Lebatkan bunga inai ini? Baunya sangat wangi dan setiap kali saya pulang ke rumah, baunya yang semerbak sentiasa menyambut kepulangan saya. Begitu juga setiap kali saya keluar dari rumah.
Ada sesetengah inai memang susah untuk melihat ianya berbunga, tetapi daripada 2 pokok inai yang miki, yang ini ternyata sering berbunga. Bahkan, sulit untuk mengambil daunnya lantaran yang banyak kelihatan adalah bunga dan buahnya.
Terpaksalah dipotong ranting-ranting yang dipenuhi buah-buah untuk menggalakkan pertumbuhan cabang-cabang baru.
Khasiat Inai http://www.liputan7.com/2015/11/subhanallah-manfaat-daun-inai.html, saya rujuk laman yang berdaftar di Indonesia ini untuk para pelawat semua mendapat manfaatnya.
Banyak lagi manfaat lainnya. Kalau di Malaysia sringkali inai digunakan untuk :-
1. Masalah cagu (tidak pasti apakah istilah amnya) - dengan mengambil daun inai dan ditumbuk lumat, kemudiannya ditampal di kawasan yang bermasalah itu.
2. Mencantikkan kuku - tumbuk inai dengan pelbagai bahan-bahan tambahan untuk menambahkan kepekatan warna merahnya. Ada yang menambah asam limau, kunyit, nasi dan lain-lain demi mencapai kepuasan hati.
Tapi sehingga hari ini yang saya tidak faham adalah kenapa ramuan yang menghasilkan kesan warna yang berbeza mengikutpemakainya. Adakah ianya dipengaruhi oleh jenis darah???
3. Sebagai pewarna rambut - tumbuk inai dan pakaikan di rambut, dan jangan lupa untuk membungkusnya. Ianya juga berkesan untuk merawat sakit kepala.
Khabarnya air rembusan daun inai juga sangat bagus untuk kesihatan. Tetapi saya tidak pernah mencuba. Sesiapa yang pernah mencuba mungkin boleh kongsikan.
No comments:
Post a Comment