Galeri ini tidak mengenakan sebarang caj untuk kunjungan anda namun untuk memastikan anda tidak kecewa, ada baiknya anda berhubung dengan pihak Perhilitan ini sebelum berkunjung.
Lumrahnya, galeri ini dibuka setiap hari tetapi adakalanya jika ada tugas lain yang mendesak dan tidak ada kakitangan yang mampu mengawasi, galeri ini akan ditutup sementara untuk kunjungan.
Yang ini memang saya lemah, maklumlah, jiwa bukan kuat sangat untuk bermain dengan ular. Ular plastik pun saya kalah, inikan pula yang diawet.
Banyak maklumat berguna yang anda boleh perolehi di sini. Bagi saya, ianya sangat bererti bagi mendidik anak-anak anda atau masyarakat tentang kecintaan terhadap alam sekitar serta isinya.
Tidaklah apabila belantara dilihat, yang nampak dipandangan hanyalah "jumlah-jumlah wang" yang boleh dijana, tetapi lihatlah juga betapa jika kelestarian itu dikekalkan, makhluk-makhluk Allah yang lainnya dapat menikmati kehidupannya secara sempurna dan asli.
Di tepi anak gajah anda dapat meliat dengan jelas balang-balang yang tersimpan pelbagai jerukan.
Ada di antaranya mengisi janin-janin haiwan, dan ada di antaranya menyimpan binatang-binatang yang sukar untuk ditemui.
Ada penyu hijau menyorok di situ.
No comments:
Post a Comment