Kunjungan kali ini saya pergi bersama-sama kawan saya, Norhazaliana Affendi, berserta mama dan suaminya, adik lelaki saya. Penerbangan bersama Vietnam Airlines cuma bernilai RM310 bagi penerbangan pergi dan balik. Bagi saya ianya terlalu murah, meskipun AirAsia menawarkan harga tiket yang lebih murah, namun bagi saya VietnamAirlines lebih murah jika diukur dari sudut:-
1 - 30 kg baggage
2 - makanan yang disediakan dalam pesawat
3 - saiz tempat duduk
4 - layanan
Saya memang sanggup menunggu sehingga Vietnam Airlines memberikan harga promosi dalam merancang perjalanan saya ke Vietnam. Kunjungan kali ini lebih bersifat serampang dua mata, di mana di samping melancong untuk membeli-belah, saya ke sana untuk mengunjung kawan baik saya yang hampir setahun mendirikan rumah-tangga iaitu Dominic Duy Nguyen. Itulah hadiah yang dia minta daripada saya, melawat mereka.
Pada waktu ini nilai RM jatuh dengan teruk. RM1 bersamaan VND5000. Saya menginap di Hotel An Tam di Jalan Nguyen An Ninh - VND2,512,000 untuk 4 malam. Jadi saya berdua, bahagi dualah.
Hari Pertama - 20 Dec 2015
Jadual penerbangan diawalkan pada jam 12 lebih, asalnya jam 2 lebih (petang), namun saya telah dimaklumkan 3 bulan awal. Saya beli tiket pada bulan Jun.
Dom telah menguruskan pengangkutan saya dari lapangan terbang ke hotel An Tam, di jalan Nguyen An Nihn, berhampiran Ben Thanh Market. Sebenarnya agak sukar bila bergerak dalam satu kumpulan di mana terdapat orang yang lebih berusia kerana saya harus mengutamakan faktor keselesaan mereka. Saya tidak berjumpa dengan Dom, dan sahabat saya ini telah memaklumkan kepada saya bahawa dia sibuk. Maklumlah, sebagai pemandu pelancong yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat, beliau kenalah pandai mengambil ruang dan peluang.
Bagi mereka yang berkunjung secara bersendirian, anda boleh menaiki bas bernombor 512, yang mana destinasinya adalah di antara lapangan terbang ke stesen bas Ben Thanh. Cumanya, pastikan anda mempunyai duit Vietnam Dong kecil secukupnya.
Orang Vietnam sangat peramahnya, cumanya apabila mereka tidak boleh berbahasa Inggeris, ianya akan menjadi kekangan, namun ada juga yang tidak menjadikannya sebagai halangan sebagaimana seorang staff di hotel penginapan kami. Masya Allah, tersangatlah peramah, sedangkan dia tidak mahir berbahasa Inggeris, bahkan, beliau banyak menggunakan bahasa tubuh apabila ingin berkomunikasi, sentiasa tersenyum dan pandai mengusik. Sangat seronok mengenangkan "uncle" itu.
Gambar ini saya ambil sewaktu dalam perjalanan ke hotel. Duduk bersebelahan pemandu, tetapi dia hanya diam membisu. Nak bersembang, tapi bila kenangkan seperti ayam dan itik, tak payahlah. Risau pula jika pemandu kami tidak selesa.
Pastinya dia telah mendapat penjelasan lengkap daripada Dom.
"Thank you Dom..."
Hari Kedua - Mekong Delta, Pasar Terapung Cai Be - 21 Dec 2015
Hari kedua saya berhasrat untuk berkunjung ke Cai Be, sering mendengar cerita orang, jadi teringin untuk merasai sendiri pengalaman itu. Terdapat dua pasar terapung yang popular di Delta Mekong iaitu, Cai Be dan Cai Rang.
Sewaktu kunjungan Dom pada malam pertama saya di Saigon, ("The way how my friend appreciated my visit is so amazing. He knows very well that I love coffee so much and he did bring me a cup of instant coffee and prepare it for me. Thanks dear.") beliau telah bertanyakan tentang tempat yang saya ingin kunjungi pada hari kedua saya di Saigon.
Jadi saya telah memutuskan, mama saya dan lain-lainnya akan ke My Tho dan saya berserta Yana ke destinasi yang berbeza. Untuk ke My Tho bagi 3 pax, kadarnya adalah USD76, dan ke Cai Be pula USD76 untuk 2 pax.
Jarak perjalanan dari Saigon ke My Tho lebih kurag 1 jam setengah manakala Saigon ke Cai Be, lebih kurang 2 jam setengah. kadar ini jauh lebih murah berbanding menempah pakej yang ditawarkan oleh pihak hotel.
Beli rice corn VND30k.
Dinner di Saigon, biasalah sekitar VND100k untuk 3 orang.
Hari Ketiga - mengunjungi Dom @ Duy Nguyen, China Town - 22 Dec 2015
Memandangkan, kunjungan ini adalah untuk melawat Dom dan saya juga harus mencari waktu di mana beliau sekeluarga bersedia untuk menerima kunjungan saya, maka inilah harinya. Pada 23 Dec, Dom telah merancang untuk pulang ke kampung halamannya selama seminggu bagi tujuan menyambut Krimas dan juga pembaptisan anak lelakinya.
Jadi saya pun mengambil semua barang yang telah saya tempah dengan Dom;
1. Lotus seed (fried) - VNd120k/bottle x 2
2. Fried cashew nut - VND110k/bottle x 2
3. Red coffee - VND120k/box x 2
Petangnya saya pergi ke Bin Tay Market yang terletak di China Town, naik bas nombor 1 dari stesen bas berhampiran Ben Thanh Market, tambangnya VND5,000, sehala. Pasar ini lebih meriah berbanding Cho Ben Thanh, di mana ianya sentiasa sibuk, dan menawarkan lebih banyak produk. Dapatlah saya borong 1 beg galas Kippling dengan harga VND350,000. Ada sesetengah perniaga langsung tidak menerima MYR, jadi pandai-pandailah ya.
Antara benda-benda lain yang saya borong adalah:-
1. Kain untuk jubah
i. RM28 x 3 = Rm84
ii. RM14 x 1 = RM14
iii. RM40 x 1 = RM40;
Total up RM138. Hanya untuk jubah! Sebagai cenderamata untuk kawan-kawan rapat.
Jangan sesekali menghalang laluan atau cuba untuk bersandar-sandar berhampiran kedai-kedai jika anda tidak berminat dengan produk jualan mereka. Memang mereka dengan selambanya dan dengan wajah yang tidak puas-hati akan menghalau anda pergi. Kalau menghalang laluan, memang kena teriaklah dalam bahasa mereka. Jadi, sebelum pergi ke sini bersedialah mental anda di samping poket yang penuh ya.
Bersebelahan dengan stesen bas di China Town, terdapat pasar yang menjual buah-buahan tempatan. Khabarnya produk yang dijual di situ datangnya dari Dalat. Dalat bagi Vietnam, kiasnya seperti Cameron Highlands bagi Malaysia.
Buah-buahan yang terdapat di sini dijual dengan harga yang sangat murah. Jauh lebih murah berbanding dengan Ben Thanh. Jadi, rancang-rancanglah perjalanan anda. Saya beli buah naga dengan harga cuma VND20k/kg.
Di sebelah malamnya, Dom berjaya meluangkan masa dan menempah tiket untuk kami pergi ke Saigon River Cruise, aktiviti yang mesti saya lakukan setiap kaki ke Saigon. Cajnya VND250,000 per pax untuk perjalanan ulang-alik selama 1 jam.
Di atas cruise ini disediakan makanan dan minuman yang anda boleh pesan. Saya biasanya naik cruise ini untuk menikmati suasana di Sungai Saigon sahaja sambil melihat persembahan yang disediakan. Kalau sesebelumn ini saya menyaksikan persembahan akrobatik, kali ini persembahan yang disediakan adalah persembahan tarian, suasana memang sangat bingit dengan alunan muzik yang rancak.
Hari Keempat - Tour sekitar District 1 - 23 Dec 2015
Tinggal sehari lagi untuk mengelilingi sekitar District 1, HCMC.
Perancangan hari ini adalah untuk melawat sekitar Pejabat Pos Lama Saigon, Notre Dame Cathedral Saigon, Reunification Building atau warga tempatan menggelarnya sebagai "White House", membeli-belah, membeli kasut sukan, dan mengambil gambar.
Semangat Hari Natal.
Notre Dame Cathedral, adalah rekod sejarah bukti Perancis pernah bertapak di sini.
Bangunan ini menunjukkan pengaruh senibina Perancis yang sangat kuat.
Old Post Office Saigon merupakan pejabat pos yang paling tua di Saigon. Pejabat pos ini masih beroperasi walaupun telah dijadikan sebagai antara tarikan pelancong yang utama, di dalamnya terdapat pelbagai gerai jualan barang-barang cederamata.
Dari sudut harganya, saya rasakan ada di antara barang-barangnya lebih murah berbanding dengan Fix Price Item di Ben Thanh market. Sempatlah membeli 2 sikat yang diperbuat dengan tanduk kerbau yang berharga VND80,000 dan VND70,000.
Seronok sangat dapat memiliki sikat tanduk kerbau. Saya sudah ada cucuk sanggul tanduk kerbau, kini sikatnya pula.
Sesekali termenung, tidak ada salahnya, bukankah?
Sengaja, sesekali untuk pose begini. Kebiasaannya, saya tidak suka dipotretkan, namun adakalanya, seronok juga.
Penat berjalan kaki, duduk sekejap melepaskan jerih dan lenguh sementara menunggu sahabat saya, Yana dan adik saya berselfie.
Penat tengok mereka asyik dengan kamera mereka.
Reunification House @ White House
Ini adalah antara tarikan pelancong ke HCMC. Bangunan ini menyimpan seribu satu kisah tentang Ho Chi Minh, seorang tokoh dalam sejarah moden Saigon.
Sebab itulah, Saigon dinamakan Ho Chi Minh sempena nama beliau. Saigon dalam bahasa tempatan merujuk kepada sejenis pokok iaitu kapas, yang khabarnya satu masa dulu banyak diperolehi di sekitar kawasan ini.
Untuk memasuki kawasan ini, pelancong asing dikenakan bayaran sebanyak VND 30,000 per pax. Lebih kurang MYR6 untuk seorang. Berbaloi sangat bagi saya, cumanya sewaktu kunjungan saya ini, bangunan ini sedang dalam proses pembaikan jadi sedikit-sebanyak ianya membantutkan keinginan saya untuk melihat keseluruhan dalaman bangunan.
Namun, saya lebih seronok untuk berada di sekeliling bangunan, menikmati setiap lanskap yang dipamerkan.
Pagoda ini sangat menarik. Saya sukakannya. Banyak gambar yang saya ambil di sini.
Senibinanya sangat menawan, apatah kedudukannya yang dikelilingi oleh kehijauan ini.
Beberapa bonsai yang sangat besar diletakkan untuk menghiasi sekeliling bangunan ini.
Air pancutan (Fountain) yang boleh dilihat dari jauh.
Sebahagian kawasan dalam bangunan. Setiap bilik dinyatakan apakah fungsi bilik berkenaan.
Tetapi, disebabkan saya tidak menelusuri setiap inci bangunan ini, makanya, tidaklah saya memiliki keseluruhan gambar dalam bangunan ini.
Saya cuma melihat di aras pertama sahaja.
Bilik lain di aras yang sama.
Merpati putih yang berkeliaran di sekitar air pancut.
Comel. Seperti sudah biasa dengan kunjungan orang ramai.
Selesai berada di sini, mengambil gambar dan melawat seluruh kawasan halamannya, saya menuju ke belakang bangunan White House ini untuk ke satu Coffee Shop. Dom pernah membawa saya untuk menikmati kopi di situ.
Setakat minuman, pada pendapat saya tidak ada masalahnya. Tapi apabila bercerita tentang makanan, saya sendiri mengelakkannya.
Sesuatu yang menarik adalah sementara menunggu pesanan saya sampai, mereka menghidangkan setiap pelanggan dengan Iced Green Tea, yang anda boleh nikmati dengan percuma tanpa sebarang caj. Lebih menarik, mereka akan sentiasa menambahnya apabila ianya berkurangan. Jadi, kalau anda sudah tidak mahu, pandai-pandailah anda untuk memberitahu mereka.
1 gelas kopi Vietnam berharga VND20,000. Saya sangat teruja dengan air kelapanya yang berharga VND45,000. Sangat sedap, cara penyediaannya yang sangat menarik, dan saya membungkusnya untuk diminum kemudian.
Selesai aktiviti di Coffee House, saya pergi ke deretan kedai-kedai alatan sukan yang berada betul-betul berhampiran. Sebenarnya anda boleh lihat kedai itu sewaktu anda berada di Coffee House berkenaan. Tentang originaliti, yang itu saya tidak pasti, cuma saya boleh simpulkan harganya murah. Yang penting kenalah tahu tawar-menawar. Sempatlah saya sapu sepasang kasut sukan dengan harga VND270k.
Kaki sudah penat, dari situ kami melangkah ke hotel. Masa yang diambil lebih kurang 15 ke 20 minit berjalan kaki. Terlupa nak bawa Yana dan adik tengok Water Puppet show.
Di sebelah malamnya, sesi urut badan bersama dengan Rohimah (Shima), akaun fb beliau Himah Ro("boleh berhubung dengan beliau jika ingin berkunjung ke Saigon samada untuk menempah trip ke lokasi tertentu, untuk menempah makanan tempatan Vietnam yang jauh lebih murah berbanding di kedai-kedai makanan, atau untuk sesi urut badan yang mana cajnya VND200,000 untuk satu jam tetapi anda tidak perlu memberikan tips kepada pengurut"). Leganya. Sempatlah saya menempah popia Vietnam yang harganya VND30,000 untuk 5 ketul. Sangat sedap, yang penting sewaktu saya menerimanya ianya masih panas.
Okay tambahan perbelanjaan pada hari ini:-
1. Jubah di Butik Ho Anh - RM50 x 3 = RM150
2. Jubah print - RM60 x 1 = RM60
3. Baju Kurung - Rm90/sepasang
4. Sikat tanduk kerbau = VND80k + VND 70k = VND150k
5. Ao Dai = RM150/sepasang - ditempah ikut saiz saya...sudah lama teringin akhirnya tercapai juga hajat.
6. Jubah di Ben Thanh - RM100 sepasang. Kecewa sebab ditempah ikut saiz saya tapi pendek...waaaa, nak menangis je.
7. Vietnam silk - RM63 x 2 = RM126
8. Coin bag = VND200k.
Hari Kelima - Back to Malaysia - 25 Dec 2015
Hari ini tidak banyak aktiviti yang saya lakukan, cuma mengemas semua barang-barang sebelum bertolak ke Lapangan Terbang. Teksi sudah ditempah melalui hotel, sebenarnya, apa jua tempahan melalui hotel mahal, lebih baik untuk anda mencari pengangkutan sendiri atau jika mempunyai kenalan, mintalah bantuan mereka.
Masih lagi sempat shopping di saat-saat terakhir.
1. Popia - VND30k x 4 = VND120k
2. serbuk kopi Trung Nguyen, yang paket merah banyak dijual dikedai-kedai di bahu jalan - VND70k x 2 = VND140k
3. T-shirt - VND35k x 10 = VND350k.
4. Tambang MPV dari hotel ke airport; VND160k. Tempahan melalui hotel sedikit mahallah.
Masih lagi sempat shopping di saat-saat terakhir.
1. Popia - VND30k x 4 = VND120k
2. serbuk kopi Trung Nguyen, yang paket merah banyak dijual dikedai-kedai di bahu jalan - VND70k x 2 = VND140k
3. T-shirt - VND35k x 10 = VND350k.
4. Tambang MPV dari hotel ke airport; VND160k. Tempahan melalui hotel sedikit mahallah.
Selamat Tinggal Saigon.
No comments:
Post a Comment