Sempena lebaran, mengeratkan ukhwah adalah satu hal yang sangat dituntut. Alang-alang berkunjung untuk jalinan sirahtulrahim, manfaatkan juga saat-saat waktu yang ada untuk membuat riadah petang bersama keluarga.
Tidak perlu untuk mengeluarkan peluh pun tetapi dapat melihat anak-anak diasak keceriaan yang tidak ada surutnya, jiwa juga diulit ketenangan.
Model of the year....
hehehehehe...
Sila abaikan.
Kebetulan kali ini ada sampan di pantai ini, ambillah gambar dengan sampan ini. Bukan senang tau nak jumpa sampan di pantai ini.
Perahu payang namanya ni.
Shell out?
Ini baru betul "shell out". Cantik pula bila banyak-banyak macam ini.
Pantai pandak ini sangat terkenal di kalangan warga tempatan lantaran pantainya yang luas dan mendatar.
bahkan, saya sangat-sangat mencadangkan pantai ini untuk aktiviti keluarga yang ingin bermain air terutamanya mereka yang ada anak-anak kecil.
Lihat..
Betapa landainya pantai ini.
Jom, main kejar-kejar.
Untungkan bila-bila masa saja boleh tukar rumah.
*Umang-umang.
Bersama anak-anak saudaralah.
Lebaran keluarga saya memang fokusnya aktiviti bersama keluarga. Dalam rumah pun bersama keluarga.
Melepak pun bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment