Rakanku di Saigon pernah mengajarku bagaimana orang-orang Vietnam menikmati kopi mereka. Ini lantaran kerana wajahku yang ternyata terkejut apabila kopi 'O yang ku pesan di Reunification House cuma sepertiga cawan. Orang Malaysia seperti aku yang biasanya apabila memesan kopi, biasanya yang diserahkan mestilah secawan penuh. Namun di Vietnam, hanyalah satu penapis kopi penuh.
Menikmati aroma kopi, kemudiannya menghirupnya sedikit sambil menikmati letusan-letusan kopi yang mengasyikan di dalam rongga mulut, adalah yang terbaik. Justeru, tidak menghairankan sekiranya warga Vietnam mampu menghabiskan masa yang panjang untuk menikmati kopi yang cumanya sepertiga cawan.
Berbalik kepada tajuk artikel saya hari ini, Kopi Sindikalang merupakan kopi yang amat popular di Medan. Saya menikmatinya di hari pertama berada di Politeknik Negeri Medan, Indonesia. Layanan yang tersangat mesra daripada pucuk pimpinan Politeknik Negeri Medan, ringkasnya PoliMed, amat disenangi. Salah seorang Ibu (staff PoliMed) memberitahu saya bahawa kopi yang saya nikmati itu kopi Sindikalang.

Untuk pertama kali menikmatinya, bagi saya secara personalnya, ia mempunyai rasa yang sangat mengghairahkan, "a thick black coffee with a burst of savoury." Bagi hantu-hantu kopi seperti saya, setiap letusan rasa dan aroma itu sangat penting.
Kopi 'O Sindikalang yang sangat memukau bersama nasi kotak. Jangan salah faham. Nasi kotak adalah slah satu cara mereka memasarkan set makanan mereka, dan di dalamnya, lengkap menunya mengikut jenis juadah yang ditempah. Contohnya, set tengahari, makanya di dalamnya lengkaplah dengan air minuman, nasi, lauk utama dan lauk sampingan.
Lumayan bukan? Justeru jangan dinilai rupanya, maka buka dan lihatlah isinya.
Selepas menikmati kopi 'O, saya telah berjanji kepada diri saya untuk memilikinya, dan hanya ini hasilnya kerana duit sudah habis. Saya tidak mahu menggunakan RM untuk membeli kopi ini kerana bagi saya tukarannya tidak menguntungkan saya. Sewaktu kunjungan ini, saya membuat tukaran matawang RM1 = IDR3000.
Apa-apa pun, langkah seterusnya adalah untuk mempelajari bagaimana untuk membancuh kopi 'O yang seenak saya nikmati di sana.
Saranan saya, jika berkunjung ke Medan, nikmatilah jus buah-buahan tempatan di sana. Subhanallah, amat enak, tidak tertanding dengan jus buah-buahan yang seringkali kita pesan di Malaysia. Harganya dalam lingkungan IDR10,000 - 20,000, bergantung kepada lokasi dan jenis buah-buahan. Saya sukakan jus sirsak (durian belanda) dan apa-apa jua jus di Ayam Bakar Solo Medan, harganya IDR18,000(mungkin ada sedikit perbezaan disebabkan oleh jenis buah-buahan).
Sehinggakan saya yang memang peminum kopi tegar juga terpengaruh dengan rakan-rakan saya untuk menikmati jus-jus ini.
Apa-apa pun juga, pilihan di tangan sendiri, tidak perlu ditepuk-tepuk dada bagai. Sekarang mahu mencari tatacara bagaimana untuk membancuh kopi yang enak dan nikmat seperti warga Indonesia dan warga Vietnam menikmatinya.

Sehingga bertemu lahi di artikel yang baru.
No comments:
Post a Comment