkan berjaya.
**
Spider
**
Spider web
** Ketam
**
Nampak macam kecil, jangan terpedaya. Saiznya sangat besar.
Ulat gonggok tanah tinggilah katakan.
Pesanan saya untuk mereka yang ingin menawan Puncak Nuang.
1. HIKING STICK - Sebab anda banyak menggunakan kekuatan kaki. Lagi pula ianya amat membantu untuk melintasi sungai berbatu dalam memilih batu yang stabil, menguji kedalaman lumput di kawasan yang berlumpur dan juga sewaktu melalui laluan yang licin.
2. AIR - Bergantung kepada keperluan masing-masing, tetapi disarankan sekurang-kurangnya 1.5 liter. Lagi cantik jika anda membawa gabungan air, contohnya:- 1 liter air mineral dan 0.5 liter air bergula sebagai sumber tenaga. Tak kisahlah 100 plus ke, dicampurkan madu ke, atau apa sahaja. Air nanti boleh diisi semula di kem Lolo. Air mineral semulajadi dari Gunung Nuang.
Nak isi semula air, sila ambil air yang di tengah-tengah sungai yang deras alirannya bukannya yang terkumpul di tepi. Ini adalah salah satu petua untuk mengelakkan anda daripada terkena air tercemar dengan kencing tikus.
3. TANDAS - Hanya ada di Gerbang Nuang. Justeru, kalau perlu membuang khazanah, maka buanglah segala-galanya di situ.
4. ENERGY FOOD - Siapkanlah juga sedikit makanan untuk dikudap sewaktu perjalanan. Ini tidak termasuk makanan utama yang lain. Ini adalah kudapan, just in case , kita out of energy.
5. JANGAN SKIP MEAL - Ini sangat penting. Untuk saya yang baru nak bermain-main dengan aktiviti perdakian ini, Gunung Nuang jauh lebih mencabar dan kejam berbanding HUnung ANgsi (trek Ulu Bendul), Gunung datuk dan Gunung Irau.
Kalau tenaga tak cukup, memang sengaja mencari masalah. Takut-takut bila kelaparan bercampur kepenatan, anda akan hilang kawalan emosi.
Sedap tak sedap belakang cerita. Di hutan belantara tak payah nak memilih sangat. Bila sudah keluar dari hutan, pilihlah segala macam yang ada di luar sana.
6. JANGAN BERSEORANGAN - Ini pesanan semua orang kepada saya apabila saya mengatakan saya ingin mendaki Nuang. Samada mistik atau tidak, nak percaya atau tidak, MISTIK adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dengan Gunung Nuang. Maka kalau berjalan pastikan berdua atau bertiga sebaik-baiknya.
7. SLEEPING BAG - Kalau bermalam tolonglah bawa. Kesejukkan bukan setakat daripada persekitaran tetapi juga daripada tanah. Kalau tidur dalam HAMMOCK (buaian), sila bawa selimut.
8. HEAD LAMP - Setiap orang kena bawa. Lagi cun kalau gunakan bateri alkali. Sentiasa ada kegunaannya dalam kes luar jangka apatah yang dijangka.
9. LAIN-LAIN PERKARA - RAIN COAT, WIND BREAKER, ubat-ubatan, pakaian secukupnya, dan keperluan peribadi lain.
10. SAMPAH - Sila bawa keluar sampah yang anda bawa. Jangan tinggalkan apa-apa yang buka asalnya dari belantara itu.
No comments:
Post a Comment