Tuesday, 28 March 2017

Majlis Persaraan Pengarah Politeknik Port Dickson - 24 Feb 2017

Tanggal 1 Mac 2017 merupakan tarikh keramat di antara suka dan duka bagi seorang insan yang banyak memberi sumbangan dan jasa, berdiri teguh di antara kakitangannya sejumlah lebih kurang 500 orang dan pelajar yang berjumlah lebih kurang 5000 orang.

Sejak daripada tarikh melapor diri pada 16 Jan 2009, saya hanya berkhidmat di bawah pentadbiran beliau; Mejar Kehormat Tuan Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim dan Timbalan Pengarah Akademik pada waktu itu adalah Ir. Chan Chee Meng ( seorang lelaki yang sangat murah dengan senyuman dan jujurnya sangat mesra. Beliau telah berpindah ke politeknik lain dan dimaklumkan telah berpencen.)


Pelbagai perisa tercipta selama beliau menerajui kepimpinan Politeknik Port Dickson dan biar saja kenangan itu menjadi pengalaman yang mampu membentuk pemikiran dan tindakan diri saya yang lebih matang.

Belon berwarna ungu yang meliut-lentok di pupuk angin dari kipas.
Majlis meraikan beliau diadakan seminggu lebih awal memandangkan beliau akan menghabiskan sisa-sisa cuti. 

Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson dihias cantik umpama majlis meraikan mempelai, namun yang tiba seorang pahlawan Melayu segak berbaju Melayu, bertanjak, bersampin dan keris tersisip rapi.

Di bawa ke dewan dengan kereta kuda, satu sejarah tercipta, dan itulah tanda kasih dan sayang para kakitangan yang berat hatinya untuk melepaskannya pergi, tetapi harus demi bermulanya lembaran baru hidup seorang anak, suami, bapa dan cucu.

******************
Petang itu merupakan detik yang paling memalukan bagi kami warga JMSK kerana mendapat maklumat yang salah.

Perkhabaran yang menyatakan bahawa majlis bermula jam 3.00 petang telah menjadikan kami di antara insan-insan yang terakhir tiba.

Sungguh memalukan apabila di saat kaki melangkah ke dalam dewan, alunan lagu kebangsaan sedang dimainkan.
Jarang-jarang sekali dapat berkumpul bersama. JMSK Politeknik Port Dickson mempunyai kekuatan dan kepakaran yang berbeza daripada 33 kakitangan akademik dan 2 kakitangan pentadbiran.

Maka kesimpulannya di sini adalah, ini hanyalah sebahagian daripada pasukan kami.
**********************
Ruangan Dewan Wawasan yang sungguh indah dihias dan disusun mejanya.

Juadah yang dihidang ada yang disediakan secara "Pot Luck" dari setiap jabatan-jabatan yang wujud di Politeknik Port Dickson dan juga tajaan daripada pengurusan.
****************
Terkenang zaman dulu-dulu.

Telur rebus.
Inilah dia insan yang diraikan. berdiri 4 dari kiri.

Mejar Kehormat Tuan Haji Mohd Kharir bin Mohd Ibrahim.

"Moga apa jua yang dilakukan, apa jua yang direncanakan, apa jua lembaran hidup yang ingin dicipta, saya insan yang kerdil hanya mendoakan dari jauh, semuanya berjalan dengan lancar dan tercapai....

Moga hidup makin baik dan bertambah ceria, moga setiap pelosok dunia dapat ditawan dan dijejak, moga kesihatan kekal bagus dan bertambah mantap...

Moga tidak ada lagi tekanan, moga tidak ada lagi kerunsingan... 


Selamat bersara Tuan Haji dan kekal serta berterusan berbahagia di dunia dan akhirat.."


No comments:

Post a Comment