Perasmian Jelajah Celik IT 2017
Tarikh : 1 Ogos 2017
Waktu : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : PERPUSTAKAAN DESA TAMAN INTAN PERDANA, PORT DICKSON
CSR - Coorporate Sosial Responsibility (Tanggungjawab Sosial Korporat) merupakan satu sumbangan penting bagi setiap agensi kerajaan untuk masyarakat setempat. Ianya juga diambil kira untuk pernilaian dalam Laporan Prestasi Tahunan kakitangan kerajaan.
Menyahut seruan dan cabaran, Puan Fadhliana bt Mohamod merangka dan berjaya melaksanakan CSR berskala besar dengan melaksanakan Jelajah Celik IT yang menyasarkan usahasama dengan Perpustakaan Desa daerah Port Dickson. Tidak dilupakan juga, peranan yang tidak mampu ditempis Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, ENcik Zainal Bin Abd. Rahman selaku penasihat dan tunjang utama bagi program ini dan yang terutama Pengarah Politeknik Port Dickson, Encik Roslee Bin Yahya, sebagai penaungnya.
Sebanyak 5 perpustakaan desa terlibat dengan kerjasama ini di mana ianya bermula dengan Perpustakaan Desa Chuah (13 Julai 2017), Perpustakaan Desa Pasir Panjang (22 Julai 2017), Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana (1 Ogos 2017), Perpustakaan Desa Sungai Raya (12 Ogos 2017) dan diakhiri dengan Perpustakaan Desa Pengkalan Durian (26 Ogos 2017).
Bagi memanfaatkan pengetahuan yang dimiliki oleh JMSK kepada warga setempat, terutamanya daripada cabang penggunaan komputer yang mana ianya amat-amat penting di era ini, Microsoft Power Point menjadi pilihan lantaran kebanyakkan komputer di Malaysia dilengkapi dengan perisian berkenaan.
Justeru, sasaran JMSK adalah pengguna di peringkat pelajar sekolah rendah dan menengah, demi membantu para pelajar untuk membuat pembentangan yang menarik dan yang lebih penting menghapuskan tanggapan bahawa perisian ini adalah sukar.
Tanggal 1 Ogos 2017 adalah hari kemuncak di mana perasmian jelajah IT ini dilaksanakan dengan dirasmikan oleh Tun Khairuddin Abu Bakar atau sangat dikenali sebagai 'Don', ADUN Bagan Pinang yang memegang portfolio Exco Perlancongan dan Kepenggunaan, Negeri Sembilan.
Perasmian ini melibatkan pelbagai agensi setempat, tidak hanya terhad pada Politeknik Port Dickson dan Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana sahaja tetapi turut melibatkan Klinik Desa dan lain-lain lagi.
Persiapan demi persiapan demi memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
Drone bersiap sedia untuk diterbangkan bagi merakamkan setiap saat yang penting dan bakal menjadi sejarah ini.
Pengarah program Jelajah Celik IT sedang membincangkan sesuatu dengan pengacara program.
Pameran Robotik oleh Program Kejuruteraan Mekatronik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Port Dickson.
Ujian kesihatan untuk menguji tekanan darah dan juga paras gula dalam darah.
Cik Nurul Hidayah, orang penting untuk menjayakan majlis perasmian pagi ini.
Menumpang populariti namanya, para tenaga di belakang tabir.
Cenderamata dan mulut... ngee. Tukarkan konsep hamper makanan ringan dan kurang berkhasiat kepada buah-buahan.
"Anak-anak kesayangan" Politeknik Port Dickson.
Pertandingan masakan tradisional berasaskan tempoyak yang dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana. Penyertaan terbuka kepada warga setempat.
Koleksi buku para pemimpin negara semenjak dari tanggal kemerdekaan.
Program bersama dengan anak-anak cilik tadika kemas berhampiran oleh Perpustakaan Desa.
Bersiap sedia untuk perasmian.
Persembahan cak lem pong oleh kumpulan Penglipurlara, JSKK, Politeknik Port Dickson.
Acara meneka imej oleh kanak-kanak sekolah rendah.
Teruja tengok Air Asia melintas atas kepala. hehehe
Ada kemampuan untuk meneka apa yang tersembunyi?
Drone akhirnya terbang. Bersiap....sedia...
Ala-ala macam teriakkan untuk arahan kawad kaki bacaannya.
Ucapan perasmian oleh YB Don.
"Anak ayah". Perlukan sokongan mental dan positif oleh ayahnya.
Penyampaian cenderamata kepada dif-dif vip.
Selesai perasmian.
**********************************************************
Program Celik IT Sesi Ke-3
Tarikh : 1 Ogos 2017
Waktu : 2.15 petang - 4.30 petang
Peserta : Pelajar sekolah rendah.
Fasilitator : Pn Azeliana bt Embong, En Shamsul b Mazalan, Pn Ruhana bt Mat Kia dan Pn Sharifah Noor Anita bt Syed Jaafar.
Tempat : PERPUSTAKAAN DESA TAMAN INTAN PERDANA, PORT DICKSON.
Di saat tenaga-tenaga manusia lain sudah boleh berehat di pejabat, berlindung daripada terik kepanasan matahari yang membahang, saya dan pasukan saya yang lainnya harus segera bersedia untuk Sesi Celik IT di sebelah petangnya.
Letih dan lelah tidak usahlah dibahaskan, diiringi pula dengan kepanasan yang sangat-sangat mengeringkan kerongkong. Alahai... Namun sebagai sukarelawan celik IT untuk Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana, pengaruh cuaca harus diatasi sebaik mungkin.
Senyum mesti sentiasa, minda mesti terbuka, jiwa mesti lebih ceria dan muda. Almaklumlah, pendekatan harus berbeza. Jika selama ini, jiwa yang diselami adalah remaja yang berusia 18 tahun dan ke atas, kini yang bakal dihadap adalah sekumpulan pelajar sekolah rendah.
Keterujaan jelas terpamer di raut wajah mereka. Mempelajari sesuatu yang baru dan menyeronokkan, mungkin mereka tidak begitu memahami kepentingan perisian ini namun sekurang-kurangnya mereka tahu menggunakannya secara asas.
Khusyuk dan tekun mematuhi tunjuk-ajar dan juga memastikan agar diri tidak jauh ketinggalan. Jiwa kanak-kanak yang penuh keterujaan meneroka sesuatu bidang yang baru.
Seronok mendengar apabila mereka mengatakan "cikgu, saya guna gambar yang ini cikgu.... cikgu, saya punya cantik, cikgu... cikgu, kenapa pilihan saya tidak sama dengan cikgu..". Ini adalah sebabak daripada babak-babak yang tercipta pada petang ini.
Apabila menguruskan dua versi Microsoft Office yang berbeza yakni versi 2010 dan 2013, pastinya saya kena bijak menguruskan perasaan pelajar apabila ada yang sedikit kecewa lantaran animasi atau transisi yag diingini tidak ada pada versi Microsoft Power Point yang terdapat pada laptop mereka.
Selesai juga akhirnya. Sehari suntuk berada di Perpustakaan Desa Taman Intan Perdana, penat berpanas di sebelah paginya, dan bersejuk di sebelah petangnya. Syukur alhamdullillah, kerana perpustakaan ini dilengkapi penghawa dingin.
Baiklah, bergambar kenangan bersama-sama kakitangan dan para pelajar telah selesai. Tirai kerjaya untuk tanggal 1 Ogos 2017 pun berlabuhlah sudah....
No comments:
Post a Comment