Muzium ini mempamerkan pelbagai gambar-gambar yang memaparkan jenayah-jenayah perperangan yang dilakukan oleh Perancis dan Amerika, kesan-kesan penggunaan Agent Orange ke atas penduduk tempatan dan semburan bahan-bahan kimia bertoksik lain yang sangat membahaya kepada tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia seperti penggunaan bom fosforus dan napalm.
Di dalam kawasan muzium terletak satu bangunan yang dikenali sebagai Tiger Cages yang menyimpan sejarah kekejaman yang dilakukan oleh Perancis dan juga South Vietnamese lakukan terhadap tahanan-tahanan mereka.
**************************************
Sekembali kami dari Cu Chi Tunnel, kami singgah untuk menjamu selera, perut pun dah tersangat lapar, di restoran Nyonya. Masih lagi hidangan Melayu. Terasa sedikit kecewa sebab belum berpeluang untuk menikmati juadah tempatan.
Selesai menikmati juadah, kami terus bergerak menuju ke War Remnants Museum. Bas yang membawa kami parking di bahu jalan sementara kami melawati setiap sudut bangunan yang menempatkan seribu satu potret luka bergambar ini.
Di luar muzim kelihatan kenderaan-kenderaan tentera menghiasi. Pesawat pejuang sehinggalah kereta kebal.
Berbeza aura yang terhasil di antara luar dan dalam bangunan. Jika sebelum memasuki bangunan, jiwa masih santai, namun setelah memasukinya, kesedihan, ketidakupayaan menerjah..... Kezaliman sangat dirasai.
Potret-potret di bawah yang bercerita.
Peluru yang digunakan sewaktu peperangan.
Kemusnahan yang berlaku.
Senjata-senjata yang digunakan.
Arca ini mewakili satu perasaan yang tidak dapat ditafsir. Simbolik dengan nama yang diberikan, "Ibu".
Arca ini diberi nama Mother. |
Berdasarkan data Jabatan Pertahanan US, dari 1961 - 1971, Unit Udara US telah menyembur 72 juta liter pelbagai bahan kimia beracun di Vietnam, termasuk 44 juta liter Agen Oren yang mengandungi 170kg dioxin. Mengikut kajian oleh saintis Universiti Columbia (New York) yang dicetak dalam majalah Nature, jumlah keseluruhan kimia beracun yang disembur oleh US di seluruh Vietnam berjumlah lebih 100 juta liter. Berdasarkan kajian itu, 3851 orang menderita akibat terdedah secara terus terhadap kimia yang disembur dan bahan kimia itu sendiri secara tidak langsung telah menyebabkan kesan buruk kepada lebih kurang 2.1 - 4.8 juta warga Vietnam."
Seandainya saya faham sajak di bawah.
Tidak sanggup untuk berada lama di dalam ruang pameran ini. Perasaan menjadi sangat tidak stabil. Lagi pula masa sangat suntuk.
Nurseri yang sangat ceria berwarna-warni.
Saya melangkan keluar dari bangunan.
Pintu masuk ke ruangan yang dinamakan Tiger Cages.
Tiger Case merupakan satu kawasan yang menempatkan bentuk-bentuk penyeksaan yang dikenakan kepada penentang atau ahli Viet Cong tanpa mengira jantina. Kezaliman yang tidak terbayang dan apabila difikirkan tidak mungkin seorang yang waras sanggup melakukan itu dan tidaklah mungkin badan kita mampu untuk menerima seksaan itu.
Replika kuburan |
Peralatan yang digunakan untuk memotong kepala. |
Bilik tahanan. |
Sebuah bilik tahanan menempatkan terlalu ramai tahanan sehingga menyebabkan masalah pengudaraan. Disebabkan ketidakselesaan, tahanan akan berasak-asak ke muka pintu untuk menikmati udara segar dan untuk lebih selesa.
Tetapi nama pun bilik tahanan, ketahanan mental dan fizikal sangat-sangat diuji.
Untuk lebih mengetahui bagaimanakah seksaan yang dialami oleh tahanan-tahanan ini, saya cadangkan anda untuk sendiri berkunjung dan membaca sendiri catatan-catatan yang digantung di sini. Jujurnya, walaupun hanya sekadar membaca, seksaan dan bentuk penyeksaan yang dilakukan ke atas tahanan di sini sangat-sangat zalim sehinggakan saya tidak mampu untuk merakamnya ke lensa kamera saya.
Sumber rujukan :
1. http://warremnantsmuseum.com/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/War_Remnants_Museum
3. http://www.lonelyplanet.com/vietnam/ho-chi-minh-city/sights/museums-galleries/war-remnants-museum
4. https://www.youtube.com/watch?v=QOfmvm0b7Lo
5. https://www.youtube.com/watch?v=Uckg7OkWfmg
Untuk sesiapa yang ingin melihat koleksi-koleksi yang tersimpan di War Remnants Museum, link yang ke-5, saya cadangkan. Videonya agak lama iaitu 26.11 minit tetapi sangat-sangat sesuai untuk mereka yang tidak pernah berkunjung ke muzium berkenaan.
Bahkan saya yang telah berkunjung tidak sempat untuk melawat keseluruhan kawasan kerana terlalu 'teliti' sehingga menjadi orang terakhir untuk keluar dari muzium, (dicari oleh tour guide dan juga tour leader.)
Ini saja perkongsian kali ini. Sehingga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment