Saturday 23 May 2015

Resipi - My Duck Curry.... Kari Itik caraku.....

Bahan-2:-

1.5kg daging itik yg siap dicuci - saya guna itik serati
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
2 pelepah daun kari
1 labu bawang besar India
3 ulas bawang putih
15 biji cili kering - rendam dalam air panas
2 inci kunyit hidup
2 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis - anggaran 3" panjang
1 inci halia - diketuk
2 inci lengkuas - diketuk
2 inci serai - diketuk
1 sudu makan kerisik
4 keping asam gelugor
3 cawan air - itik saya dah tua, jadi perlukan lebih air untuk empukkan daging
1 biji kelapa - ambil santan pekat
Cili padi - secukupnya
Ubi kentang - dikupas dan dipotong mengikut saiz kesukaan anda
Garam secukup rasa

Cara-2 nya:-

1. Gaulkan itik bersama-2 serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan putih, serbuk kunyit, daun kari dan sedikit garam. Gaulkan hingga betul-2 rata. Biarkan sekitar 30 minit.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, kunyit hidup.
3. Saya masak itik di dalam kuali. Senang nak gaul dan kacau. Masukkan itik yg telah bergaul tadi. Masukkan bahan kisar, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, kerisik dan juga bahan-2 yang diketuk. Biarkan sekejap sehingga itik mengecut dan agak kering.
4. Masukkan air, air adalah untuk membantu empukkan daging dan juga asam keping. Bila daging dah agak-2 separuh empuk, masukkan santan.
5. Masukkan lagi garam secukup rasa, untuk perisakan kuah.
6. Akhir sekali, masukkan ubi kentang dan cili paid sebiji-2 ye. Jadi siapa yang suka extra pedas, bolehlah makan cili padi tu.
7. Bila kentang dah empuk, bolehlah angkat dan hidangkan.



notes:-

1. Ada orang suka menumis rempah 3 beradik iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih, tetapi saya jarang menumisnya untuk masakan yang saya masukkan kerisik dan masakan bersantan. Jadi jika anda ingin menumisnya, boleh saja. Tumis dahulu hingga bangkit baunya, kemudian masukkan itik yang telah diperap.

2. Boleh juga dimasukkan beberapa biji buah pala jika suka. Saya memang tidak suka masukkan buah pala dalam masakan saya, sebab saya ni cuai sedikit, silap hari bulan tergigit mulalah rasanya....aduhaiiiiii....

No comments:

Post a Comment