Memandangkan kami telah menikmati matahari terbit di Sikunir, matahari terbit di Gunung Merapi tidak lagi menjadi sebahagian daripada tentatif kami. Jadi aktiviti kami lebih terarah kepada ekplorasi menaiki jeep Merapi.
Gunung Merapi |
Destinasi pertama untuk hari ke 3. Kami bertolak jam 08:00 dari hotel dan tiba sekitar jam 09:00 di tapak sewaan jeep. Kebanyakkan daripada kami berkunjung ke Yogya untuk kali pertama. Satu jeep memuatkan 4 orang penumpang, itu untuk keselesaan.
Nampak tak jeep kuning itu? Saya sedaya upayanya mengelakkan diri daripada menaiki jeep itu. Sama warna dengan baju saya. Hilang terus saya dalam jeep itu.
Nah, inilah kami berempat.
LOKASI PERTAMA - THE LOST WORLD
The Lost World memaparkan kesan daripada letusan Gunung Merapi yang terjadi pada 5 November 2010. Bagaimana semuanya musnah.
Untuk makluman, pihak berkuasa telah menegah sebarang penempatan dalam radius tertentu di kawasan Gunung Merapi. Namun, tetap ada yang ingkar, dan pastinya bahananya akan ditanggung sendiri. Alasan yang sering diberikan adalah; mahu mengusahakan tanah persendirian.
Baiklah, saya biarkan gambar berbicara. Ketandusan buah fikiran untuk mengarang.
LOKASI KE 2 - BATU ALIEN
Batu Alien ini adalah sebongkah batu besar yang jika dilihat dari sudut tertentu, kelihatan seperti muka manusia. Jenuh juga mencari sudut tersebut, tetapi ternyata bila difotokan, lebih jelas mirip rupa manusia itu.
Merapi dilindungi awan |
Laluan (sungai) lahar Merapi. |
Batu Alien |
LOKASI KE 3 - BUNKER KALIADEM
https://travel.detik.com/domestic-destination/d-2913477/kisah-misteri-bunker-menangis-di-lereng-gunung-merapi
Link di atas adalah sebagai sumber rujukan tentang Bunker Kaliadem.
Bunker Kaliadem ini dikatakan berfungsi sebagai tempat berlindung daripada lahar panas. Namun pernah ada 2 orang telah meninggal di dalam bunker ini lantaran lahar memasuki bunker termasuk dan mayatnya ditemui di dalam tandas.
Bunker ini memang gelap gelita, sumber cahayanya adalah pintu masuk bunker tersebut; cahaya matahari. Jadi untuk meninjau suasana di dalamnya, saya telah mengatifkan fungsi lampu suluh telefon saya.
Lahar yang membeku seakan meja di tengah-tengah ruang dalam bunker. |
Kawasan jualan di sekitar Bunker Kaliadem. |
Ada beberapa lagi tarikan di sekitar Gunung Merapi tetapi tidak termasuk di dalam pakej kami. Makanya, intai dari atas jeep sahajalah. Lagi satu, sekiranya jeep dipandu secara "ganas" maka itu adalah untuk "jeep tour" dan mereka memang sengaja pun untuk membiarkan kita merasai "four wheel sport". Jangan risau, keselamatan anda tetap diutamakan.
Selesai Jeep Tour Merapi Mount, kami menuju ke Prabanam Temple. Semalam kami membayar tiket yang berpasangan dengan Borobudur.
Sawah padi yang sedang membesar. |
Sawah padi yang lebat berbuah. |