Monday, 26 November 2018

Kawah Sikidang, Dieng - 24 Feb 2018



Kalau anda ada melihat petikan sebelum ini tentang Candi Arjuna, anda pasti perasan bahawa caj masuk untuk Candi Arjuna dan Kawah Sikidang dikira sekali, maksudnya 1 caj untuk 2 tempat yang berbeza dan agak jauh sebenarnya di antara satu sama lain.

Tak boleh pergi jalan kaki ya.

Justeru kami daftar keluar, langsung bergerak menuju ke Kawah Sikidang. Kebanyakkan tempat-tempat pelancongan di Indonesia mempunyai lagendanya yang tersendiri, begitu juga dengan Kawah Sikidang.

http://ceritarakyatnusantara.com/id/folklore/264-legenda-kawah-sikidang

Sesiapa nak tahu tentang lagenda Kawah Sikidang boleh ketik link di atas. 


 << Ini ada beberapa gambar yang saya tangkap sewaktu di dalam kenderaan saat menuju ke Kawah Sikidang.

Sengaja saya mengambil gambar-gambar ini untuk menunjukkan muka bumi kawasan Dieng untuk tatapan anda.


 Saya bernasib baik kerana kawan saya telah mengkaji tentang lokasi kunjungan kami maka, dia telah sediakan kami topeng muka.

Bagaimana pun, saya tidak selesa dengan topeng muka tersebut. Lagi pula, bau sulfur di bawa angin, maka ia bukanlah bersifat setempat.
 Bila melangkah sila awas langkah anda, kerana khuatir anda terpijak atau melangkaui kawasan yang tidak sepatutnya.

JANGAN main-main dengan air panas di sini, suhunya terlalu tinggi dan boleh mendatangkan kecederaan. Kita di Malaysia bolehlah nak bermain dengan air panas sebab kita jauh dari Lingkaran Api Dunia, tetapi Indonesia memang terletak di lingkaran tersebut.

Ada antara pengunjung yang ingin mencuba suhunya, tetapi segera ditegah oleh pemandu pelancong kami.

Pergi tempat orang sila patuh pada warga setempat sebab peraturan dibuat atas dasar pengalaman dan keselamatan sejagat.
 Oh lupa nak beritahu, biasanya kalau bergambar di tempat-tempat yang ada tarikan macam rama-rama ini, sila sediakan duit sumbangan ya.

Ada antaranya memang telah ditetapkan berapa IDr, ada sesetengahnya seikhlas hati...

Baiklah, saya malas nak ulas lagi, biar sahaja gambar berbicara ya..... 







No comments:

Post a Comment