Gunung Angsi mempunyai 3 laluan pendakian manakala Gunung Datuk hanya mempunyai satu laluan pendakian. Lagi satu gunung yang menjadi sebutan itu, terlupa pula. Tidak mengapalah, aku pasti ramai saja yang membaca artikel ini, mengetahui gunung itu.
Memang elok-elok saja aku peruntukkkan masa untuk aku sampai sebelum jam 9 pagi.
Sekali, aku sesat. Aku sesat bukan disebabkan oleh Google Maps yang silap berikan arah, tetapi sebab aku tidak yakin, dengan lokasi yang dimaksudkan. Bayangkan, aku telah sampai ke kaki Gunung Datuk itu, tetapi lantaran aku berasa was-was yang sangat menebal, aku memilih untuk berpatah balik dan menuju ke lokasi yang entah, aku pun tidak pasti.
Waktu itu aku berseorangan, bila aku berasa lain macam, aku pun menahan seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui kawasan itu dan dia mengesahkan bahawa aku telah SESAT; tersasar agak jauh dari tempat tujuanku.
Aku pun dengan cemasnya mendaki jalan berturap yang tidak pasti berapakah jaraknya dengan gear 3 dan adakalanya gear 2.
Rupanya, di titik aku berpatah balik dengan pintu masuk utama Hutan Lipur Gunung Datuk hanyalah beberapa ratus meter. Kalaulah ada ikon menangis di blog ini, pasti aku akan menggunakannya. Tidak tahulah apa nak kata, kelakar atau pun satu kebodohan. huhuhu..
*****************************************************
Di kawasan lubuk (menurut pandangan mataku), sedikit becak lantaran akir yang terkepung dan tidak kering sepenuhnya.
Ini merupakan hal biasa di sini. Jika musim hujan dapatlah bermain air yang mengalir, tetapi menurutku, itu lebih disukai oleh warga tempatan berbanding pengunjung luar yang mana cita-citanya adalah puncak gunung.
Bermula sedikit bergaya dengan laluan yang masih mendatar namun itu hanyalah seketika.
Waktu itu aku tidak jelas, mengapakah dikatakan mendaki GunungDatuk dikatakan lebih mencabar daripada mendaki Gunung Angsi.
Laluannya agak mencanak daripada permulaan dan kian mencabar apabila menghampiri puncak.
Biar sahaja gambar-gambar ini yang berbicara.
Kita mendaki untuk menikmati ciptaan Yang Esa dan melihat setiap flora dan faunanya. Justeru, silalah berhati-hati setiap kali melangkah. Kita yang menceroboh habitat meeka, bukan mereka yang menceroboh habitat kita sehingga sewenang-wenang mereka terpaksa menanggung azab daripada kecuaian perbuatan kita.
Pandai-pandailah mengaturkan langkah supaya bekalan tenaga tidak habis sebelum meraih puncak.
Kena berguru ilmu alam aku ini.
Para pelajar mulai pancit.
Tapi tetap juga aku tidak tahu namanya.
Sekarang adakah kalian mengerti betapa pentingnya kewujudan pokok-pokok untuk mengelakkan bencana alam seperti tanah runtuh?
Langkah aku pun memasuki fasa santai. Bukan apa, para pelajar kecuali seorang sahaja semuanya berada di belakang.
Satu hal yang perlu difahami dengan jelas jika kalian mendaki; "jangan pernah berhenti rehat terlalu lama, jika tidak anda akan kehilangan tenaga dan mengambil masa yang terlalu lama."
Mengenangkan faktor itu, aku tinggalkan saja mereka. Terkedek-kedeklah aku menuju puncak. Jika penat, aku berhenti seketika sahaja, kira-kira 30 saat, itu terlalu memadai.
Jenis semua hitam yang seringkali ditemui di kawasan semak atau hutan. Seringkali jika aku terserempak dengan semut ini, aku akan melangkah dengan baik.
Bukan apa semut ini langsung tidak membahayakan makhluk lain. Ia hanya dengan rutin, meskipun mati terpijak di laluannya tetap juga itu yang dilaluinya.
Aku hampir pancit di sini. Terasa bagaikan tapak kaki ini ku seret-seretkan sahaja agar tiba ke puncaknya.
Aku tidak pasti di mana yanglain. Suasana sepi sahaja dengan sesekali bunyi unggas rimba menyapa.
Seram pun ada juga, ada masanya terlintas di fikiran adakah aku sesat. Itulah akibatnya jika tidak menunggu ahli kumpulan, tetapi menunggu bererti aku juga akan kelelahan seperti mereka.
Justeru, aku hanya menuruti denai itu. Lagi pula aku telah dimaklumkan bahawa, hanya ada satu laluan menuju puncak. Jadi, selagi aku berada di denai ini, aku pasti tidak akan sesat, dengan izin-Nya.
Sunyi dan sepi sekali.
Tidak mengapalah lantaran aku juga keletihan, bolehlah berjalan santai-santai sambil menyeret kakiku ini.
Tidak digalakkan untuk menereka secara berlebihan kawasan di sekitar tapak perkhemahan ini, terutamanya jika denai-denai yang ada itu seperti denai mati (pinjam konsep penamaan jalan mati)
Kebiasaannya itu adalah, tandas-tandas awam yang diwujudkan oleh pendaki bila perlu untuk memenuhi hajat mereka.
Aku tengok saja dulu sebab masih kelelahan, bagi kakiku rehat dulu secukupnya sebelum mendaki tangga-tangga besi ini.
Bagi yang gayat, aku sarankan tidak payahlah kalian mendaki tangga ini. Bukannya apa, huru-hara bakal dicetus kalian.
Lagi satu aku nak pesan, hutan belantara ini ada penghuninya, jangan pula kalian macam orang yang hilang kesantunan terpekik terlolong lantaran keterujaan.
Itu memang pesanan turun temurun keluarga aku.
Kalian nak kata aku ini ketinggalan zaman ke, otak sempit ke, aku tidak kisah. Yang penting, hal keamanan sejagat aku pegang dan aku amalkan.
Untung tangga-tangga ini baru diselenggara beberapa hari sebelumnya sempena aktiviti mendaki secara besar-besaran yang bakal diadakan pada 8 okt 2016.
Aku bersedia sepenuhnya untuk menuju puncak gunung. Puncak Gunung Datuk harus menajdi salah satu yang mesti aku tawan.
Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Teringat aku pada satu rombongan yang nak turun tangga untuk ke tapak perkhemahan sekali di sapa oleh tupai. Terjerit-jerit dan mengelak-elakkan tupai itu.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah yang tupai menggigit orang apatah menyerang orang. Tenang saja. Aku yang duduk kat puncak batu ini pula yang naik risau, bukan apa, takut kalian tersilap langkah.
Dalam hati kecil asyik berdoa agar kalian semuanya selamat. Itu belum lagi dicampur dengan ketakutan nak menuruni tangga-tangga itu. Waktu naik, agaknya beraya dipujuk oleh rakan-rakan. Waktu nak turun mulalah, maklumlah tangga-tangga besi memang akan bergoyang.
Imbangilah dia sewaktu memijak.
Rugi juga jika telah sampai ke sini tetapi ada ruang-ruang tertentu tidak dilewati.
Ketinggiannya pelbagai, ada yang sedikit mendatar, ada yang tersangat menegak.
Gambar ini menunjukkan tangga ke batuan tertinggi. Tepuk dada tanya hati, berani atau tidak untuk menguasai.
Kami bertiga memilih untuk turun ke tapak perkhemahan sambil menunggu ketibaan ahli pendakian yang lain.
Redup pun redup.
Panas terik membakar kulit.
Jangan nak ubah nama pula. Kalau dah namanya babi, maka guna saja babi, jangan nak khinzir pula.
Memang menjadi kebiasaan aku untuk menjadi orang terakhir turun, "sweeper" yang tidka perlu dilantik.
Bukan apa, inilah satu-satunya cara untuk aku memastikan semuanya turun dan tidak tertinggal. Semetelah pendakian ini berkumpulan, dan pesertanya juga agak ramai.
Tidak kisah untuk menjadi yang tercorot tiba di titik permulaan asalkan semuanya tiba dan selamat. Apalah ertinya tiba awal tetapi kesudahan pelbagai. Puas hati aku dapat menunjuk-cara kepada pelajar perempuan yang kehabisan tenaga untuk menggunakan sisa-sisa tenaganya dengan baik.
Terima kasih pada pengalaman yang ku ciptakan di Gunung Angsi. Untuk mengelakkan sakit lutut; elakkan turun dengan menghentak kaki keterlaluan. Berjalanlah dengan sebaiknya dengan menyalurkan penggunaan tenaga ke seluruh tubuh. Jangan biarkan hanya kaki yang menanggungnya.
Untuk mengelakkan deman urat; Elakkan mengambil minuman berais.
Demam urat ini biasanya melanda sehari kemudian dan akan kian terk bergantung kepada keadaan fizikal dan apa yang kita makan selepas aktiviti perdakian.
Bahkan, ramai generasi baru tidk mengenali apa itu banir.
Terima kasih kerana sudi melayaninya.
No comments:
Post a Comment