Kesibukkan kerjaya menyebabkan saya tidak dapat meluangkan masa untuk blog kesayangan saya ini. Namun syukur hari ini saya diberikan kesempatan untuk berkongsi kenangan saya selama beberapa hari di Medan. Secara khususnya, ada di antaranya telah saya lupa. Jarak masa yang lama dan tidak merekodkan apa-apa nota sisipan. Hehehehe...
************************************
Kami meninggalkan Danau Toba selepas menikmati juadah tengahari dan mendirikan Solat Jamak Takdim. Perjalanan kami diteruskan dengan menuju ke Berastagi untuk penginapan malam terakhir kami di Medan. Perjalanan ini menelusuri pinggiran Danau Toba, cukup membuatkan jiwa saya kecut setiap kali bas bergerak di pinggiran danau. Mahunya tidak, saya terasa seperti berada di pinggir tebing cenuram yang sangat-sangat tinggi, di mana jika sedikit tersilap perhitungan seperti saya akan jatuh ke dalam gaung berkenaan.
Sepanjang perjalanan, pandangan saya akan saya elakkan dari melihat tepian laluan. Entahlah, rasanya jiwa saya tidak teguh. Mahu tercabut tangkai jantung saya. Apa yang menarik perhatian saya, kelihatan pokok-pokok kopi yang segar ditanam dalam skala kecil di sepanjang perjalanan kami. Terlintas di benak saya, bagaimana agaknya mereka lakukan aktiviti pertanian di sini tanpa menjejaskan alam sekitar, di mana Danau Toba tidak tercemar dan tidak ada kesan tanah runtuh. Mungkin kita harus mengkaji betapa pentingnya untuk kita ber'asimilasi' dengan alam.
Kerangka yang kelihatan di teluk itu adalah sangkar-sangkar untuk aktiviti pemeliharaan ikan talapia.
Ikan talapia merupakan produk makanan yag mempunyai sambutan yang sangat tinggi di Medan sebagaimana ikan keli jika di Malaysia. Namun, jujurnya, saya bukanlah penggemar ikan keli jauh sekali ikan talapia sangkar, dan saya tidak mempunyai pilihan dalam memilih juadah saya.
Permandangan di sepanjang perjalanan saya, lantaran kerusi saya di sebelah tasik, maka yang boleh saya tangkap gambarnya hanyalah permandangan di tasik dan juga lereng-lereng tebingnya.
Jalan menuju Berastagi yang sunyi dan lenggang.
Ini bukan pokok kelapa ya.
Pokok-pokok kopi yang subur.
Mungkin ini adalah cara terbaik untuk menikmati Danau Toba dari kejauhan, berada di tebing yang tinggi ini sambil menghayati hembusan bayunya.
Namun kenderaan itu bukan dari rombongan kami.
Hujan ranyai-renyai turun. Perasaan khuatir sesekali menjengah, maklumlah perjalanan mendaki puncak-puncak bukit atau mungkin juga gunung bukanlah sesuatu yang mudah jika dalam keadaan cuaca yang sebegini.
Pemandu bas dan juga pembantu kepada pemandu bas kami, merupakan seorang pemandu yang hebat. Subhanallah. Pendiam dan tidak banyak bicara. Segala tumpuan diberikan kepada pemanduannya dan masya Allah, disepanjang perjalanan, tidak ada seorang pun di antara kami yang mengeluh dengan tatacara pemanduannya. Subhanallah, hebat.
Suhu kian dingin. Mata pun kian layu. Lelapkan mata sekejap.
Pak Ono telah memberitahu kami, sebelum tiba ke Berastagi kami akan singgah di satu Coffee House dan Sipisopiso Waterfall. Jadi, saya lelapkan mata seketika, untuk singgah ke Air Terjun ia mengambil masa lebih kurang 2 jam lagi.
*************************************************
Setelah mengharungi hutan pokok pain yang tebal, dan sebahagian telah diteroka sehingga gondol, mungkin untuk pembinaan bangunan atau untuk aktiviti penanaman semula. Menurut Pak Ono, pokok pain dikomersialkan untuk penghasilan kertas yang bermutu tinggi.
Akhirnya kami tiba di Coffee House yang dimaksudkan. Maaflah saya tidak tahu apa namanya, bukan sebab tidak diberitahu tetapi sebabnya saya yang tidak peka. Rasanya saya telah mencari dan mendapat nama Coffee House itu, tetapi saya tetap lupa. Itulah akibatnya jika tidak mengambil gambar nama Coffee House ini.
Saya sukakan permandangan di sekitar sini, ditambah pula dengan kedinginan hasil hujan yang masih rintik-rintik. Hujan atau panas, itu bukannya halangan untuk mengambil sebanyak meungkin gambar-gambar kenangan di sekitar kawasan ini. Lagi pula, tidak pasti bilakah akan berkunjung lagi.
Bunga ulam raja.
Lihatlah awan yang masih sarat mengandung air.
Di dalam Coffee House.
Permandangan di luar Coffee House.
Danau Toba.
Sangat cantik untuk menjadi latar bagi photoshoot pengantin.
Cuaca berubah dengan pantas. Jika awalnya kehijauan masih dapat dilihat, kini suasana kian kelam.
Kami berhenti di sini untuk sekitar 20 minit, cukup-cukup untuk menikmati secawan kopi dan seketul pisang goreng panas.
Dalam kesuntukkan waktu itu saya memilih untuk menghabiskan segera kopi saya, kerana misi saya adalah untuk mendapatkan sebanyak mungkin koleksi gambar permandangan bagi lensa kamera saya.
Kini, yangtinggal hanyalah suasana yang kian malap dan kian gelap.
Bunga tahi ayam....
Meninggalkan Coffee House, destinasi seterusnya Air Terjun Sipisopiso.
Hujan yang lebat mengiringi perjalanan kami.
Sejuknya..
Rintik-rintik hujan di kaca tingkap bas. Huhuhuuu...
Akhirnya kami tiba di "Objek Wisata Sipiso Piso".
Lihat bumbung Batak itu, itu merupakan ikon etnik mereka. Bumbung berbucu empat, sepintas seperti bumbung Minang cumanya bumbung Minang adaptasi daripada tanduk kerbau, cuma dua bucunya.
Ini antara teman sejati, banyak berkongsi idea dan kegemaran. Maka tidak hairanlah jika blog saya banyak dihiasi gambar-gambar beliau. Apa nak buat, gambar sendiri tidak diambil, maka gambar taman-temanlah menjadi penghiasnya.
Gerakan awan selepas hujan.
Kabus yang tebal selepas hujan, dingin yang tersangat dingin.
Ini dia Air Terjun Sipiso-Piso.
Tidak sesuai untuk aktiviti riadah air, yang sesuai hanyalah aktiviti riadah mata sahaja.
Cara yang terbaik untuk merekod nama dan sejarah sesuatu tempat tanpa sebarang kesilapan.
Cuaca yang semakin baik, sinaran matahari juga sudah kelihatan.
Kami cuma diberi 30 minit untuk berada di sini.
Baca sendiri ya....
Tidak sempat untuk turun ke lokasi di bawah. Yang kelihatan itu adalah beberapa orang pelajar lelaki daripada rombongan kami.
Teringin juga untuk turut serta tetapi memandangkan masa sudah suntuk, terpaksalah dilupakan saja.
Hanyalah foto ini dapat diabadikan sebagai gantinya.
"Air Terjun Sipiso-Piso nun di hujung jari ku.
Ada usia pasti ketemu kembali. Di waktu yang tidak pasti.
Di saat jiwaku mampu memujuk jasadku, untuk ke sini, kembali bertaut..."
No comments:
Post a Comment