Saya tidak pasti mengapa itu terjadi. Cuma saya pernah membaca artikel satu masa dulu bahawa aloe vera yang ditanam oleh masyarakat Cina adalah daripada baka yang dikomersialkan. Justeru, selama bertahun-tahun saya menyimpan hasrat untuk mendapatkan baka tersebut dan hasrat itu hanya tercapai dalam 4 tahun lepas. Ianya menjadi sulit kerana:-
1. Aloe vera ini tidak popular di kalangan orang Melayu.
2. Aloe vera ini tidak dijual.
Saya memperolehinya kerana kebetulan ada sepupu saya yang menanamnya dan saya meminta anaknya untuk ditanam. Alhamdulillah...
Inilah pokok aloe vera saya selepas 4 tahun. Pelepahnya boleh mencapai berat 450 gm. Dan sekarang saya merupakan pembekal anak-anak aloe vera untuk kawan-kawan pejabat saya.
Setakat ini, 6 pelepah telah saya tuai untuk dijadikan jus, manakala lagi 2 pelepah saya tuai untuk diberikan kepada kawan saya. Katanya, mahu mencuba jus aloe vera.
Jujurnya, saya sedikit skeptikal tentang jus aloe vera, lagipun umum mengetahui bahawa aloe vera mempunyai sedikit bau yang mana, majoriti akan mengatakan bahawa, ianya kurang menyenangkan.
Jadi, pokok ini asalnya ditanam untuk memenuhi impian saya sejak remaja. Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila ianya besar dan gemuk serta gebu begitu.
Lagi satu, aloe vera sangat bagus untuk mengubati penyakit kulit, jerawat, gatal-gatal, kayap, in shaa Allah akan sembuh jika disapukan lendirnya. Saya seringkali menggunakan lendirnya sebagai masker muka dan sebagai sapuan ke rambut. Sifatnya yang sejuk memang menyamankan. Kalau dibuat masker, sesudah ianya kering, maka basuhlah....
JUS ALOE VERA
Resipi ini saya perolehi di Youtube. Saya sukakannya kerana bagi saya bahan-bahan yang digunakan sangat bagus untuk kesihatan.
BAHAN-BAHANNYA:-
- 4 pelepah aloevera (purata berat satu pelepah sekitar 400gm)
- 4 cawan air (max 1.2liter)
- 1 sudu teh garam halus
- 2 biji lemon (saya gunakan 3 biji sebab lemon saya kecil, lemon saya petik di kampung) - ambil jusnya.
- 2 hiris halia (nipis je dalam 3mm, anggaran panjang 1 inci)
- 1 cawan madu
** resipi ini akan menghasilkan lebih 2 liter jus aloe vera. Namun, ianya tetap bergantung kepada saiz aloe vera anda.
CARA-CARANYA :-
- Aloe vera dipotong-potong untuk memudahkan proses mendapatkan gel di dalamnya. Ambillah setakat mana yang boleh dapat. Saya tinggalkan yang hujung-hujung sangat, maklumlah dah hujung maka isinya dah tinggal sedikit.
Cara yang mudah untuk dapatkan isinya, buangkan bahagian yang berduri, kemudiannya buangka kulit yang melengkung terlebih dahulu, seterusnya yang agak lurus. Mudah bukan?
Lendir-lendir akan terpisah dengan isinya, tidak payah basuh isinya ya....
- Semua bahan-bahan itu saya bahagikan 2, sebab pengisar saya kecil.
- Kisar satu bahagian bahan dengan 1 cawan air, kalau pengisar kawan-kawan lebih kecil atau lebih besar, pandai-pandailah ya. Lagipun, dalam jag nanti bersatu jua.
Saya kisar dengan 1 cawan air, lagi satu cawan saya tambah dalam jag selepas jus dituang ke dalam jag. Langkah yang sama saya ulangi.
Dah selesai, masukkan semuanya dalam jag yang sesuai saiznya. Memang ada buih-buih tu, jangan dibuang, saya isikan semuanya dalam botol.
Maklumlah dapat 2 liter, saya simpan dalam peti ais. buih-buih tu semuanya akan hilang.
Sedap diminum sejuk dan panas....
Taaraaaa..... jemput minum.
Slaam..masih amalkan sis? Kenapa tak cuci ye? Getahnya kuning tu tak gtal ke?
ReplyDelete