Monday 18 May 2015

Resipi - Kek Gula Hangus

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakkatuh...

Saja je hari ni nak kongsikan resepi Kek Gula Hangus kegemaran saya. Macam biasa resepi ini saya telah ubahsuai mengikut selera ahli keluarga saya.

BAHAN-BAHANNYA

untuk gula hangus, 

3 cawan gula pasir
3 cawan air

untuk kek

9 biji telur ayam A, jangan lupa dicuci
1 tin susu pekat (apa-apa jenama yang digemari)
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan soda bikarbonat
3 cawan tepung gandum




CARA-CARANYA

Gula Hangus

- Masak gula di atas api yang sederhana ianya mencair sepenuhnya. Jangan sesekali gunakan api yang sangat kuat. Apabila telah cair sepenuhnya, masukkan air. Sila berhati-hati, kerana gula akan menghasilkan sedikit letusan apabila bercampur dengan air. Elakkan kecederaan. :D

- Kacau lagi sehingga ianya sebati, dan gula larut sepenuhnya. 

KEK

Di dalam mangkuk adunan, 

- Masukkan telur ayam satu persatu sambil dipukul dengan senduk kayu. Sehingga, kuning dan putihnya agak bergaul rata.

- Masukkan susu pekat manis, kacau lagi hingga rata dan sekata.

- Masukkan minyak masak, kacau lagi.

- Masukkan soda bikarbonat. Kacau hingga ianya larut sepenuhnya.

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaut-balikkan sehingga ianya betul-betul sebati.

- Dan yang terakhir, masukkan gula hangus. Kemudian kacau sehingga semuanya larut dan sebati.


***
-- Selalunya saya akan menyiapkan gula hangus sambil-sambil saya menyiapkan bahan untuk adunan kek saya, sejurus saja, gula hangus siap, saya akan terus masukkan ke dalam adunan kek tanpa menunggu ianya sejuk terlebih dahulu.

Kemudian, masukkan ke dalam loyang yang berdiameter 15", pastikan loyang tersebut telah disapu butter terlebih dahulu untuk mengelakkan kek kita melekat.

Biarkan adunan itu direhatkan di antara 2 - 4 jam sebelum dibakar.
Adunan yang telah siap sebelum dimasukkan ke dalam loyang.

Kemudian bakar pada suhu 160 - 170 darjah celcius selama 1 jam. Suhu sebenarnya bergantung kepada jenis dan saiz oven anda, jadi kena try and error.
Yang ini hasil kek saya selepas dibakar selama 1jam 20 minit disebabkan loyang saya tertinggal di rumah emak saya, jadi terpaksa membakar di dalam periuk yang berdiameter 10". Kena tambahkan sedikit masa, sebab diameter telah berbeza.


Setelah, 1 jam, saya keluarkan dari oven, sebab tak sabar nak makan, tak sempat nak tunggu sejuk, saya keluarkan kek, dan pastinya perkara pertama yang nak dipastikan adakah liang-liang terbentuk dengan cantik atau tidak. Well, saya gembira.

Selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment