Cherish our life by appreciated what we have around us.... Life is to short, make it wonderful
Wednesday, 29 March 2017
Bukit Panorama, Kuala Terengganu - 31 Januari 2017
A new attraction to those who loves to stay over night with light activity, there is a new place which located at Kuala Terengganu, Terengganu.
Serving variety of western and local cuisine at affordable price, this restaurant running from late in the evening until late midnight. I am sure the exact official business.
FOOD
If I have to give them STAR, I will give them 2 only.
I went there at almost 10p.m. and lot of foods in the menu are out of stock.
Satay is not in standard size which some of them quite big while the rest is too skinny.
HONEY DEW JUICE
They used real fruit for juice but it tasteless. For the price, I feel bad.
MAIN ATTRACTION
For me, food cannot be the attraction for being here but, the your sightseeing to center of the city totally amazing. I couldn't believed it. It is awesome, and it is at my hometown.
It is hard to get a seat here, I am not sure when is the right timing to be here. It is hard to get car park too. Better try to avoid weekend.
Whatever it is, these comment are base on my experience and my standard for food. Everyone has their own, don't get my comment as standard for you guys.
RECOMMENDATION
You should be there and try own your own. I believe that you will enjoy the scenery.
Labels:
Bukit Panorama Kuala Terengganu
Sunset @ Pantai Teluk Gong, Melaka - 8 Jan 2017
I am lucky enough since this evening is bright enough for me to enjoy my activity; "small clamp hunting".
Frequently I will get myself there at low tide, so there is no consistent timing. What I am lucky so much is, I am bringing my phone and the scenery of sunset is totally incredible.
I entered my car and because I am attracted to it, I pushed myself to snap some of pictures which actually for my own collections. But, to share these with you guys, there is not regret at all.
Enjoy the view. If you wanna have more, come and experience it on your own but please pray for good weather.
Bye then....
~~ Anna ~~

beach,
Malaysia,
Masjid Tanah,
Melaka,
Pantai Teluk Gong,
scenery,
Sunset
Location:
Masjid Tanah, Melaka, Malaysia
Tuesday, 28 March 2017
Majlis Persaraan Pengarah Politeknik Port Dickson - 24 Feb 2017
Tanggal 1 Mac 2017 merupakan tarikh keramat di antara suka dan duka bagi seorang insan yang banyak memberi sumbangan dan jasa, berdiri teguh di antara kakitangannya sejumlah lebih kurang 500 orang dan pelajar yang berjumlah lebih kurang 5000 orang.
Sejak daripada tarikh melapor diri pada 16 Jan 2009, saya hanya berkhidmat di bawah pentadbiran beliau; Mejar Kehormat Tuan Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim dan Timbalan Pengarah Akademik pada waktu itu adalah Ir. Chan Chee Meng ( seorang lelaki yang sangat murah dengan senyuman dan jujurnya sangat mesra. Beliau telah berpindah ke politeknik lain dan dimaklumkan telah berpencen.)
Pelbagai perisa tercipta selama beliau menerajui kepimpinan Politeknik Port Dickson dan biar saja kenangan itu menjadi pengalaman yang mampu membentuk pemikiran dan tindakan diri saya yang lebih matang.
Majlis meraikan beliau diadakan seminggu lebih awal memandangkan beliau akan menghabiskan sisa-sisa cuti.
Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson dihias cantik umpama majlis meraikan mempelai, namun yang tiba seorang pahlawan Melayu segak berbaju Melayu, bertanjak, bersampin dan keris tersisip rapi.
Di bawa ke dewan dengan kereta kuda, satu sejarah tercipta, dan itulah tanda kasih dan sayang para kakitangan yang berat hatinya untuk melepaskannya pergi, tetapi harus demi bermulanya lembaran baru hidup seorang anak, suami, bapa dan cucu.
******************
Petang itu merupakan detik yang paling memalukan bagi kami warga JMSK kerana mendapat maklumat yang salah.
Perkhabaran yang menyatakan bahawa majlis bermula jam 3.00 petang telah menjadikan kami di antara insan-insan yang terakhir tiba.
Sungguh memalukan apabila di saat kaki melangkah ke dalam dewan, alunan lagu kebangsaan sedang dimainkan.
Jarang-jarang sekali dapat berkumpul bersama. JMSK Politeknik Port Dickson mempunyai kekuatan dan kepakaran yang berbeza daripada 33 kakitangan akademik dan 2 kakitangan pentadbiran.
Maka kesimpulannya di sini adalah, ini hanyalah sebahagian daripada pasukan kami.
**********************
Ruangan Dewan Wawasan yang sungguh indah dihias dan disusun mejanya.
Juadah yang dihidang ada yang disediakan secara "Pot Luck" dari setiap jabatan-jabatan yang wujud di Politeknik Port Dickson dan juga tajaan daripada pengurusan.
****************
Terkenang zaman dulu-dulu.
Telur rebus.
Inilah dia insan yang diraikan. berdiri 4 dari kiri.
Mejar Kehormat Tuan Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim.
"Moga apa jua yang dilakukan, apa jua yang direncanakan, apa jua lembaran hidup yang ingin dicipta, saya insan yang kerdil hanya mendoakan dari jauh, semuanya berjalan dengan lancar dan tercapai....
Moga hidup makin baik dan bertambah ceria, moga setiap pelosok dunia dapat ditawan dan dijejak, moga kesihatan kekal bagus dan bertambah mantap...
Moga tidak ada lagi tekanan, moga tidak ada lagi kerunsingan...
Selamat bersara Tuan Haji dan kekal serta berterusan berbahagia di dunia dan akhirat.."
Sejak daripada tarikh melapor diri pada 16 Jan 2009, saya hanya berkhidmat di bawah pentadbiran beliau; Mejar Kehormat Tuan Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim dan Timbalan Pengarah Akademik pada waktu itu adalah Ir. Chan Chee Meng ( seorang lelaki yang sangat murah dengan senyuman dan jujurnya sangat mesra. Beliau telah berpindah ke politeknik lain dan dimaklumkan telah berpencen.)
Pelbagai perisa tercipta selama beliau menerajui kepimpinan Politeknik Port Dickson dan biar saja kenangan itu menjadi pengalaman yang mampu membentuk pemikiran dan tindakan diri saya yang lebih matang.
Belon berwarna ungu yang meliut-lentok di pupuk angin dari kipas. |
Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson dihias cantik umpama majlis meraikan mempelai, namun yang tiba seorang pahlawan Melayu segak berbaju Melayu, bertanjak, bersampin dan keris tersisip rapi.
Di bawa ke dewan dengan kereta kuda, satu sejarah tercipta, dan itulah tanda kasih dan sayang para kakitangan yang berat hatinya untuk melepaskannya pergi, tetapi harus demi bermulanya lembaran baru hidup seorang anak, suami, bapa dan cucu.
Petang itu merupakan detik yang paling memalukan bagi kami warga JMSK kerana mendapat maklumat yang salah.
Perkhabaran yang menyatakan bahawa majlis bermula jam 3.00 petang telah menjadikan kami di antara insan-insan yang terakhir tiba.
Sungguh memalukan apabila di saat kaki melangkah ke dalam dewan, alunan lagu kebangsaan sedang dimainkan.
Maka kesimpulannya di sini adalah, ini hanyalah sebahagian daripada pasukan kami.
Ruangan Dewan Wawasan yang sungguh indah dihias dan disusun mejanya.
Juadah yang dihidang ada yang disediakan secara "Pot Luck" dari setiap jabatan-jabatan yang wujud di Politeknik Port Dickson dan juga tajaan daripada pengurusan.
Terkenang zaman dulu-dulu.
Telur rebus.
Mejar Kehormat Tuan Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim.
"Moga apa jua yang dilakukan, apa jua yang direncanakan, apa jua lembaran hidup yang ingin dicipta, saya insan yang kerdil hanya mendoakan dari jauh, semuanya berjalan dengan lancar dan tercapai....
Moga hidup makin baik dan bertambah ceria, moga setiap pelosok dunia dapat ditawan dan dijejak, moga kesihatan kekal bagus dan bertambah mantap...
Moga tidak ada lagi tekanan, moga tidak ada lagi kerunsingan...
Selamat bersara Tuan Haji dan kekal serta berterusan berbahagia di dunia dan akhirat.."
Friday, 24 March 2017
Gunung Rembau (aka Gunung Datuk) - 5 Okt 2016
Pelawaan di saat-saat terakhir untuk mengiringi para pelajar mendaki Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan tidak mungkin dilepaskan begitu sahaja. Tambahan pula, aku sendiri tidak pernah berkunjung di sini apatah mendaki gunung ini yang menjadi salah satu gunung antara 3 buah gunung yang terdapat di Negeri Sembilan dan popular untuk aktiviti mendaki.
Gunung Angsi mempunyai 3 laluan pendakian manakala Gunung Datuk hanya mempunyai satu laluan pendakian. Lagi satu gunung yang menjadi sebutan itu, terlupa pula. Tidak mengapalah, aku pasti ramai saja yang membaca artikel ini, mengetahui gunung itu.
Aku bertolak dari rumahku di Cheng, Melaka. Dengan keyakinan yang tinggi aku menggunakan Google Maps sebagai teman penunjuk arah, tertera di situ jangkaan perjalanan lebih kurang 45 minit.
Memang elok-elok saja aku peruntukkkan masa untuk aku sampai sebelum jam 9 pagi.
Sekali, aku sesat. Aku sesat bukan disebabkan oleh Google Maps yang silap berikan arah, tetapi sebab aku tidak yakin, dengan lokasi yang dimaksudkan. Bayangkan, aku telah sampai ke kaki Gunung Datuk itu, tetapi lantaran aku berasa was-was yang sangat menebal, aku memilih untuk berpatah balik dan menuju ke lokasi yang entah, aku pun tidak pasti.
Waktu itu aku berseorangan, bila aku berasa lain macam, aku pun menahan seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui kawasan itu dan dia mengesahkan bahawa aku telah SESAT; tersasar agak jauh dari tempat tujuanku.
Untung apabila aku menghubungi Naqoe (rakan pensyarah pengiring dari Politeknik Port Dickson), dia menyatakan bahawa mereka baru tiba, dan bas memang dipandu ke kawasan kaki Gunung.
Aku pun dengan cemasnya mendaki jalan berturap yang tidak pasti berapakah jaraknya dengan gear 3 dan adakalanya gear 2.
Rupanya, di titik aku berpatah balik dengan pintu masuk utama Hutan Lipur Gunung Datuk hanyalah beberapa ratus meter. Kalaulah ada ikon menangis di blog ini, pasti aku akan menggunakannya. Tidak tahulah apa nak kata, kelakar atau pun satu kebodohan. huhuhu..
*****************************************************
Kelihatan adalah laluan air yang mana sekarang tiada aliran airnya kerana musim panas yang melanda setelah sekian lama.
Di kawasan lubuk (menurut pandangan mataku), sedikit becak lantaran akir yang terkepung dan tidak kering sepenuhnya.
Ini merupakan hal biasa di sini. Jika musim hujan dapatlah bermain air yang mengalir, tetapi menurutku, itu lebih disukai oleh warga tempatan berbanding pengunjung luar yang mana cita-citanya adalah puncak gunung.
Melalui celahan batu menandakan bermulanya laluan pendakian kami.
Bermula sedikit bergaya dengan laluan yang masih mendatar namun itu hanyalah seketika.
Waktu itu aku tidak jelas, mengapakah dikatakan mendaki GunungDatuk dikatakan lebih mencabar daripada mendaki Gunung Angsi.
Gunung Datuk tidak ada laluan yang mana aku boleh katakan sebagai "fasa menghangatkan badan", di mana selepas beberapa ratus meter sahaja melepasi anak sungai yang kering itu, cabaran terus bermula.
Laluannya agak mencanak daripada permulaan dan kian mencabar apabila menghampiri puncak.
Biar sahaja gambar-gambar ini yang berbicara.
Ini yang aku paling tidak suka...
Kita mendaki untuk menikmati ciptaan Yang Esa dan melihat setiap flora dan faunanya. Justeru, silalah berhati-hati setiap kali melangkah. Kita yang menceroboh habitat meeka, bukan mereka yang menceroboh habitat kita sehingga sewenang-wenang mereka terpaksa menanggung azab daripada kecuaian perbuatan kita.
Cabaran memasuki aras kesukaran yang berikutnya. Batu-batu pelbagai saiz mengiringi pendakian.
Pandai-pandailah mengaturkan langkah supaya bekalan tenaga tidak habis sebelum meraih puncak.
Pokok apa ini?
Kena berguru ilmu alam aku ini.
Pandangan dari atas.
Para pelajar mulai pancit.
Akar-akar pokok mencengkan bongkah-bongkah batu yang menjadi cabaran terbesar pendakian.
Pokok lagi..
Tapi tetap juga aku tidak tahu namanya.
Tangga-tangga alam yang terbentuk daripada cengkaman akar pada permukaan tanah dan menghalang air daripada membawa tanah pergi sewaktu hujan lebat.
Sekarang adakah kalian mengerti betapa pentingnya kewujudan pokok-pokok untuk mengelakkan bencana alam seperti tanah runtuh?
Aku sukakan permandangan ini.
Lihatlah jalinan akar yang berselirat ini.
Langkah aku pun memasuki fasa santai. Bukan apa, para pelajar kecuali seorang sahaja semuanya berada di belakang.
Satu hal yang perlu difahami dengan jelas jika kalian mendaki; "jangan pernah berhenti rehat terlalu lama, jika tidak anda akan kehilangan tenaga dan mengambil masa yang terlalu lama."
Mengenangkan faktor itu, aku tinggalkan saja mereka. Terkedek-kedeklah aku menuju puncak. Jika penat, aku berhenti seketika sahaja, kira-kira 30 saat, itu terlalu memadai.
Rombongan semut hitam...
Jenis semua hitam yang seringkali ditemui di kawasan semak atau hutan. Seringkali jika aku terserempak dengan semut ini, aku akan melangkah dengan baik.
Bukan apa semut ini langsung tidak membahayakan makhluk lain. Ia hanya dengan rutin, meskipun mati terpijak di laluannya tetap juga itu yang dilaluinya.
Lihatlah, ianya terlalu mencanak.
Aku hampir pancit di sini. Terasa bagaikan tapak kaki ini ku seret-seretkan sahaja agar tiba ke puncaknya.
Aku tidak pasti di mana yanglain. Suasana sepi sahaja dengan sesekali bunyi unggas rimba menyapa.
Seram pun ada juga, ada masanya terlintas di fikiran adakah aku sesat. Itulah akibatnya jika tidak menunggu ahli kumpulan, tetapi menunggu bererti aku juga akan kelelahan seperti mereka.
Justeru, aku hanya menuruti denai itu. Lagi pula aku telah dimaklumkan bahawa, hanya ada satu laluan menuju puncak. Jadi, selagi aku berada di denai ini, aku pasti tidak akan sesat, dengan izin-Nya.
Puncak Gunung Datuk tersembunyi di sebalik batu besar ini dan akhirnya aku tawan dengan hampir kesemua tenaga aku laburkan.
Sunyi dan sepi sekali.
Tidak mengapalah lantaran aku juga keletihan, bolehlah berjalan santai-santai sambil menyeret kakiku ini.
Permandangan di sekitar tapak perkhemahan.
Camp side.
Tidak digalakkan untuk menereka secara berlebihan kawasan di sekitar tapak perkhemahan ini, terutamanya jika denai-denai yang ada itu seperti denai mati (pinjam konsep penamaan jalan mati)
Kebiasaannya itu adalah, tandas-tandas awam yang diwujudkan oleh pendaki bila perlu untuk memenuhi hajat mereka.
Terlupa pula aku nak mengira bilangan anak tangga ini. Jangan risau meskipun tangga-tangga ini bersambungan di antara satu sama lain tetapi ianya diikat dengan baik dan kukuh.
Aku tengok saja dulu sebab masih kelelahan, bagi kakiku rehat dulu secukupnya sebelum mendaki tangga-tangga besi ini.
Bagi yang gayat, aku sarankan tidak payahlah kalian mendaki tangga ini. Bukannya apa, huru-hara bakal dicetus kalian.
Lagi satu aku nak pesan, hutan belantara ini ada penghuninya, jangan pula kalian macam orang yang hilang kesantunan terpekik terlolong lantaran keterujaan.
Itu memang pesanan turun temurun keluarga aku.
Kalian nak kata aku ini ketinggalan zaman ke, otak sempit ke, aku tidak kisah. Yang penting, hal keamanan sejagat aku pegang dan aku amalkan.
Rehat-rehat dan santai-santai di tapak perkhemahan.
Tangga menuju puncak batu.
Untung tangga-tangga ini baru diselenggara beberapa hari sebelumnya sempena aktiviti mendaki secara besar-besaran yang bakal diadakan pada 8 okt 2016.
Aku bersedia sepenuhnya untuk menuju puncak gunung. Puncak Gunung Datuk harus menajdi salah satu yang mesti aku tawan.
Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Permandangan dari puncak gunung, dari setiap sisi penjuru.
Aku nasihatkan juga kalian kalau mendaki itu utamakan keselamatan diri lebih daripada sifat penakut kalian.
Teringat aku pada satu rombongan yang nak turun tangga untuk ke tapak perkhemahan sekali di sapa oleh tupai. Terjerit-jerit dan mengelak-elakkan tupai itu.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah yang tupai menggigit orang apatah menyerang orang. Tenang saja. Aku yang duduk kat puncak batu ini pula yang naik risau, bukan apa, takut kalian tersilap langkah.
Dalam hati kecil asyik berdoa agar kalian semuanya selamat. Itu belum lagi dicampur dengan ketakutan nak menuruni tangga-tangga itu. Waktu naik, agaknya beraya dipujuk oleh rakan-rakan. Waktu nak turun mulalah, maklumlah tangga-tangga besi memang akan bergoyang.
Imbangilah dia sewaktu memijak.
Pelajar ini sebenarnya gayat untuk berada di tempat tinggi. Namun, aku kagum dengannya yang berusaha menentang perasaannya.
Rugi juga jika telah sampai ke sini tetapi ada ruang-ruang tertentu tidak dilewati.
Ruang di antara celahan batu. Awas..
Ini hasil berani mati aku. Aku tidak ada drone, jadi semuanya menggunakan tanganku yang panjang. Hahahaha
Lama juga berada di atas batu-batu puncak gunung ini. Matahari pula menyinar keras.
Untuk menguasai kesemua batuan di puncak, ada 3 kedudukan tangga mesti dikuasai.
Ketinggiannya pelbagai, ada yang sedikit mendatar, ada yang tersangat menegak.
Gambar ini menunjukkan tangga ke batuan tertinggi. Tepuk dada tanya hati, berani atau tidak untuk menguasai.
Ngeri tak ikatan tangga itu? Pasal itu ramai yang terjerit-jerit bila nak turun.
Kami bertiga memilih untuk turun ke tapak perkhemahan sambil menunggu ketibaan ahli pendakian yang lain.
Redup pun redup.
Sekarang aku kembali ke campside. Biarlah para pelajar yang lewat tiba ke puncak menikmati saat-saat mereka di puncak batu Gunung Datuk itu.
Panas terik membakar kulit.
Kalau aku kecil-kecil dulu, arwah ayah aku ajar aku, katanya ini pokok berangan babi.
Jangan nak ubah nama pula. Kalau dah namanya babi, maka guna saja babi, jangan nak khinzir pula.
Pokok yang ini aku tidak tahu.
Sehingga sekarang aku masih tidak pasti, adakah ianya berfungsi atau tidak.
Pokok menjalar ini memenuhi permukaan batu yang tegak. Sedikit kekeringan lantaran musim sekarang yang sangat panas.
Bila semua sudah tiba, dan memenuhi setiap keinginan masing-masing, kami bergerak turun.
Memang menjadi kebiasaan aku untuk menjadi orang terakhir turun, "sweeper" yang tidka perlu dilantik.
Bukan apa, inilah satu-satunya cara untuk aku memastikan semuanya turun dan tidak tertinggal. Semetelah pendakian ini berkumpulan, dan pesertanya juga agak ramai.
Tidak kisah untuk menjadi yang tercorot tiba di titik permulaan asalkan semuanya tiba dan selamat. Apalah ertinya tiba awal tetapi kesudahan pelbagai. Puas hati aku dapat menunjuk-cara kepada pelajar perempuan yang kehabisan tenaga untuk menggunakan sisa-sisa tenaganya dengan baik.
Terima kasih pada pengalaman yang ku ciptakan di Gunung Angsi. Untuk mengelakkan sakit lutut; elakkan turun dengan menghentak kaki keterlaluan. Berjalanlah dengan sebaiknya dengan menyalurkan penggunaan tenaga ke seluruh tubuh. Jangan biarkan hanya kaki yang menanggungnya.
Untuk mengelakkan deman urat; Elakkan mengambil minuman berais.
Demam urat ini biasanya melanda sehari kemudian dan akan kian terk bergantung kepada keadaan fizikal dan apa yang kita makan selepas aktiviti perdakian.
Sukar untuk menemui pokok yang berbanir sebesar ini sekarang.
Bahkan, ramai generasi baru tidk mengenali apa itu banir.
Sehingga di sini sahaja, sehingga berjumpa lagi untuk perkongsian lain.
Terima kasih kerana sudi melayaninya.
Gunung Angsi mempunyai 3 laluan pendakian manakala Gunung Datuk hanya mempunyai satu laluan pendakian. Lagi satu gunung yang menjadi sebutan itu, terlupa pula. Tidak mengapalah, aku pasti ramai saja yang membaca artikel ini, mengetahui gunung itu.
Memang elok-elok saja aku peruntukkkan masa untuk aku sampai sebelum jam 9 pagi.
Sekali, aku sesat. Aku sesat bukan disebabkan oleh Google Maps yang silap berikan arah, tetapi sebab aku tidak yakin, dengan lokasi yang dimaksudkan. Bayangkan, aku telah sampai ke kaki Gunung Datuk itu, tetapi lantaran aku berasa was-was yang sangat menebal, aku memilih untuk berpatah balik dan menuju ke lokasi yang entah, aku pun tidak pasti.
Waktu itu aku berseorangan, bila aku berasa lain macam, aku pun menahan seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui kawasan itu dan dia mengesahkan bahawa aku telah SESAT; tersasar agak jauh dari tempat tujuanku.
Aku pun dengan cemasnya mendaki jalan berturap yang tidak pasti berapakah jaraknya dengan gear 3 dan adakalanya gear 2.
Rupanya, di titik aku berpatah balik dengan pintu masuk utama Hutan Lipur Gunung Datuk hanyalah beberapa ratus meter. Kalaulah ada ikon menangis di blog ini, pasti aku akan menggunakannya. Tidak tahulah apa nak kata, kelakar atau pun satu kebodohan. huhuhu..
*****************************************************
Di kawasan lubuk (menurut pandangan mataku), sedikit becak lantaran akir yang terkepung dan tidak kering sepenuhnya.
Ini merupakan hal biasa di sini. Jika musim hujan dapatlah bermain air yang mengalir, tetapi menurutku, itu lebih disukai oleh warga tempatan berbanding pengunjung luar yang mana cita-citanya adalah puncak gunung.
Bermula sedikit bergaya dengan laluan yang masih mendatar namun itu hanyalah seketika.
Waktu itu aku tidak jelas, mengapakah dikatakan mendaki GunungDatuk dikatakan lebih mencabar daripada mendaki Gunung Angsi.
Laluannya agak mencanak daripada permulaan dan kian mencabar apabila menghampiri puncak.
Biar sahaja gambar-gambar ini yang berbicara.
Kita mendaki untuk menikmati ciptaan Yang Esa dan melihat setiap flora dan faunanya. Justeru, silalah berhati-hati setiap kali melangkah. Kita yang menceroboh habitat meeka, bukan mereka yang menceroboh habitat kita sehingga sewenang-wenang mereka terpaksa menanggung azab daripada kecuaian perbuatan kita.
Pandai-pandailah mengaturkan langkah supaya bekalan tenaga tidak habis sebelum meraih puncak.
Kena berguru ilmu alam aku ini.
Para pelajar mulai pancit.
Tapi tetap juga aku tidak tahu namanya.
Sekarang adakah kalian mengerti betapa pentingnya kewujudan pokok-pokok untuk mengelakkan bencana alam seperti tanah runtuh?
Langkah aku pun memasuki fasa santai. Bukan apa, para pelajar kecuali seorang sahaja semuanya berada di belakang.
Satu hal yang perlu difahami dengan jelas jika kalian mendaki; "jangan pernah berhenti rehat terlalu lama, jika tidak anda akan kehilangan tenaga dan mengambil masa yang terlalu lama."
Mengenangkan faktor itu, aku tinggalkan saja mereka. Terkedek-kedeklah aku menuju puncak. Jika penat, aku berhenti seketika sahaja, kira-kira 30 saat, itu terlalu memadai.
Jenis semua hitam yang seringkali ditemui di kawasan semak atau hutan. Seringkali jika aku terserempak dengan semut ini, aku akan melangkah dengan baik.
Bukan apa semut ini langsung tidak membahayakan makhluk lain. Ia hanya dengan rutin, meskipun mati terpijak di laluannya tetap juga itu yang dilaluinya.
Aku hampir pancit di sini. Terasa bagaikan tapak kaki ini ku seret-seretkan sahaja agar tiba ke puncaknya.
Aku tidak pasti di mana yanglain. Suasana sepi sahaja dengan sesekali bunyi unggas rimba menyapa.
Seram pun ada juga, ada masanya terlintas di fikiran adakah aku sesat. Itulah akibatnya jika tidak menunggu ahli kumpulan, tetapi menunggu bererti aku juga akan kelelahan seperti mereka.
Justeru, aku hanya menuruti denai itu. Lagi pula aku telah dimaklumkan bahawa, hanya ada satu laluan menuju puncak. Jadi, selagi aku berada di denai ini, aku pasti tidak akan sesat, dengan izin-Nya.
Sunyi dan sepi sekali.
Tidak mengapalah lantaran aku juga keletihan, bolehlah berjalan santai-santai sambil menyeret kakiku ini.
Tidak digalakkan untuk menereka secara berlebihan kawasan di sekitar tapak perkhemahan ini, terutamanya jika denai-denai yang ada itu seperti denai mati (pinjam konsep penamaan jalan mati)
Kebiasaannya itu adalah, tandas-tandas awam yang diwujudkan oleh pendaki bila perlu untuk memenuhi hajat mereka.
Aku tengok saja dulu sebab masih kelelahan, bagi kakiku rehat dulu secukupnya sebelum mendaki tangga-tangga besi ini.
Bagi yang gayat, aku sarankan tidak payahlah kalian mendaki tangga ini. Bukannya apa, huru-hara bakal dicetus kalian.
Lagi satu aku nak pesan, hutan belantara ini ada penghuninya, jangan pula kalian macam orang yang hilang kesantunan terpekik terlolong lantaran keterujaan.
Itu memang pesanan turun temurun keluarga aku.
Kalian nak kata aku ini ketinggalan zaman ke, otak sempit ke, aku tidak kisah. Yang penting, hal keamanan sejagat aku pegang dan aku amalkan.
Untung tangga-tangga ini baru diselenggara beberapa hari sebelumnya sempena aktiviti mendaki secara besar-besaran yang bakal diadakan pada 8 okt 2016.
Aku bersedia sepenuhnya untuk menuju puncak gunung. Puncak Gunung Datuk harus menajdi salah satu yang mesti aku tawan.
Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Teringat aku pada satu rombongan yang nak turun tangga untuk ke tapak perkhemahan sekali di sapa oleh tupai. Terjerit-jerit dan mengelak-elakkan tupai itu.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah yang tupai menggigit orang apatah menyerang orang. Tenang saja. Aku yang duduk kat puncak batu ini pula yang naik risau, bukan apa, takut kalian tersilap langkah.
Dalam hati kecil asyik berdoa agar kalian semuanya selamat. Itu belum lagi dicampur dengan ketakutan nak menuruni tangga-tangga itu. Waktu naik, agaknya beraya dipujuk oleh rakan-rakan. Waktu nak turun mulalah, maklumlah tangga-tangga besi memang akan bergoyang.
Imbangilah dia sewaktu memijak.
Rugi juga jika telah sampai ke sini tetapi ada ruang-ruang tertentu tidak dilewati.
Ketinggiannya pelbagai, ada yang sedikit mendatar, ada yang tersangat menegak.
Gambar ini menunjukkan tangga ke batuan tertinggi. Tepuk dada tanya hati, berani atau tidak untuk menguasai.
Kami bertiga memilih untuk turun ke tapak perkhemahan sambil menunggu ketibaan ahli pendakian yang lain.
Redup pun redup.
Panas terik membakar kulit.
Jangan nak ubah nama pula. Kalau dah namanya babi, maka guna saja babi, jangan nak khinzir pula.
Memang menjadi kebiasaan aku untuk menjadi orang terakhir turun, "sweeper" yang tidka perlu dilantik.
Bukan apa, inilah satu-satunya cara untuk aku memastikan semuanya turun dan tidak tertinggal. Semetelah pendakian ini berkumpulan, dan pesertanya juga agak ramai.
Tidak kisah untuk menjadi yang tercorot tiba di titik permulaan asalkan semuanya tiba dan selamat. Apalah ertinya tiba awal tetapi kesudahan pelbagai. Puas hati aku dapat menunjuk-cara kepada pelajar perempuan yang kehabisan tenaga untuk menggunakan sisa-sisa tenaganya dengan baik.
Terima kasih pada pengalaman yang ku ciptakan di Gunung Angsi. Untuk mengelakkan sakit lutut; elakkan turun dengan menghentak kaki keterlaluan. Berjalanlah dengan sebaiknya dengan menyalurkan penggunaan tenaga ke seluruh tubuh. Jangan biarkan hanya kaki yang menanggungnya.
Untuk mengelakkan deman urat; Elakkan mengambil minuman berais.
Demam urat ini biasanya melanda sehari kemudian dan akan kian terk bergantung kepada keadaan fizikal dan apa yang kita makan selepas aktiviti perdakian.
Bahkan, ramai generasi baru tidk mengenali apa itu banir.
Terima kasih kerana sudi melayaninya.
Labels:
Gunung Datuk,
Gunung Rembau,
Hiking
Subscribe to:
Posts (Atom)