My Little Garden - My Roses 2014
Nak juga tampal koleksi ros-ros hamba. Terkenang masa lalu di saat ruangan kereta depan rumah hamba dipenuhi oleh pelbagai jenis ros.
Kini semuanya tinggal kenangan kerana kekurangan kasih sayang dan perjagaan. Maklumlah, hamba ini jika berkelana mengambil masa yang lama. Meskipun mengharapkan kepada adik bujang untuk menjaganya sementara ketiadaan hamba, tetapi tetap juga, tidak sama belaiannya.
Semuanya menjadi kenangan...
Si Putih yang bertahun-tahun dalam jagaan hamba, tewas juga.....
Di saat halaman hamba meriah dengan pelbagai warna dan jenis ros...
Warna merah hati.... warna kesukaan....
Kata penjual ros, ini adalah jenis ros yang jarang-jarang ditemui. Tetapi hamba cuma sempat membelanya seketika, selepas beberapa bulan dalam jagaan hamba, ia mati.
Ini pula jenis ros yang berbeza, warnanya sangat cantik. Tapi sama juga nasibnya, lantaran sering meninggalkan rumah di saat kemarau melanda, satu emi satu mati.
Huhuhuhu...kesedihan...
No comments:
Post a Comment