Tuesday, 27 November 2018

Candi Borobudur, Yogya - 24 Feb 2018



Baiklah, Kawah Sikidang merupakan kunjungan kami yang terakhir di Dieng. Tidak mahu melengahkan masa, kami segera bergerak kembali ke Yogyakarta.  Seperti yang dimaklumi, perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam.

Syukur sangat-sangat sebab pada hari kedua kami berada di bumi Yogya, cuaca kembali panas. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Wonosobo untuk solat Jamak Takdim. 

https://www.njogja.co.id/wisata-candi/candi-borobudur/ <<< Sila ketik untuk mengetahui sejarah Candi Borobudur.


 SELAMAT TINGGAL DIENG

Tidak pasti bila kami akan kembali ke sini lagi. 


Dieng yang terletak di banjaran gunung-ganang.

SINGGAH MAKAN TENGAHARI

Masing-masing perut dah lapar. Tidak mampu untuk bertahan kami singgah di warung ini, makanan tradisi Jawa.

Memang langsung tidak menepati selera saya, tapi terpaksalah juga telan mana yang boleh. 

Saya tidak mahu ulas lebih, tekak masing-masing. Anda patut cuba, kemudian nilaikan sendiri.



 << Sawah padi. 

Uniknya di Yogya, padi ditanam seperti untuk tuaian sepanjang masa. Di sesetengah kawasan, ada yang baru disemai, ada yang baru dipindahkan, ada yang sedang menunggu masa berbuah, ada yang menunggu masa untuk dituai dan ada yang telah siap dituai.

Perusahaan padi kebanyakkan masih dijalankan secara tradisi.


Akhirnya, kami tiba ke Candi Borobudur, lebih kurang jam 17:00, jam 18:00 masa lawatan akan ditutup dan semua harus keluar. Hanya 1 jam untuk melihat dan meninjau semua kawasan dan aras! Tapi mesti buat juga tanpa sebarang alasan, bayaran untuk masuk boleh tahan lumayan untuk pelawat dari luar negara.

Pesanan daripada pemandu pelancong kami, jangan beli apa-apa dengan penjaja dan jangan berjanji apa-apa. Kalau mahu beli, beli di gerai-gerai jualan yang ada di pintu keluar candi. Kalau tidak ingin beli memadai angkat tangan dan sgera meninggalkan mereka, jangan bicara apa-apa, senyum dan beredar. Itu lebih baik....

Pintu di Candi Borobudur ada 4 mengikut arah mata angin iaitu Utara, Timur, Barat dan Selatan. Pintu keluar adalah pintu utara, banyak kali pusing juga sebab tidak jumpa. Rupa-rupanya tidak dilabel, tidak pastilah samada sewaktu di aras yang saya mencari itu sahaja atau bagaimana. hehehehe...


Bergambar dulu satu kumpulan, tapi ada yang tidak ada. Perkara biasalah, sebab salah seorang mesti bertindak selaku jurufoto.
 <<< Bersedia untuk memasuki candi secara berjemaah.






 Rupanya jauh juga kena berjalan sebelum dapat mendaki dan memasuki candi Borobudur.

Pada hari sabtu dan ahad, ramai pelancong tempatan juga berkunjung ke sini. Lagipun, caj yang dikenakan untuk warga tempatan sangat murah.

Kebetulan kami berkunjung pada hari Sabtu, memang penuhlah. Menyelit dan pandai-pandailah mencari ruang.




 << Anda berani?

Jangan menyerah sebelum mencuba.
 << Buah yang bulat dan besar itu namanya Buah Majapahit.

Boleh cari sendiri maklumatnya, katanya buah ini sangat bagus untuk khasiat perubatan.


Pokok ini berada betul di pintu masuk Candi Borobudur. Tak pernah jumpa, jadilah ambillah gambar bawa balik Malaysia.


 << Stupa besar di belakang merupakan stupa yang terbesar dan berada di aras tertinggi.

 Di dalam setiap stupa terdapat patung buddha. Ada sesetengah stupa dibiarkan terbuka untuk menunjukkan patung itu.


 << Menuruni candi, kelihatan pelbagai seni ukir dipahat di dinding candi. Ukiran di setiap aras adalah berbeza.

 Nampak tak betapa sempitnya laluan? 

Nampak lenggang sebab ramai pengunjung telah bergerak meninggalkan candi. Maklumlah sudah menghampiri jam 18:00.  

Patung singa itu merupakan penjaga. 








 <<< Siapa yang tahu pokok ini?

Beritahu saya... saya mahu tahu...




Selesai meneroka Candi Borobudur, kami pun dibawa makan malam. Menu malam kedua kami adalah masakan Padang. 

Sedih untuk diri sendiri sebab tetap tidak memenuhi citarasa saya, tetapi memenuhi citarasa orang lain. Saya mencuba teh Talua, dulu semasa kecil ayah saya biasa membuatnya. 

Teh Talua adalah teh yang diletakkan telur ayam kampung di dalamnya. Jangan risau, tak terasa pun hanyir telur itu. Kalau berani, ayuh cuba...

**********************
Masa untuk berehat, siapkan diri untuk aktiviti hari berikutnya.

No comments:

Post a Comment