Monday, 25 April 2016

Pantai Pandak, Cendering, Kuala Terengganu - 17 Feb 2016

Aktiviti bersama keluarga merupakan satu hal yang sangat mengujakan, apatah ianya mampu dinikmati sebaik mungkin di semua peringkat usia. Memilih lokasi berhampiran pantai terutamanya pantai yang terletak di Laut China Selatan bukanlah satu hal yang bijak lantaran masa banyak dihabiskan untuk mengawasi penggerakan anak-anak kecil.

Berbeza dengan lokasi ini, pantai yang tersangat landai, menyebabkan ombak dari Laut China Selatan yang terkenal dengan ganasnya, menghampiri persisiran pantai dengan perlahan dan menghempas lembut. Sayangnya, pencemaran sampah oleh pengunjung sangat mengecewakan. Alasan yang sering diberikan tidak ada tong sampah yang disediakan, namun suka atau tidak, makanan dan minuman yang bungkusannya dibuang bersepah-sepah juga tidak dijual di kawasan pantai ini.


Nun di hujung pantai kelihatan sebuah bukit kecil. Khabarnya di situ kawasannya agak dalam. Lokasi itu pernah dijadikan lokasi penggambaran sebuah filem tempatan jika masih ingat satu filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Di kaki bukit itu kini giat dibina satu hotel yang saya tidak pasti berapakah bintangnya.
My little nephew.

Jarang-jarang kami menghabiskan masa bersama. Tidak sulit untuk  menakluki jiwa seorang kanak-kanak, "be free for them". Cukuplah...
Another nephew, he is the second.

Susah nak ambil fotonya, kerana dia fikir mungkin saya ingin berikan telefon padanya. He he he.. Ini yang terbaik yang saya dapat ambil.
Ini adalah mukadimah. bermain di pasiran pantai yang sangat mulus... seronok sangat. Pantai ini setakat ini hanyalah untuk kunjungan warga tempatan. Belum di war-warkan untuk umum.

Sewaktu kunjungan ini, angin kuat dan keras membadai Pantai Timur. Nelayan-nelayan kecil dan sederhana memang tidak turun ke laut. Ombaknya sangat membahaya kepada mereka.
Wow.. fantastic and amazing... 
Saya memang sukakan panorama yang tersangat indah, cantik dan tidak tergambar dengan perkataan begini. Boleh hilang diri sekejap. 

Lagi pula, setiap kali balik kampung, memang wajib untuk berkunjung ke pantai. Sesi terapi diri bersama keluarga.
Awan kelam menjelang senja.
Bebola pasir dihasilkan oleh umang-umang. Comel dan memukau sebab ianya adalah untuk sepanjang-panjang kawasan pantai ini.
Pandangan bebola dari ketinggian normal seorang jurugambar.
Seperti hamparan kristal atau mungkin juga kelihatan seperti cermin yang memantulkan semula imej, seperti gambar di bawah.

Airnya sangat tenang...
Spectacular....




Ini semua ahli keluarga saya. Sesekali berelfie apa salahnya. Seringkali juga tidak salah..
Dua beradik dalam permainan tersendiri. Seorang bermain dikejar ombak, seorang lagi menikmati buih yang terbentuk.








Masa untuk pulang.... Seperti itik pulang senja...hehehehe
Sangat cantik kan?

Wajar tak untuk saya tidak terkata melafazkan kecantikkannya... Subhanallah...


Selamat tinggal Pantai Pandak Cendering.

Ada masa berkunjung lagi.

No comments:

Post a Comment