Kunjungan ke Kundasang telah berbulan berlalu, namun kesempatan untuk mengabadikannya di blog ini seringkali tertangguh lantaran kesibukkan yang tidak terjangka. Mudah untuk sekadar berkongsi gambar-gambar di sini namun jika semua gambar tidak mempunyai penerangan, ianya tidak memuaskan hati saya.
Saya bukanlah seorang karyawan. Di sini hanyalah diri saya dan eksplorasi diri saya.
Kami tiba di Kota Kinabalu sekitar jam 3 petang, tetapi kami hanya dapat bergerak ke Kundasang selepas jam 5 petang lantaran masalah yang diwujudkan oleh pihak pengurus kereta sewa. Bayangkan kami telah tiba di sana dan kereta yang kami ianginkan tidak ada. Saga FLX manual.
Kecewa, pastinya kami kecewa. Saya pula tidak mahir dengan kereta transmisi auto. Sudahnya kami diberikan kereta MyVi yang bagi saya sangat uzur.
Risaukan hari yang semakin gelap, perjalanan yang pastinya mencabar membuatkan kami akur menerima kereta MyVi. Asalkan saja transmisi manual. Justeru teman-teman semua yang berhajat ke sana berwaspadalah. Jika mempunyai kenalan, bagi saya itu adalah yang terbaik, supaya tidak kecewa di belakang hari.
Perjalanan menuju Kundasang mengambil masa yang agak lama. GPS menjadi pembantu yang terbaik.
Silap saya tidak mencetak peta dari Google Map. Justeru kebergantungan pada teknologi tidak dapat dielakkan.
Menghampiri Tamparuli. Suasana kian gelap.
Langit telah berbalam-balam. Suasana senja di tanah tinggi ternyata satu permandangan menakjubkan yang tidak mungkin saya perolehi di kediaman saya.
Kualiti gambar tidak begitu memberangsangkan kerana diambil sewaktu kenderaan sedang bergerak. Namun keinginan hati untuk memiliki detik ini dalam koleksi harus dipenuhi.
Untuk berhenti di bahu jalan dan merakam detik ini bagi saya adalah satu tindakan yang kurang bijak, pertamanya, laluan ini laluan yang sempit dan keduanya, ia akan menyebabkan tempoh perjalanan kami akan bertambah.
Puncak Kinabalu kini dilitupi awan. Antara keterujaan, kekecewaan dan kerisauan kerana bakal melalui kawasan yang asing bagi kami. Semetelah ia adalah kawasan tanah tinggi.
Setelah jauh meninggalkan Kota Kinabalu, hari pula telah gelap, lampu-lampu penerang jalan kian berkurangan, kiri dan kanan kami entahkan tebing, entahkan gaung yang dalam. Semuanya tidak terbayang di fikiran kami. GPS sebagai pembantu telah menghilangkan diri.
Sesal, tidak perlu dipersoalkan. Kami hanya meredah jalan dengan terus maju ke depan. Dengan persekitaran yang asing, kami hanya meneka-neka, bermain-main dengan telefon dengan harapan akan ada di antara telefon kami yang mempunyai litupan di sana. Apabila dikumpulkan 4 pemilik telefon, DIGI, CELCOM, dan MAXIS, sedihnya tidak ada yang dapat membantu.
Namun syukur sangat kerana MILE 36 Lodge terletak betul-betul di tepi jalan. Memang kami terlajak juga kerana GPS memaklumkan lodge itu terletak di kanan kami sedangkan hakikatnya ianya berada di sebelah kiri kami. Itu akibatnya jika terlalu bergantung kepada GPS. Alhamdullillah kerana sebelum tiba ke kawasan Mile 36 Lodge, kami telah mendapat litupan data kami.
Perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Mile 36 Lodge mengambil masa lebih kurang 3 jam.
*************************************************************
Selesai urusan daftar masuk, kami terus bergegas ke bilik kami. Suasananya memang sangat dingin.
Bayangkan suhu di luar bilik lebih sejuk berbanding di dalam bilik. Tidak perlukan penghawa dingin. Suasana tanah tinggi ini sememangnya cukup sejuk.
Kononnya ingin menikmati suasana di luar bilik namun saya batalkan saja niat itu memandangkan kedinginannya menusuk hingga ke tulang.
Kelaparan tidak dapat digambarkan. Stok makanan yang dibawa pula sangat terhad. Apa yang ada semuanya kami manfaatkan. Bahkan maggi kari yang cuma dimasukkan air panas kami kongsi beramai-ramai. Enak sangat. Penangan berada di kawasan yang tidak ada stok makanan. hehe...
Sebelum tidur, saya telah memasang niat. Saya harus bangun seawal mungkin untuk menikmati panorama alam. Saya bangkit seawal jam 5 pagi. Memang saya seorang yang sangat sayangkan tidur namun apabila bercuti untuk menikmati keindahan alam, tidur adalah antara perkara yang harus saya korbankan.
**********************************************************
Alhamdullillah, tidur malamku walaupun tidak cukup lena kerana khuatir terlepas saat matahari menyimbahi cahayanya ke pergunungan, Namun yang membahagiakan adalah tidak ada seekor nyamuk pun singgah atau menyanyi di sekelilingku. Terfikir juga bagaimanakah kawasan bilikku yang di kelilingi oleh tumbuhan renek namun tidak ada nyamuk walaupun seekor.
Aku adalah yang pertama bangkit pada pagi 6 May. Ku bancuhkan secawan kopi segera untuk menambahkan semangat hariku. Menikmati kopi sambil melihat garisan-garisan cahaya yang mulai bersinar dengan garangnya menerangi puncak idaman semua merupakan satu kepuasan saya yang tidak tergambar.
Ya, saya seorang yang sangat liat untuk bangun awal pagi. Namun saya berjaya untuk bangun awal demi untuk menatap setiap perubahan gerakan cahaya matahari di tanah tinggi ini.
Permandangan seawal jam 5 pagi. Lihatlah puncak gunung yang dilimpahi cahaya.
Inilah permandangan di luar bilik penginapan kami. Saat ini belum lagi jam 6 pagi.
Akhirnya, suasana kian terang.
Kedinginan masih menguasai.
Sebelum jam 8 pagi kami bergerak meninggalkan bilik untuk ke rumah makan bagi sarapan pagi.
Sambil melangkah keluar, kami memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Mile 36, untung ada permandangan yang menarik.
Mawar yang bergugusan. Sangat menarik. Bunga mawar di rumah saya, tidak selebat ini.
Kawasan letak kereta di Mile 36 Lodge.
Permandangan dari kawasan yang bertentangan dengan penginapan kami. Baru kami sedari bahawa kami berada di lereng-lereng tebing.
Satu hal yang membuat saya kagum adalah bagaimana mereka bersatu dengan alam termasuk dalam soal pembinaan bangunan.
Bunga ini saya tidak kenali apakah jenisnya, namun ianya sangat cantik.
Tidak pernah jumpa sebelum ini. Kelihatan seperti salah satu jenis cempaka, namun saya tidak pasti.
Bunga ini juga tidak saya kenali. Menarik.
Flora dan fauna dari kawasan tanah tinggi.
Puncak Kinabalu dari Mile 36. Menarik bukan?
Pokok Pine adalah tumbuhan yang biasa di kawasan tanah tinggi.
Bunga raya putih yang dapat dilihat dengan banyak di kawasan ini.
Di bawah pula adalah bunga seri pagi. Saiznya sangat besar. Warnanya pun sangat cantik.
Bunga jejarum ini saya tidak pasti daripada keluarga bunga apa.
Gugusan-gugusan bunga mawar yang sangat lebat.
Yang ini saya kenal. Di Medan bunga ini dikenali sebagai bunga Belon.
Saya menemuinya pertama kali di Berastagi. Jadi ini adalah kali ke dua saya bertemu dengan spesies bunga ini lagi.
***************************
Selesai sarapan kami segera meninggalkan Mile 36 Lodge menuju ke Desa Dairy Farm. Ada seorang kawan berpesan untuk kami pergi ke sana sebelum jam 10 pagi kerana katanya selepas jam 10 pagi, awan tebal akan melitupi puncak gunung.
Seawal jam 8 pagi kami segera daftar keluar. Dari Mile 36 Lodge ke Desa Dairy Farm mengambil masa lebih kurang 30 minit.
For quit long time, I have no time to update my blog due to my time constraint. Even, I have no time to have a look at it. But, once in a while, I will visit just to know, how are you may baby.
Okay, I would to name this post as Kota Kinabalu Pt 2. Part 1 consist details of the trip, cost and my activities. For this part 2, nothing much to share only just a few pictures that still in my personal collection.
Departure time. Very good weather. So, it is my best luck ever.
This is my first experience to fly with Malindo Airlines, many know that Malaysia own 51% of the share while the rest is belong to Indonesia.
Why I chose it?
Because of it 30kgs luggage and refreshment.
View at 33000 fts to the ground. On the way to Kota Kinabalu from KLIA.
Formation of these clouds so lovely. So nice.
Hills and Mountains... we are closed.
Yes, here we are.
Kota Kinabalu International Airport.
From airport, we directly move to Kundasang.
Dataran Todak.. The best place to get variety of seafood. In terms of price, I am not sure, but in term of variety, yes there too much choice.
There are a lot of activities either by local or visitors.
Fisherman boat.
Crowded with peoples and smokes.
Hmmm, much variety compare to Pasar Filipina.
Avocado juice without chocolate but still really tasty.
Lobster on the plate. Well, not my favorite at all. But, once in a life you should taste it. Never listen to anyone, let yourself say the experience.
Time to back Peninsular Malaysia.
View around the airport.
A local ice cream booth. Seriously, it is so yummy. I taste the durian flavour.
Cost for each stick of ice cream only MYR3. Don't forget to buy. They also provide you for packaging which you can bring it home.
Finding Nemo....
Kota Kinabalu from the sky.
Thank you Malindo for flying us to Borneo and return.
1. Sampai di KK International Airport jam 2.45pm. Bertolak dari KLIA jam 12.20pm, flight delayed sebab nak tunggu air traffic clear. Sampai Kota Kinabalu International Airport ontime. Tunggu kereta yang disewa sampai dan solat jamak takdim siap-siap di airport.
Plan terganggu sebab kereta yang ditempah adalah kereta saga manual tapi yang nak diberi kereta saga auto. Last deal dapat myvi manual tapi agak lewat sekitar jam 5pm. Rancangan asal tak boleh nak buat.
Jika merancang untuk terus ke Kundasang, ada baiknya untuk terus solat siap-2. Jamak Takdim atau Jamak Takhir terserah kepada anda. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih 2 jam bergantung kepada kedudukan rumah penginapan anda.
Di tengah-2 perjalanan ke Kundasang memang susah nak jumpa surau, gereja memang banyak. Boleh dikatakan setiap 1 km ada satu gereja. Isi minyak secukupnya sebab selepas memasuki kawasan Tamparuli memang susah nak jumpa stesen minyak. Mungkin langsung tidak ada. Kami isi siap-siap RM40 sebab mendaki memang banyak tekan minyak. Lagi pula kereta kurang Pick up.
2. Terus ke Kundasang, menginap di Mile 36 Lodge. Family room 4 pax RM260/night. Sila bawa instant 3 in 1, maggi cup, sudu, bekas makanan dan macam-2 makanan sendiri.
Susah atau tak jumpa kedai makanan halal di sini. Famili room yang saya tempah termasuk sarapan okay. Jarak dari Mile 36 Lodge ke bulatan untuk ke Desa Dairy farm lebih kurang 5 minit.
smile emoticon
Kami sampai sekitar jam 8pm. Suasana memang gelap gelita.
Alhamdullillah Mile 36 Lodge di tepi jalan sahaja. Kalau tak tahu jalan, siapkan plan B dengan mencetak peta sebab kebanyakan kawasan tak ada coverage.
3. Suhu waktu ini tak adalah sejuk sangat tapi kami tidur pakai stokin. Buka pintu bilik memang boleh menggigil. Suhu di dalam bilik lebih hangat. Terasa bersih paru-paru berada di kawasan tanah tinggi. Mewah dengan oksigen.
6 Mei 2016
1. Saya bangun tersangat awal (jam 5.00am) sebab nak tengok matahari terbit. Sayangnya, my samsung S7 freeze. DSLR tak bawa. Yang ada cuma Lenovo s930. Better than nothing. Ambil juga gambar walaupun kualiti tuidak mantap. 6.30am, macam jam 8am di Melaka. Terang berderang. Kami jalan-2 sekejap sekitar kawasan lodge, sarapan dan bergerak ke Desa Dairy Farm.
2. Untuk view terbaik pastikan berkunjung ke Dairy Farm sebelum jam 10am. Kerana kebiasaannya puncak Kinabalu akan terlindung dengan awan yang tebal selepas jam 10.00am.
Beruntung kerana kawan saya telah maklumkan saya lebih awal. Jika tidak pasti saya akan pergi ke Desa Dairy Farm lewat.
Caj masuk RM5/pax. Aktiviti di sini hanyalah bergambar dan shopping - susu segar, yoghurt dan souvenier.
Peringatan: jangan beli terlalu banyak untuk stok sebab susu produk Dairy Farm tidak tahan tanpa peti ais walaupun belum dibuka.
3. Selepas jam 10am kami bergerak ke Poring Hotspring, Ranau. Lebih kurang 33km dari Pekan Kundasang. Caj pintu masuk RM3/pax.
Untuk masuk ke Kebun Rama-rama bayar lagi RM3/pax. Untuk menaiki Canopy Walk Poring bayar lagi RM3/pax. Kami tidak naik Canopy Walk Poring, sebaliknya menuju ke Air Terjun Kipungit yang jaraknya lebih kurang 500m dari pintu masuk utama. Kalau sampai lebih awal boleh pergi ke Air Terjun Langanan yang terletak lebih 3km dari pintu masuk. Tarikan lain di sini, Taman Herba, Kebun Rama-rama dan Gua Kelawar.
Untuk ke Air Terjun Langanan, pengunjung mesti bertolak sebelum jam 2.00pm. Selepas waktu itu, anda tidak dibenarkan untuk ke sana. Jangan lupa memaklumkan dengan mengisi buku lawatan jika anda berhasrat untuk ke Air Terjun Langanan.
4. Sekitar jam 2pm, kami bergerak meninggalkan Ranau menuju ke Kota Kinabalu. Rancangan asal mahu singgah di Kinabalu Park, Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik. Namun cuaca tidak mengizinkan kerana kabus tebal dan hujan, kami hanya singgah di Muzium 3D dan Rumah Terbalik. Caj masuk RM31.80/pax untuk warganegara Malaysia. Jadi jangan lupa tunjukkan kad pengenalan.
5. Selesai, kami teruskan perjalanan ke KK Waterfront, RM180/malam. Asalnya mahu ke Tanjung Aru untuk matahari terbenam tetapi masing-2 penat dan cuaca tidak memberansangkan. Kami checked in dengan deposit RM100. Hotel ini tidak ada freezer. Jadi kami tidak dapat simpan susu segar, esoknya susu kami rosak. Sedihnya. Deposit boleh diambil semula dengan syarat tidak ada barangan hotel dalam bilik yang hilang.
6. Malamnya kami makan di Pasar Filipina, memang saingan untuk mendapatkan pelanggan sangat sengit. Mereka asyik memanggil pelanggan. Jujurnya tidak selesa. Untuk makan malam kami, 1 ekor ikan kerapu merah, setengah ekor ikan pari, kerabu seaweed RM10, nasi 4, air suam 2, sirap limau ais 1 dan air limau suam berjumlah RM74. Soal rasa payah nak cakap tapi kami sukakan kerabu seaweed campur. Should try.
7. Di belakang hotel Le Meridian ada pasar malam setiap malam. Produk yang dijual adalah lebih kurang sama seperti di Pasar Filipina. Cumanya tidak ada produk makanan kering atau basah.
8. Kembali ke hotel dan tidur.
7 Mei 2016
1. Target kami untuk berkunjung ke 3 pulau. Kami berjalan kaki ke Jetty Jesselton. Kereta telah dipulangkan, sewa kereta RM190 untuk 1 hari 5 jam. Ada yang mengatakan kami menyewa dengan kadar yang mahal. Kawan saya menyewa kereta 3 hari 9 jam, jumlah yang dibayar cuma RM390. No komen. Apa-2 pun, nego.
2. Aktiviti hari kedua bermula sekitar jam 8am. Terjumpa promoter bot di sekitar Pasar Filipina, tawar menawar dapat trip ke 3 pulau dengan harga RM30/pax. Parasailing RM70/pax. Sewa google RM10/pax. Kami bungkus makanan dan bawa 2 botol air mineral 1.5liter. Better bawa lebih, nanti kelaparan dan kehausan. Waktu untuk kembali ke Tanah Besar boleh bincang dengan trip lain yang bersama dengan anda.
3. Kami pergi ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Ada 4 pulau tapi kami hanya 3 pulau.
Pulau Sapi - pantainya berpasir halus. Tidak berbatu. Tersangat ramai orang. Boleh lihat Nemo.
Pulau Manukan (katanya Manuk maksudnya ayam) - Di hujung pulau ada kawasan berbatu licin. Menghala ke jeti, banyak cebisan karang yang hancur. Sakit kaki juga berjalan di pantai sebab karangan laut ini sifatnya keras. Di kawasan ini ada banyak batu karang mati, tajam jika dipijak.
Pulau Mamutik - Paling sedikit orang di antara 3 pulau yang kami kunjungi. Ada banyak batu karang yang mati dan masih hidup tapi tidak sihat sepenuhnya. Dapatlah kami melihat landak laut, tapak sulaiman dan siput laut. Berhati-hati ya, jangan sesekali menyentuh landak laut, ianya sangat berbisa.
4. Jam 4pm bertolak balik ke daratan. Bersihkan diri dan pergi ke Tanjung Aru dengan menaiki teksi dengan caj RM50/ retun trip untuk panorama sunset. Perjalanan sehala RM30. Nak jimat, kami terus sewa teksi yang sama. Jimat.
5. Selesai di Tanjung Aru terus ke Medan Todak untuk makan malam. Lobster RM165/kg, kerapu bunga RM30/kg, ketam nipah RM35/kg, kailan ikan masin RM8/ small plate, avocado juice RM5/ small glass, sirap limau ais RM3/glass, limau suam RM2/glass, nasi 3, jumlah keseluruhan RM165. Masakan gaya Sabah, minta pedas tapi tidak berapa pedas pun untuk tekak saya.
6. Bungkus kerabu seaweed RM10 di kedai yang kami makan malam sebelumnya di Pasar Filipina.
7. Pergi ke pasar malam untuk shopping, sebab dah malam terakhir. Tak ada bajet untuk beli mutiara, kerongsang dan seangkatan dengannya.
Saya tidak shopping, kawan2 saya yang shopping. Pandai tawar anda boleh dapat set butang baju melayu mutiara RM38/kotak. 1 kotak ada 12 set. T shirt boleh dapat RM20/helai lengan pendek. Keychain cuma 7 untuk RM10. Barang2nya sedikit mahal berbanding tempat lain yang saya pernah kunjungi.
8. Back hotel and sleep.
8 Mei 2016
1. Jam 7am kami bergerak ke Tamu (Pasar) Gaya. Terletak di Jalan Gaya, lebih kurang 10minit berjalan kaki dari KK Waterfront. Di sini tempat pertembungan produk dari pelbagai etnik. Pasar ini beroperasi cuma hari Ahad. Bernasib baik boleh keychain 9 biji untuk RM10. Pelbagai orkid hutan dijual, puppies, pasu-2 ukiran tempatan dan lain-2 lagi. Produk-2 yang tidak ada dijual di Pasar Filipina boleh dijumpai di Tamu Gaya. Terpesona dengan pasu ukiran tempatan, tapi no bajet. Lain kali boleh datang lagi.
2. Jam 9am kami bergerak ke Pasar Filipina, saya tidak berminat dengan produk mutiara kerana target saya produk laut kering.
Alhamdullillah, Allah swt temukan saya dengan perniaga yang pemurah, bilis mata biru RM40/kg, udang kering RM30/kg, tenggiri jeruk RM16/bungkus, terubuk jeruk sabah RM8/bungkus, kuih cincin nipis RM10/bungkus besar, kuih cincin tebal RM8/bungkus besar, amplang bungkusan sederhana + kuih cincin bungkusan sederhana RM20 untuk 5 bungkus. Habis RM210 disini. Terus packing kotak untuk checked in baggage.
3. Beli pula keropok belinjau sira RM25/kg, belinjau mentah RM25 untuk 2 bungkus besar. Untuk makan sendiri. Kemudian balik hotel untuk check out dan packing.
4. Tambang dari hotel ke airport RM30/trip.
Percutian saya bukanlah percutian bajet. Tapi bukan percutian mewah. Kami bersederhana sahaja. Tiket penerbangan Malindo Airlines return RM359.50/pax. Saya mementingkan keselesaan. Hotel yang saya pilih biasanya mestilah berdekatan dengan kawasan tumpuan pelancong. Supaya semua tempat saya boleh pergi dengan berjalan kaki.
Penerbangan ke KK dari KLIA ada banyak pilihan. Ramai orang memilih AirAsia dan menunggu untuk harga terbaiknya.
Penginapan pun begitu. Ada yang sangat murah seperti Hounon Ridge tapi lokasinya jauh dari jalan utama. Saya cuba untuk book tapi penuh. Ambil kira waktu ketibaan anda untuk memilih rumah penginapan anda terutamanya jika anda memandu sendiri, jalan2 di sini gelap.
Waktu terbaik untuk berkunjung ke Kota Kinabalu adalah pertengahan tahun sekitar Mei dan Jun kerana kurang hujan.