Friday, 17 March 2017

Teambuilding JMSK - 21 Nov 2016

Setelah sekian lama menumpukan sepenuh perhatian buat generasi baru pelapis negara, maka tibalah saatnya kami warga Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik Port Dickson, menyuntik aura-aura positif dan menyingkirkan aura-aura negatif sepanjang setahun berterusan memerah otak dan menggembeling minda untuk anak bangsa.

Uppppssss, jangan disalah-erti petikan saya. Sebagai manusia, kita sentiasa perlukan aura positif. Penat bekerja maka kita perlukan percutian. Itulah warna-warna serta rencah-rencah kehidupan.

Rentetan ini, pihak HUSHIM MOTIVATIONAL & COUNCELLING CONSULTANCY (Perunding Motivasi & Kaunseling) telah menjadi tumpuan Unit Latihan JMSK, untuk menjadi jurukemudi Teambuilding JMSK 2017.

Walaupun hanya sehari, bersejuk di dalam bilik berhawa dingin dan ada tikanya berpanas di bawah terik mentari namun kerjasama erat di antara staff JMSK amat jelas kelihatan. Semua yang terlibat ternyata memberikan kerjasama yang sangat-sangat erat.

Menunjukkan bahawa kami sebagai satu keluarga JMSK yang sangat mantap dan penuh kemesraan.
SESI PAGI (PERTAMA) -  "BREAK  - THE ICE (EXCELLENT GROUPING)"

Permulaan teambuilding kami adalah dengan aktiviti BREAK THE ICE (EXCELLENT GROUPING)  dalam bilik berhawa dingin, di mana slot pagi ini diacarakan sepenuhnya oleh Encik Mohd Fauzan dan Encik Suhaizan.

Di sinilah satu istilah baru yakni EXIM saya kenali;
E - Efficiency, X - Excelent, I - innovation dan M- Mutual Respect.


EFFEKTIF

VERBAL vs NON VERBAL manakah yang lebih berkesan?

Verbal - merujuk kepada lisan

Non verbal - merujuk kepada bahasa tubuh (Body language)

Sila jawab sendiri ya. Semua tahu jawapannya. Boleh bermonolog jika mahu.

Permulaan aktiviti kami adalah kami dikehendaki membentuk kumpulan baru. Biasalah, rutin manusia bila duduk di dalam kumpulan kebiasaanya duduk sekali dengan mereka yang paling akrab, namun ada juga yang jenis tidak kisah, janji boleh duduk sahaja.

Setelah selesai membentuk kumpulan, maka kami dipisahkan ke kumpulan yang baru. Tidak terasa asing sangat sebab sememangnya kami dari satu ukhwah yang teguh.

Selepas itu setiap orang diberikan satu kertas di mana dikehendaki melukis apa yang diminta oleh Encik Fauzan, penceramah kami yang muda belia.

Ini adalah lukisan saya, jadi insan terpilih di mana saya terpaksa melukis di papan putih berbanding kawan-kawan saya yang lain yang hanya melukis di kertas putih bersaiz A4.

Apa yang kami diminta lukis adalah :-

1. Rumah
2. Pokok Kelapa
3. Bukit
4. Matahari
5. Jalan
6. Ibu ayam
7. Anak ayam
8. Parang
9. Bakul buah-buahan
10. Ular

Jika anda berhajat nak melukisnya, boleh lukis dahulu, di bawah saya kongsikan apakah tafsiran setiap lukisan tersebut. 

Tentang lukisan saya abaikan sahaja, dah namanya melukis di papan putih takkan nak melukis sebesar saiz semut. Memang sangat tak masuk akal, bukankah?

 Penerangannya....

1. Rumah - mencerminkan gaya hidup. Jika rumahnya sederhana seperti rumah kampung, rumah teres, rumah batu yang ringkas-ringkas, itu menunjukkan bahawa anda seorang yang sederhana. Tetapi jika anda melukis rumah-rumah yang termasuk dalam kategori mewah, ini bermaksud, gaya hidup anda juga sedemikian. Tepuk dada tanyalah diri sendiri.

2. Pokok Kelapa - Tempat anda mencari rezeki. Jika jaraknya dengan rumah sangat dekat, itu menunjukkan bahawa tempat anda mencari rezeki sangat dekat dengan tempat anda menetap. Jika pokoknya dilukis di belakang rumah, maka tempat kerjanya ternyata sangat dekat dengan rumah.

3. Bukit - merujuk kepada impian dan cita-cita. Jika hanya terdapat satu bukit bermaksud hanya satu impian yang ingin dicapai, jika banyak puncaknya, maka banyaklah impiannya. 

Satu bukit juga menunjukkan keteguhan pendirian.


4. Matahari - menunjukkan anda samada seorang EXTROVERT atau INTROVERT. 

Jika matahari anda terlindung; anda seorang introvert.

Jika matahari anda bulat bersinar; anda seorang extrovert.


5. Jalan - Jika jalan yang anda lukis mempunyai simpang ke rumah, maka anda merupakan seorang yang sentiasa ingatkan rumah. Jenis homesick ini.

Tetapi jika jalan anda tidak ada simpang ke rumah, ini menunjukkan anda seorang yang suka melancong.

Namun awas ya bagi lelaki jika lukisan mempunyai banyak simpang ataupun ada "round-about".... 


6. Ibu ayam dan anak-anaknya - menunjukkan anda samada seorang AUTOCRATIC, DEMOCRATIC atau LEISURE FARE.

AUTOCRATIC - kuku besi - anak ayam dilukis berada di belakang ibu ayam.

DEMOCRATIC - bertolak-ansur - anak ayam dilukis disekeliling ibu ayam.

LEISURE FARE - bebas - anak ayam dilukis di depan ibu ayam.


7. Parang - bergantung kepada saiz dan kedudukannya

Saiz menentukan samada anda seorang yang baran atau tidak. Jika besar parangnya, maka besarlah barannya, begitulah sebaliknya.

Kedudukkannya, jika dipacak di atas tanah, tertacak di pokok, atau diletakkan di dalam rumah; ia menunjukkan baran anda boleh dikawal. Kalau lepas bebas macam lukisan saya itu, maknanya sukar dikawallah tetapi saya bukanlah seorang yang tersangat baran.


8. Bakul buah-buahan - menunjukkan anda seorang yang pemurah atau sebaliknya.

Jika penuh bakulnya, maka anda seorang yang pemurah, jika sebaliknya, makanya.... sila kenali diri sendiri.


9. Ular - saiz menentukan nafsu anda (kehendak seksual). 

Kedudukkannya - jika pandang ke rumah; maka jodohnya dekat-dekat rumah, jika memandang pokok kelapa maka jodohnya dari tempat kerja.

Apa-apa pun bagi saya tidak perlulah dipercayai, anggaplah segala-galanya kebetulan jika ianya bertepatan dengan diri anda.

Sesi yang ini saya paling seronok... Sesi urutan percuma.

Berhati-hati ya, percuma, percuma juga...jangan tersalah jantina pula.
Score board telah tersedia.

Ayuh berjuang...
Lihatlah, betapa kenikmatan dirasai.

Bukanhanya yang depan dapat merasai kenikmatan ini, tetapi yang belakang apabila sesi berpusing ke belakang untuk aktiviti yang sama. Tapi yang paling untung adalah mereka yang berada di tengah-tengah. Hmmm, faham-fahamlahya.
Bertungkus-lumus untuk mendapatkan jawapan. 

Kerja berkumpulan.

Hehehehe, macam-macam ragam dan aksi dapat dilihat.
Ibu mengandung yang adakalanya terlupa diri. 


Teori Tingkap Joe dan Harry.

Sila lihat dan analisa sendirilah ya.


SESI TENGAHARI (KEDUA)  - DO IT TOGETHER

Baiklah, kami semua dikehendaki melangkah keluar dan berkumpul di kawasan lapang di halaman Rumah Warisan Hajah Kundur untuk sesi kerja berkumpulan.

Kami dikehendaki menegakkan 8 batang paip yang mana satu panjangnya lebih kurang 1 meter menggunakan tali rafia sahaja.

Memang sangat-sangat mencabar lantaran matahari sangat terik, jam pula telah menunjukkan jam 11 lebih. Tetapi, apabila ada misi yang ingin dijayakan, terik mentari bukan lagi menjadi perihal utama yang ingin dihadapi tetapi bagaimanakah ingin menegakkan 8 batang paip PVC itu. 

Kekuatan kami hanya sekitar 20 orang lebih.


Ini memang tidak adil..... 

Tapi itu rutin seorang fasilitator, memberikan arahan dan memantau dari jauh. 

Hanya beliau seorang sahaja yang berpeluang menikmati keredupan di tangga Rumah Warisan Hajah Kundur.
Ini cubaan kami.... hasilnya kami berjaya menyambung 8 paip pvc tetapi kami gagal menegakkannya.

Dalam proses menegakkannya, sambungan itu terputus, bahasa mudahnya tercabut sambungannya.
Akhirnya setelah pelbagai idea kreatif dicuba, dan gagal, idea bernas Encik Fauzan juga yang dilaksanakan tetapi tetap kami gagal menegakkan semua 8 batang paip pvc itu.
Kemuncak kejayaan kami adalah dengan menegakkan 6 paip pvc, dengan kekuatan fizikal kami dan bilangan kami, kejayaan kami sewajarnya diraikan kerana menurut Encik Fauzan bilangan yang terlibat turut memainkan peranan untuk menegakkan kesemuanya.
Selesai berjemur, sekarang sesi berteduh seketika.

Keringkan peluh-peluh yang tadinya rancak menitis dan tidak sempat diseka.
SESI (KETIGA) PETANG -CERAMAH KESEIMBANGAN ANTARA KERJAYA DAN KELUARGA.

Tidak banyak catitan saya untuk sesi petang lantaran kami dibekalkan dengan nota bercetak. Hanya yang ingin saya kongsikan di sini adalah nota-nota tambahan yang menurut saya penting bagi diri saya.

Sesi petang ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Cr. Haji hushim Haji Salleh, anak jati Terengganu Darul Iman.

Antara perkongsian beliau adalah, pada usia 60 tahun dan ke atas, lumrahnya manusia akan mengalami kelesuan (keletihan) daripada 4 sudut yang berbeza yakni (1) Mental, (2) Emosi, (3) Wang dan (4) Fizikal.


Menurut beliau, punca utama masalah Autisme adalah pendedahan gadget pada usia yang sangat-sangat muda.

Pendedahan di sini merujuk kepada penggunaan gadget pada kanak-kanak.

Justeru, beliau menyarankan dengan tegas, "NO GADGET FOR KIDS."

Justeru ibu-bapa sekalian, tanganilah emosi dan perangai anak-anak kalian dengan kesabaran dan motivasi yang sangat-sangat tinggi ya.


"Terapi Fizikal"

Untuk mententeramkan emosi.


Menurut beliau, berdasarkan surah Al-Mu'minum; untuk berjaya di dunia dan akhirat, tiga perkara harus dijaga dan dilaksanakan iaitu:-
1. Solat yang khusyu'
2. Bayar zakat
3. Perbuatan baik.

Tambah beliau lagi, jangan pernah sesekali terlibat dengan dadah ( atau sebarang aktiviti negatif). Bahkan beliau menegaskan bahawa anak-anak di usia 1 hingga 12 tahun meski berada dengan keluarga. Begitu juga mereka yang berusia 13 sehingga 15 tahun - di mana seringkali kita lihat di usia ini, ramai anak-anak yang mula memasuki sekolah berasrama penuh jika percapaian UPSR mereka cemerlang dan melayakkan.

Amalan ibu-ibu mengandung beragama Yahudi untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang otaknya adalah:-
1. Membuat latihan matematik sepanjang masa kehamilan dan sehinggalah seterusnya.
2. Memakan badam.
3. Mengamalkan campuran kurma dan susu.
4. Makan ikan.
5. Bermain muzik. (Untuk sesuaikan dengan agama kita, maka kita gantikan dengan Al-Quran)

Beliau menekankan bahawa ada 5 hal yang sangat sukar untuk pulih, di sini saya senaraikan mengikut turutan kesukaan:-
1. Ketagihan Dadah
2. Liwat
3. Ketagihan Arak
4. Ketagihan Judi
5. Ketagihan Seks.


Masa sangat mencemburui. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan tetapi masa tetap dengan ritmanya.

Sesi petang ditamatkan dengan penyampaian cederamata oleh Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer; Encik Zainal B Ab Rahman kepada Encik Hj Hushim Hj Salleh selaku Pengarah Urusan Hushim Motivational And Counselling.
Dengan terakam gambar ini maka berakhirlah hari kami dengan pelbagai perasaan yang mungkin mampu digambarkan atau sebaliknya, pelbagai pengalaman yang mungkin menajdi detik manis kehidupan atau sekadar salah satu episod yang ingin segera dilupakan.

Apa pun jua, Sesi December 2016 bakal menjelma. Mulailah dengan semangat yang positif.

No comments:

Post a Comment