Friday, 16 January 2015

Sakura Malaysia - 6 Apr 2014 (Taman Bertam Setia, Melaka)

Tecoma Trees (Tabebuia rosea) atau lebih dikenali sebagai pokok Kertas Tisu dalam bahasa melayu menjadi sesuatu panorama baru sejak akhir-akhir ini, terutamanya pada musim ianya berbunga mekar iaitu pada bulan Mac hingga Julai.

Pokok ini sering di tanam di bahu-bahu jalan sebagai pokok perhiasan. Asalnya pokok ini sukar untuk didapati terutamanya di kawasan selatan semenanjung, namun kini, ianya berubah sepenuhnya. Di samping pokok mahagony, pokok Tecoma menjadi pokok utama di tanam sebagai penambah seri jalan raya.

Bunga ini mempunyai beberapa jenis warna yang cantik dan memukau, antara yang pernah saya jumpa adalah putih, light pink, dan dark purple.


Lihat, bungan-bunga yang berguguran menutup rumput-rumput yang menghijau lantas membentuk satu hamparan warna pastel yang sangat memukau. Warna light pink bercampur dengan putih, seperti ini sangat cantik.

Jangka hayat mekar bunga ini sangat sekejap. Justeru apabila ianya telah kembang, ianya akan gugur ke tanah dengan cepat. Adakalanya belum sempat gugur, ianya telah layu di atas pokok lagi. 



Bunga Tecoma putih. Sesuci warnanya, menawan sukma. Bukankah?




Pandangan dari kawasan yang sedikit tinggi. Apabila berbunga lebat, bunganya mampu melitupi daun-daunnya. Saat ini keindahannya memukau. Akan tetapi jika bunganya ala kadar sahaja, keindahannya tidak begitu mengancam, dan mungkin tidak menarik perhatian sesiapa pun.




Jadi rasanya, anda pasti faham mengapakah bunga ini dinamakan sakura Malaysia. ya, kerana ia mewujudkan suasana hanami iaitu musim sakura berkembangan di Jepun. Adakah anda bersetuju dengan saya?

No comments:

Post a Comment