Monday, 23 February 2015

Kelana Resort Port Dickson - 15 Ogos 2014

Selagi Syawal masih bersisa selagi itulah Aidil Fitri akan diraikan, maklumlah sepanjang Ramadhan telah berpuasa di siang harinya, maka sebulan jugalah perayaannya. Namun itu hanyalah kiasan semata-mata.

Pada 2014, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer telah meraikan sambutan Aidil Fitri sebagai satu keluarga, bermaaf-maafan dan menikmati hidangan kambing golek, subhanallah, alhamdullillah, di Kelana Beach Resort Port Dickson. Kedudukannya hanyalah sekitar 1-2km dari Politeknik Port Dickson.




Panorama indah yang dapat dilihat di sekitar resort ini sungguh memukau. Menambah kecantikkan lanskap pada hari ini adalah, langitnya yang biru, awan yang memutih dan cuacanya yang sangat cerah.

Perkongsian saya lebih kepada lanskap-lanskap indah yang memukau dan bukannya untuk menjadikan sambutan Aidil Fitri JMSK sebagai sesuatu yang ekslusif. 


Dari sudut yang berbeza. Kelihatan pada saat ini, lautan tengah surut. Ini terbukti dengan tompokan pasir yang jelas kelihatan. Cuaca yang baik menyebabkan pandangan sehingga ke bandar Port Dickson langsung tidak terjejas.


Tidak lama saya berada di luar Kelana Resort memandangkan acara kami akan bermula seketika nanti. 

**********************************************

Ruang legar resort yang sungguh selesa. Kami menunggu di sini sementara menantikan hidangan kami siap sepenuhnya dan juga untuk memastikan semua yang sepatutnya terlibat, hadir tanpa pengecualian.


Keluarga kerja JMSK yang sangat 'sporting' dan bagi saya, mereka adalah di antara team kerja yang sangat bagus dan terbaik. Saling bertolak-ansur dan mempunyai semangat setia-kawan yang tinggi. "Together we are stronger".


Ruang luar ini adalah khusus untuk mereka yang tidak boleh hidup tanpa merokok. Kepada mereka yang tidak merokok, anda juga boleh untuk bersantai di ruangan ini, cuma bersedialah untuk menjadi perokok pasif.


Hembusan bayu laut yang menghembus adakalanya sangat sopan, namun adakalanya keras memukul namun tetap masih mendamaikan.


Usai makan, ruang yang tadinya diisi kembali kosong. Tidak ramai pun yang bersedia untuk menjadi perokok pasif. Lagipula ruang makan berhawa dingin lebih selesa. Apa-apa pun semuanya berbalik kepada diri sendiri.

Ada yang sukakan sesekali disimbah terik mentari, dan ada yang lebih suka dihimpit kedinginan. Tepuk dada tanyalah keinginan anda.



Tiba-tiba bersemangat kakak sekerja yang seorang ini. Inilah yang dinamakan keseronokkan dan kepelbagaian sifat. Gara-gara beliau, selepas itu beramai-ramai berbaris di situ untuk bergambar. 

Maaf ya, tidaklah saya kongsikan gambar itu lantaran seperti menonjolkan kumpulan warga kerja kami pula. hehehehe


Matahari terik. Tidak ada pengunjung ke pantai pada waktu ini. 


Menariknya....


Bangunan cerap.


Okay, telah selesai semuanya. Makan dan minum sudah, bergelak-ketawa juga sudah, bergambar juga sudah. Sekarang masa untuk pulang. 


No comments:

Post a Comment