Tasik Ayer Keroh merupakan tempat saya bersantai sejak dari tahun 2002 lagi. Namun, kerana terlalu sibuk dengan tuntutan kerja, saya semakin tidak berkesempatan untuk mengunjungi tempat kegemaran saya ini.
Kunjungan saya kali ini adalah untuk mengiringi pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson bagi pernilaian ko-kurikulum Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Jamaliah Ahmad, di atas undangan beliau, walaupun peranan saya lebih kepada jurukamera daripada tugas sepatutnya sebagai pensyarah pengiring. Apa-apa pun, tugas tetap dilaksanakan dengan cemerlang.
Tasik Ayer Keroh, terletak betul-betul bersebelahan dengan Zoo Melaka dan Dataran Sejarah. Panoramanya sungguh indah, kerana selain bersebelahan dengan Zoo Melaka, ianya juga bersebelahan dengan Ayer Keroh Golf and Country Club. Untuk mengunjungi Taman Ayer Keroh, bagi pengunjung yang berasal dari luar Melaka, paling mudah adalah, melalui Lebuhraya Utara-Selatan dengan mengambil exit Ayer Keroh. Hanya 8 minit selepas itu, dan anda akan sampai.
Antara tarikan utama yang ada di sini adalah Kayak, Wall Climbing dan Flying Fox. Caj yang dikenakan sangat murah. Di samping itu, aktiviti berkhemah dan riadah bersama keluarga juga sangat sesuai. Suasana yang redup dan sangat menyamankan.
To those who loves canoeing so much. Saya telah lupa caj yang dikenakan untuk berkayak. Tetapi ianya sangat murah.
Di samping berkayak, juga disediakan adalah aktiviti berkayuh. Lupa pula nama kenderaan ini. Guess on your own...
Kawasan yang menghijau itu adalah kawasan Zoo Melaka. Bukan gambar di atas ya. Gambar di atas adalah padang golf.
Wall Climbing... If you like challenged activity, come and enjoy it. Saya memang ada masalah dengan wall climbing. Saya emmang suka memanjat tetapi bagaimana saya memanjat begitulah juga caranya saya harus turun. Tetapi wall climbing saya kena "diturunkan" oleh 2 orang jejak perkasa itu menyebabkan keyakinan saya hilang.
Nak buat macam mana. Saya memag susah untuk percayakan orang.
Flying Fox, in the same area of wall climbing. These activities only can be do within highly superior by expert. Don't do it without monitoring. Your safety should be your main concern, more than to only have fun.
Here, is the area where you can have family activities, such as picnic. Also available is playground for kids. Cycling, you can rent a bicycle (for any age) here or you can bring your own.
Selamat beriadah.
~~ Miss Anna ~~
No comments:
Post a Comment