Sepasukan kakitangan Politeknik Port Dickson termasuk beberapa ahli keluarga terdekat mencabar diri untuk menawan puncak Gunung Irau. Saya pun teruja juga lantaran Gunung Irau di antara puncak-puncak gunung di Semenanjung Malaysia yang sring disebut-sebut. Tarikannya ada 2 perkara yang utama iaitu permandangannya dan cabarannya.
Untuk menawan puncak Irau, saya terlebih dahulu menawan puncak Gunung Datuk. Bolehlah untuk diri sendiri. Tetapi bagi mereka yang sememangnya sangat mantap, tidak perlulah untuk memantapkan diri lagi.
Masjid Brinchang - 6.15 a.m. - 14 Okt 2016.
Kami tiba di Masjid Brinchang - 6.15 a.m. - 14 Okt 2016. Kami memasuki Cameron Highlands melalui Exit Simpang Pulai.
Usai solat subuh, kami bergegas ke Hotel Nova berkumpul di situ menunggu kenderaan membawa kami ke kaki Gunung Irau.
Sekitar Masjid Brinchang. |
Sekitar Masjid Brinchang. |
Hotel Nova around 7.30 a.m.
Asalnya risau juga dengan suhu rendah di tanah tinggi ini. Khuatir kesejukkan, namun untuk membawa pakaian yang lebih tebal rasanya macam tidak begitu sesuai.
Di dalam hati asyik berdoa agar cuaca sepanjang hari ini baik, yang penting jangan sesekali dilanda hujan.
Satu pikap boleh membawa lebih kurang 15 orang. Jimatlah masa pendakian kami dari jalan utama.
Fokus hanyalah pada Gunung Irau sahaja.
Sekitar Hotel Nova. |
Gunung Brichang 08.00 a.m.
"Tertinggal Chief (Fairuz Hazmi), terpaksalah menunggu ketibaan beliau."
Haaa... penyataan di atas memang tidak dapat dilupakan. Macam mana kami boleh terlupa pasal Chief kami ini.
Alkisahnya, kami menaiki 2 pikap. Yang naik pikap 1, ingatkan chief naik dengan kami, yang kami pula, ingatkan dia naik pikap 1.
Sampai kaki gunung, semua terkejut bila chief tiada. Perancangan untuk segera naik sekitar jam 8.00 pagi terpaksa ditunda lantara ketiaadaan chief.
Yang sedihnya, ada yang nasi lemak bungkusnya dah basi, ada yang masih elok. Tidak dapatlah diulas kenapa dan mengapa.
Saya bungkus juga nasi untuk adik bujang saya. Untuk diri saya memadai air mineral dan koleksi biskut serta coklat.
Aduhai chief.
Gambar di sebelah adalah titik permulaan untuk meneroka Irau. Cantikkan senibinanya?
Laluan menuju ke Cameron Highland, Hotel Nova. |
Yalah, mana ada tandas dalam belantara begini kan?
Namun, janganlah sesekali membuang di batang-batang pokok atau pun di laluan serta denai-denai.
Laluan menuju Gunung Brinchang. |
Mula mendaki pada 9.00 a.m.
Akhirnya chief yang ditunggu-tunggu pun tiba bersama-sama dengan rombongan lain yang jika tidak silap dari Johor.
Merajuk chief kami sebab kena tinggal. Rupa-rupanya sewaktu kami teruja nak bertolak, chief ke tandas. Bila pikap tiba, kami semua terlupakan chief kami.
Lantaran chief yang kami lantik itu juga merupakan "malim gunung" kami, terpaksalah kami menunggu. Ada di antara kami yang pernah menguasai Irau sebelum ini namun apalah ertinya jika semangat berkumpulan kami dicabuli.
Rajuk-rajuk manja pula ya.
Selangkah di Pahang, selangkah di Perak.
Biarlah gambar yang berbicara. Mana yang perlu sahaja akan saya ulas.
Kami dipesan jika melewati jam 12 tengahari di Mini Irau, sebaik-baiknya jangan meneruskan ke puncak Irau.
Maaflah, banyak tumbuhan hutan ini tidak saya ketahui namanya. Sangat rugi rasanya.
Akhirnya....
Tunggu kawan yang nak juga menawan puncak tiba. Kami sudah lama bersantai di puncak, terserempak pula dengan satu pasukan seramai 4 orang dari Kuala Lumpur, siap masak air dan memasak sebagainya.
Suhu memang sejuk di puncak Irau. Bagaikan satu nikmat yang tidak digambarkan dengan kata-kata bila dipelawa teh O panas.
Syurga dunia... indah tidak tergambar.
Saya yang terakhir. Saya tidak kisah.. lagipun puncak telah ditawan.
Satu sebab kenapa saya suka jadi sweeper adalah saya tidak perlu risau dengan orang yang saya akan tinggalkan.
Apabila saya yakin tidak ada lagi orang lain di belakang, hati saya sangat tenang.
Ketenangan adalah sesuatu yang tidak dapat dinilaikan.
Tengok si cilik itu. Keterujaan yang amat jelas.
Matahari baru muncul. Jam menunjukkan jam 6 petang.
Akhirnya, selepas hampir 9 jam bertarung dengan diri sendiri, kami menjejaki kaki Gunung Irau.
Pengalaman yang berbeza kami perolehi;
- Hujan
Hujan turun tidak berhenti di sebelah petangnya. Syukur sangat-sangat sebab hujan tidak lebat. Sesekali membadai dan kebanyakkan masa hanyalah gerimis.
- trek licin
Jika tidak hujan pun laluan sememangnya licin lantaran kabus yang terperangkap. Inikan pula jika hujan. Laluan memang berganda-ganda licin. Ada laluan di mana terpaksa mendaki tebing setinggi 20-30 meter. Tidak didaki maka tidak pulanglah jawabnya.
Maka mahu atau tidak, haruslah digagahi juga.
Laluan yang dilalui berkali-kali lagi bertambah licin dan mengandungi air. Sejuk tidak dapat digambarkan. Tetapi kami saling pendam perasaan dan kerisauan dalam hati sahaja.
- kecederaan ahli kumpulan
Ini melambatkan pergerakan. Saling memberikan sokongan dan pertolongan sangat penting. Tidak ada sesiapa yang mengharapkan ini terjadi, justeru sokongan sangatpenting sesama ahli kumpulan.
- "demotivate team"
Bila badan terlalu penat, cedera pula, mental akan terjejas. Waktu begini, macam-macam kerenah akan dapat dilihat. Ada yang cenderung melepaskan segala yang terbuku di hati, ada pula jenis yang memendam sahaja supaya rakan-rakan sekumpulan juga mendapat kekuatan itu.
Pikap tiba mengambil kami dan membawa kami ke sini untuk membersihkan sisa-sisa lumpur yang melekat di badan kami.
Air sangat sejuk. Bayangkan sewaktu tiba di kaki Irau, saya membuka stokin saya yang basah agak sedikit panas, tetapi rupanya memakai stokin basah itu lebih hangat daripada terdedah pada suhu persekitaran.
Ladang Boh Sungai Palas. |
Ladang Boh Sungai Palas. |
Ladang Boh Sungai Palas. |
Ladang Boh Sungai Palas. |
Ladang Boh Sungai Palas. |
Ladang Boh Sungai Palas. |
Di saat ini tidak ada banyak perkara terlintas dalam fikiran kami, dapat menukar pakaian dan membeli sedikit buah tangan sudah memadai.
Perkara yang mesti dibeli jika berkunjung ke Cameron adalah hasil taninya seperti strawberi, jagung, kimchan dan lain-lain. Kawan pejabat saya kirim kimchan sebab payah nak dapat di tanah rendah. Usahakan jugalah.
Sekitar Hotel Nova. |
Sekitar Hotel Nova. |
Sekitar Hotel Nova. |
Sekitar Hotel Nova. |
Mesti cuba. Baru RM30, strawberi bekas besar RM25 + coklar RM5.
RNR Tapah - 11.59p.m.
Politeknik Port Dickson - 3.45 a.m. 15 Okt 2016
Tips jika anda ingin mendaki Irau, sebaik-baiknya :-
1. Mohon permit dengan Jabatan Perhutanan Negeri sekurang-kurangnya sebulan sebelum mendaki. Bayaran yang dikenakan Rm5/orang.
2. Lapor diri sebelum mendaki di Balai Polis Brinchang. Ini untuk kepentingan diri kita juga. Supaya jika berlaku apa-apa, mudah.
3. Untuk mendaki, bekalan sendiri terutamanya:
Bawalah baju hujan, pakailah kasut getah, berstokin, ubat-ubatan ringan seperti pembalut luka, air bagi saya 1 liter sudah cukup banyak sebab di Irau cuaca sejuk, kita memang kurang minum, Tisu basah atau tisu untuk istinjak dan lain-lain keperluan, makanan secukupnya sebagai sumber tenaga, yang ini kenali diri anda, ada orang mesti makan nasi, macam saya dapat air panas bergula sudah memadai, jadi bawa ikut keperluan anda, jika ada lebih, kongsi-kongsikan.
Tongkat mendaki jika perlu, sarung tangan kalis air, beg galas untuk mengisi semua yang perlu dibawa, "head lamp" untuk kes luar jangka siap dengan bateri lebih dan lain-lain benda yang dirasakan perlu. Pakaian ganti itu juga perlu, jangan pula bila saya tidak taip di sini, anda rasakan ianya tidak perlu....
Okaylah, bye-bye....
Anna...
No comments:
Post a Comment