Saya belum pernah merasai untuk bermalam di dalam cruise, hanya menaiki untuk tempoh satu jam bersiar-siar di Sungai Saigon. Caj yang dikenakan ialah sebanyak 240,000VND. Sewaktu kunjungan ini, 1MYR = 6,800VND.
Hari ini (8 Jan 2015), 1MYR = 6,700VND.
Sepanjang satu jam di atas cruise, nyanyian lagu-pagu popular dari negara ASEAN akan didendangkan, dan lagu Malaysia yang didendangkan di sini adalah lagu Can Mali Can...... Kemudian, disediakan juga pertunjukkan akrobatik (I'm not sure either I am using correct term or not)....
Terlalu banyak tanglung yang digantung, menjadikan suasana waktu ini cukup meriah. Mungkin juga kerana Vietnam baru sahaja meraikan TET New Year. TET New Year diraikan serentak dengan Tahun Baru Cina.
Beratur untuk menaiki cruise. Satu hal yang menarik tentang Vietnam adalah cara mereka mempromosikan pakaian tradisional mereka. Di mana-mana agensi utama termasuk yang melibatkan perlancongan, pasti pekerja mereka menawan dengan mengenakan Ao Dai.
Itu memaparkan nilai tradisi mereka. Di Malaysia, ramai orang mahu kelihatan moden, seolah-olah tradisi itu membunuh kemajuan.
Tanglung-tanglung berwarna kuning yang cukup indah. Kalau Tahun Baru Cina, mereka fokus pada warna merah. Tapi Tet New Year, kelihatan warna kuning sangat meriah.
Cruise yang bertali arus. Waktu ini adalah cuti umum mereka maka ramai yang menaiki cruise untuk berhibur.
Persembahan muzik.
Saya hanya minum air mineral sahaja. Menarik pula botolnya. Masih saya simpan botolnya untuk kenangan.Tebing Sungai Saigon.
Bulan penuh.
Suasana di atas cruise. Masing-masing sibuk melayani selera.
On the deck.
Di sini paling best sebab angin bertiup agak kuat dan kencang. Saya memang sukakannya.
Junk Cruise.
Selain pengangkutan darat, pengangkutan air merupakan satu bentuk pengangkutan yang sangat penting di Vietnam.
Persembahan akrobatik.
Hebatnya...
Kalau saya memang habislah... semuanya takkan berada di atas pisau tu.
Jeti untuk menaiki cruise di Saigon adalah berhampiran Majestic Hotel. Aktiviti cruise ini hanya ada pada waktu malam. Kena tempah lebih awal jika tidak mahu berputih mata.
No comments:
Post a Comment